Kesempatan bercuti di kampung halaman pada minggu ke tiga dan keempat cuti penggal persekolahan memberikan pengalaman bermakna. Kesempatan yang ada digunakan untuk melihat rakan-rakan beraksi mendaratkan toman mega di Sungai Gedong (Sungai Kurau). Pada masa yang sama juga kelihatan kelibat Sang Bedal " Si Putih" berlegar-legar di lokasi. Apa yang lebih mengujakan ketika buaya tersebut melompat dan memusingkan badan menyambar umpan yang dilontarkan oleh Juragan Nizam Balun. Walaubagaimanapun aksi lompatan tersebut tidak sempat dirakam.Beberapa detik kemudian berlakulah adegan tarik menarik antara Sang Bedal yang dianggarkan menyamai besar Sang Buaya yang ditangkap di Sarawak kerana membaham nelayan sungai yang memasang pukat.
RPj Halilpuakajoran dengan toman yang ditumpaskannya.
Toman 7 dan 3.5 kg berjaya didaratkan.
Sahabat (Pekerja Ladang, Orang Seberang) turut beraksi.
Juragan Nizam Balun turut beraksi.
Adegan tarik menarik antara Sang Bedal dan Juragan Nizam Balun.
Jangan tiru aksi ini. Hanya mereka yang "dibenarkan" boleh melakukan.
Menyakiti haiwan adalah satu kesalahan.Buaya adalah haiwan yang
dilindungi dan tertakluk dibawah akta PERHILITAN.Berhati-hati ketika
memancing - Tokanpuakajoran.
Setelah beraksi beberapa lama, inilah kesannya...
Keesokkan harinya saya ke lokasi untuk merakamkan aksi yang terlepas semalam. Setelah puas menanti terlihat jugalah kelibat Sang Buaya pulang ke penginapannya. Sayangnya jarak terlalu jauh dan hari sudahpun gelap. Disusuli pula berbekalkan iPad dan Gadget Canon yang lensanya hanya berjarak 50 mm sahaja.
Hanya kocakan air dapat dirakam dalam kegelapan senja.
Setelah puas menanti akhirnya buaya muncul untuk pulang ke sarang namun
rakamannya kurang jelas lantaran hari sudah senja. Hanya kocakan air
yang kelihatan ketika Sang Buaya terkejut dengan tarikan tali pancing oleh Halilpuakajoran.
Dan pada malam itu bersantaplah kami dengan sup kepala dan goreng berempah toman sajian rakan-rakan Tomyam Sri Gedung...... dan sebenarnya toman boleh dijadikan resepi yang sangat enak.
Bahaya juga kalau ada buaya.
BalasPadamha? Buaya?
BalasPadamsetakat ini masih ok...jinak dan selalu timbul menampakkan diri...pernah tiga ekor sekali timbul, saiznya boleh tahan...
BalasPadam