Kedamaian dan keheningan air tasik Bukit Merah seakan tidak dipedulikan oleh sesetengah orang.Tidak ramai kaki pancing yang menyedari bahawa tasik ini banyak dihuni oleh Sang Toman.Kebanyakan orang lebih mengetahui,tasik buatan ini hanyalah sebagai mambekalkan sumber air untuk tujuan pengairan sawah dan sebagai sumber bekalan air bersih bagi sebahagian penduduk di utara negeri Perak.Tasik ini juga amat sinonim dengan spesis "arowana gold" yang berkualiti tinggi.
Tasik ini juga pernah menjadi lubuk emas kepada penduduk setempat untuk memburu Sang Haruan yang menjadi mata pencarian penduduk setempat sekitar tahun 70-an hingga ke tahun 80-an.Kebanyakan penggail berkampung di sini saban malam untuk "mengelau" Sang Haruan Bukit Merah yang mendapat permintaan tinggi pada waktu itu. Daging haruan tasik ini dikatakan lebih sedap berbanding haruan di tempat lain. Saya masih ingat, di lokasi inilah arwah datuk bersama-sama beberapa orang sahabat bergelar kaki pancing tegar menghabiskan masa mencari sesuap nasi dan belanja harian mereka. Antara yang masih saya ingat ialah arwah Tok Mat Puntung, Tok Cik Mat Merang, arwah Tok Su Man Misai dan arwah datuk saya yang dikenali dengan nama Pak Ngah Meng oleh penduduk setempat.
Satu lagi daya penarik yang terdapat di sini ialah laluan kereta api yang merentangi di tengah-tengah tasik. Untuk sampai kelokasi menjoran yang terletak disini,penjoran perlu berjalan beberapa kilo meter melalui landasan tersebut.Awas, perlakuan ini boleh mengundang bahaya! Namun sehingga kini masih belum terjadi kemalangan yang melibatkan penjoran dengan kereta api di sini. Ada cara yang lebih mudah untuk ke sini iaitu dengan menaiki bot yang diusahakan oleh salah seorang penduduk di sini. Pemancing boleh mendapatkan khidmat beliau untuk ke lokasi dan dikenakan sedikit tambang.
Landasan kereta api baharu yang dibina berhampiran landasan kereta api lama dan belum beroperasi.
Keadaan tasik yang kelihatan tohor lantaran musim kemarau yang berlarutan.
Panorama senja di Tasik Bukit Merah.
Halil puakajoran dan rakan sedang beraksi dengan toman Bukit Merah.
Maklumat lanjut boleh hubungi Pengumpul Sumber Puakajoran, Saudara Halil dan Kudin.
salam tuan.. bagaimana untuk menghubungi pengusaha bot di bukit merah?
BalasPadamtoman bukit merah,mmg kebaboommmm....
BalasPadam