Tanggal 21April 2014, tiada lagi riak wajah yang sentiasa tenang dan senyum untuk menyapa kami.Warga SKB3 seakan terfana tatkala menerima berita ketiadaannya untuk selama-lamanya.
Sepanjang berkhidmat sebagai warga SKB3, apatah lagi sebagai Penyelaras,Pengajar UPSR dan Guru Tahun 6, kerap kali kami dikunjungi.Bertanya khabar dan menjadi orang perantaraan FELDA untuk membantu peningkatan kualiti anak-anak FELDA dalam bidang akedemik khususnya UPSR.
Orang yang sentiasa kehadapan ketika program-program yang melibatkan murid termasuklah sesi motivasi dan teknik menjawab soalan yang dianjurkan sama ada pada peringkat sekolah,FELDA, Gugusan mahupun Wilayah.
Minggu-minggu terakhir, setiap pagi jumaat wajahnya terpacul dihadapan perhimpunan untuk bersama-sama merafak sembah kehadrat Ilahi, membacakan yassin dan bersolat hajat memohon agar SKB3 terus maju dan anak-anak didik serta guru-guru mendapat berkat.
Terakhir pada tanggal 18 April 2014 wajah tenangnya disertai beberapa anggota GPW seperti kebiasaan minggu-minggu yang berlalu berteleku membaca yassin dan berdoa bersama-sama warga SKB3.
Selesai acara bacaan Yassin, seperti biasa suara ramahnya mengajak kami ke kantin untuk menjamu selera.Tidak pernah lokek dengan harta miliknya.Berbelanja guru-guru seadanya.
Setiap warga SKB3 dan Warga FELDA yang mengenali beliau pasti sangat terkesan dengan ketiadaanya. Sikap peramah,perihatin,penyayang dan komitmennya yang tinggi terutama terhadap kejayaan anak-anak FELDA khususnya warga SKB3 terus dibawa bersemadi besama-sama jasadnya.
21 April 2014 menoktah segalanya.Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Daerah Slim River angkara sesak nafas dan diberitakan mengalami masalah paru-paru dan serangan jantung yang kronik pada awal pagi Sabtu 20 April.
Selamat Bersemadi wahai “Kesayangan Kami”. Ada janji yang masih belum kami tunaikan.Kejayaan yang diinginimu belum mampu kami realisasikan.SKB3 yang “Terbaik” masih belum kami jelmakan.
Kepada Pihak Pengurusan FELDA Besout 3 dan En. Zabidi serta keluarga, salam takziah dari kami.Seperti kalian,kami akan terus merinduinya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan