Tanggal 3 Mac yang lalu kami meneruskan aktiviti meredah samudra untuk beraksi sekali lagi di Tuas Yan.Kali ini kami berkongsi pengalaman dan dapat beraksi dengan rakan-rakan pancing Sea Lion Klang,Amin,Hafis,Faiz dan Ali Alphat.
Memulakan perjalanan di kala air sudah surut benar.
Barisan bot "pelancong" bergerak berderetan keluar dari pengkalan nelayan Kuala Dulang.
Sebahagian "pelancong" bersedia untuk berlepas.
Kami disambut kawanan ikan lumba-lumba.
Cuaca yang mendung membayangkan usaha kami akan menemui kegagalan nantinya.
Sebuah lagi bot rakan "pelancong" di tuas berhampiran.
Memulakan aksi.Berbagai teknik dilakukan, casting,bottom dan menggunakan bulu ayam namun begitu liat untuk menjinakkan mangsa di bawah. Air yang kelabu menjadikan tenggiri dan ikan lain begitu pasif.
Pada saat-saat akhir barulah ada sedikit kejutan. Itupun "casting" berumpankan sotong getah yang dibawa oleh saudara Amin.Terluka oleh tusukan mata pancing.
Tidak banyak aksi yang dapat dirakamkan. Hujan dan percikan air laut membantutkan usaha penggambaran.
Berlepas pulang agak awal kerana dikhuatiri ribut melanda.
Kekecewaan pada wajah rakan-rakan, Amin, Hafis,Faiz, Juragan Nizam dan Ali.
Hanya 3 ekor tenggiri bersais "S", beberapa ekor banang dan ikan-ikan kecil lain sebagai rezeki.
Tokan: Kepada rakan-rakan, usah patah semangat.Perjuangan tetap diteruskan.MENJORAN UNTUK SEMUA- FISHING 4ALL!!!!!
SEKADAR RENUNGAN
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.
Peringatan Kepada Yang Lupa
Ibadah Solah Jangan diabaikan
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
Bestnya dapat kepuasan memancing walaupun dapat ikan saiz S.. kalau dapat ikan besar lagi la puas kan? hehe.. takut bila ditengah2 lautan.. adesh.. sadis je. hehe.
BalasPadam