Mangsa, Muhamad Saddam Azizan, 21, ditemui Pasukan Penyelam Di Air (PPDA) Bomba Sungai Petani pada hari kedua selepas mangsa dilaporkan hilang, kira-kira 15 meter dari tebing.
Difahamkan, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di dasar sungai pada kedalaman tujuh meter.
Ketua Operasi Bomba, Mhd Nasir Shafie berkata, mangsa ditemui di lokasi tempat awal mangsa dilaporkan lemas.
“Mayat mangsa dijumpai PPDA yang menyelam di kawasan terbabit. Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini bagi bedah siasat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
Operasi mencari dan menyelamat disertai oleh 19 anggota bomba dan 51 anggota dari lain-lain agensi, termasuk polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan pasukan sukarela.
Mhd Nasir berkata, mangsa ditemui di lokasi tempat dilaporkan hilang selepas operasi menyelam ditumpukan kepada kawasan terbabit.
“Operasi ini bermula sejak semalam. Sebaik kita menerima aduan kira-kira jam 5.37 petang kelmarin, kita bergegas ke lokasi dan menutup punca air untuk mengelak daripada mangsa dihanyutkan ke kawasan laut.
“Mangsa berjaya ditemui tidak sampai 24 jam daripada masa dilaporkan lemas,” katanya.
Menurutnya, dengan penemuan itu, maka operasi terbabit berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam
Bahaya tu guna bot polisterin
BalasPadamya kadang-kadang kita terlupa akibat terlalu ghairah dan mahu murah...
BalasPadamMohon rakan-rakan letakkan aspek keselamatan di tempat teratas untuk megelakkan tragedi yang tidak sepatutnya berlaku kerana sikap mengambil mudah terhadap sesuatau perkara yang sepatutnya diberi perhatian walaupon kecil
BalasPadam