Isnin, 29 Ogos 2011
SALAM AIDIL FITRI 1432H/2011M
Rabu, 24 Ogos 2011
Trip Tuas Yan - Sekadar Makluman Bukan Iklan
Ahad, 21 Ogos 2011
Trip Tuas Yan 2011 Kohort Ke-7
Kumpulan 1 (Bot 1- Tuas Wan Dulang)
1. Cikgu Mie
2. Cikgu Ahmad Zahrani
3. Abang Man @ Pak Anjang
4. Cikgu Mat Nor
5. Cikgu Osman Jaafar
6. Ust.Dusuki
Kumpulan 2 (Bot 2 - Tuas ......................)
1. Juragan Nizam Balun
2. Tokan Puakajoran
3. Sdr. Amin
4. Cepoi @ Pak Su
5. Shahrol @ Mat Trolak
6. Ust. Sobri
Kumpulan 3 (Bot 3- Tuas .........................)
1. Sdr.Kudin Puakajoran
2. Sdr. Abrar Silverstone
3. Sdr. Ahmad Tan
4. Sdr.Khairul Redzuan@Saleh Bakar
5. Sdr. Harun Anas
6. Sdr. Kadri
* Sila buat pengesahan kepada ketua kumpulan masing-masing bagi mengelakkan sebarang masalah.
Sabtu, 20 Ogos 2011
Novelis Hj.Azizi Hj. Abdullah Meninggal Dunia

Ucapan takziah boleh disampaikan di sini:http://aziziabdullah.blogspot.com/
Rabu, 17 Ogos 2011
Halwa Betik Juadah Hari Raya
Selasa, 16 Ogos 2011
Lebahpun Nak "Follow" Puakajoran
Ahad, 14 Ogos 2011
Jambu Batu Liarpun Nampak Sedap di Bulan Puasa
Mengikut amalan orang tua-tua, pokok dan buah jambu ini ada khasiatnya tersendiri. Pucuk atau buah yang masih muda dapat dijadikan ubat cirit-birit dengan cara mengunyah dan menelannya.
Buah yang telah masak juga boleh dijadikan jus. Rasanya juga amat enak.
Adakah tumbuhan ini mampu bertahan dalam senarai tumbuhan yang terdapat di negara kita pada masa akan datang?
Sabtu, 13 Ogos 2011
"Tuak Halal" Menu Berbuka Hari Ini
SELAMAT BERBUKA....SEMOGA AMALAN DIBERKATI OLEH ALLAH.
Khamis, 11 Ogos 2011
SAWAH DAN BURUNG WALET
Gambar atas, bahagian "bawah" petak sawah yang berkeluasan 1 ekar lebih dipisahkan penempatan penduduk manakala gambar bawah sebahagian lagi petak sawah "Petak Atas" yang berkeluasaan 1 ekar lebih.
Kepada usahawan burung walet yang berpengalaman dan yang sedang mencari lokasi bolehlah meninjau lokasi ini untuk sewaan atau pajakan (tapak sahaja) dalam tempoh tertentu bergantung kepada rundingan dan perjanjian yang dipersetujui.Jika berminat bolehlah berhubung dengan Saudara Kudin Puakajoran di talian 0195778541.
Ahad, 7 Ogos 2011
Jalur Gemilang Berkibar Lagi Sempena Bulan Kemerdekaan 2011
Jalur Gemilang ditegakkan di perkarangan SK Besout 3 sejak 1 Ogos yang lalu.
Tuan Guru Besar turut memasang Jalur Gemilang di perkarangan sekolah.
Pengibaran Jalur Gemilang di kawasan bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untuk membantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan.
Beberapa kategori dipertandingkan tahun ini iaitu :
* Bangunan kerajaan,
* Bangunan swasta,
* Kampung (tradisi, kampung baru cina, kawasan estet, felda),
* Sekolah (Menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan),
*Taman perumahan, individu dan pintu gerbang.
Program itu dilaksanakan mulai 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos, dan penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 Sept meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah.
Untuk Semangat Satu Malaysia
Sepakat Rakyat Didahulukan
Pencapaian Diutamakan
Perpaduan Merapat-rapat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Ulang Korus 2x
Satu Malaysia untuk semua
Pencipta Lagu : Nik Nizam
Penulis Lirik : Lokgha
KHASIAT BUAH KURMA
Sabtu, 6 Ogos 2011
Limau Kasturi
Daun limau kasturi.
Buah yang masih muda berwarna hijau.
Buah yang telah masak.
Boleh juga dilihat di http://agrohias.blogspot.com/
Jumaat, 5 Ogos 2011
Limau Purut
Rabu, 3 Ogos 2011
Limau Bali
Selasa, 2 Ogos 2011
Perahan Limu Penghilang Hanyir Ikan
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Arkib Blog
-
▼
2011
(173)
-
▼
Ogos
(15)
- SALAM AIDIL FITRI 1432H/2011M
- Trip Tuas Yan - Sekadar Makluman Bukan Iklan
- Trip Tuas Yan 2011 Kohort Ke-7
- Novelis Hj.Azizi Hj. Abdullah Meninggal Dunia
- Halwa Betik Juadah Hari Raya
- Lebahpun Nak "Follow" Puakajoran
- Jambu Batu Liarpun Nampak Sedap di Bulan Puasa
- "Tuak Halal" Menu Berbuka Hari Ini
- SAWAH DAN BURUNG WALET
- Jalur Gemilang Berkibar Lagi Sempena Bulan Kemerde...
- KHASIAT BUAH KURMA
- Limau Kasturi
- Limau Purut
- Limau Bali
- Perahan Limu Penghilang Hanyir Ikan
-
▼
Ogos
(15)
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.