About me

Foto saya
Dari Paya Turun ke Laut.Kita boleh berkongsi.Gembira dapat tidur sebantal biarpun mimpi berlainan.

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Boatman

Pak Su @ Cepoi

Pak Su @ Cepoi
Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.com Kawasan Perak Selatan - 0195033001

Sallehuddin @ Kudin

Sallehuddin @ Kudin
Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.com Kawasan Utara Perak - 0195778541

Atan

Atan
Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.com Kawasan Larut dan Taiping

Isteri Mithali Lakaran Juragan Nizam Balun

Isteri Mithali Lakaran Juragan Nizam Balun

Tokan

Tokan
Jelawat

SEBAHAGIAN DAIRI RAKAN TEGAR

TEGAR & BERETIKA.
Cintai Sungai & Perairan Kita.
HINDARI AKTIVITI TERLARANG!

Juragan Nizam

Juragan Nizam
Belida

Shahrizal

Shahrizal
Udang galah

Juragan Nizam

Juragan Nizam
Udang galah

Emy

Emy
Kaloi

Zul

Zul
Tengas

Azri

Azri
Kerapu

Cepoi

Cepoi
Lampam

Ali Burger

Ali Burger
Patin

Kudin

Kudin
Lampam

Edy & Ali Burger

Edy & Ali Burger
Patin & Kelabau

Tokan

Tokan
Udang galah

Abu Afaf

Abu Afaf
Baung

Abu Afaf

Abu Afaf
Sebarau

Najib

Najib
Kaloi 6B

Rakanpuaka

Rakanpuaka
Kerapu

Puaka Silverstone

Puaka Silverstone
Lampam

Halil

Halil
Haruan

Fendy Evo

Fendy Evo
Tongkol

Umar

Umar
Kelabau

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Udang Ulu Basir

Apoi Renjer Kabloi

Apoi Renjer Kabloi
Patin vs kelabau

Leen ABC

Leen ABC
Haruan Cenderiang

Ali Burger

Ali Burger
Sebarau Sungai Cawang

Man Bayan

Man Bayan
Kelabau 3.1 kg

Halil

Halil
Ikan Linang

Shahrul

Shahrul
Jelawat

Solihin

Solihin
Kelabau

Lan Wahid

Lan Wahid
Kelah

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Patin dan Belida

Wan Pegawai

Wan Pegawai
Kelabau

Apoi Puakabesout

Apoi Puakabesout
Patin

Juragan Nizam

Juragan Nizam
Patin

Jan Bit Puakasilverstone

Jan Bit Puakasilverstone
Rohu

Bukit Merah Boy

Bukit Merah Boy
Sebarau

Faizal

Faizal
kerapu

Apoi

Apoi
Udang Galah

Mat Trolak

Mat Trolak
Jelawat - 09.02.2010

Hisyam

Hisyam
Jelawat - 10.01.2010

Saidi

Saidi
Toman

Nur Afendi

Nur Afendi
Jelawat

Hazreen

Hazreen
Talapia

Tokan & Cepoi

Tokan & Cepoi
Jelawat - 31.10.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 13.12.2009

Cepoi @ Pak Su

Cepoi @ Pak Su
Udang Galah

Tokan

Tokan
Jelawat - 25.10.2009

Mat Proton

Mat Proton
Haruan 1.2 kg

Tokan

Tokan
Jelawat - 04.10.2009

Pak Man Juragan

Pak Man Juragan
Baung 1.2 kg

Cepoi@Pak Su

Cepoi@Pak Su
Jelawat - 07.10.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 29.08.2009

Cepoi@Pak Su

Cepoi@Pak Su
Toman 5.0 kg

Mahhadee

Mahhadee
Belida

Pak Su @ Cepoi

Pak Su @ Cepoi
Jelawat - 28.08.2009

Mat Trolak

Mat Trolak
Kelabau

Cepoi@Pak Su

Cepoi@Pak Su
Jelawat

Tokan

Tokan
Jelawat

Bilangan Log Masuk

Selamat Datang

Selamat Datang
WhatsApp 0195778621
Follow Ibnuzaine on Twitter

Tokan DSLR Team

Tokan DSLR Team
Lihat "DSLR Team" di sini

Senarai Blog Pancing Yang Saya Ikuti (188 blog)

Lagi Blog Pancing Yang Saya Ikut

Najib

Najib
Jelawat

Tokan

Tokan
Jelawat

Halilpuakajoran

Halilpuakajoran
Toman

Mat Rock

Mat Rock
Toman

Ali Burger

Ali Burger
Belida

Mat Yanie

Mat Yanie
Rohu

Faizal Silverstone

Faizal Silverstone
Lampam Jawa

Juragan Nizam & Tokan

Juragan Nizam & Tokan
Kelabau

Ali Burger

Ali Burger
Kelabau

Tokan

Tokan
Jelawat

Shahrizal

Shahrizal
Udang galah

Parel

Parel
Tongsan SKC 12 Kg

Ali Burger

Ali Burger
Lampam

Tokan&Juragan

Tokan&Juragan
Kelabau

Cikgu Dolah

Cikgu Dolah
Layaran

Suhaimi Hawari

Suhaimi Hawari
Puyu

Najib

Najib
Sebarau

Apoi

Apoi
Patin SKC

Hamdi@Pawang

Hamdi@Pawang
Kerapu

Fendy Evo

Fendy Evo
Haruan Tasik

Siakap Vs Sepit Biru

Siakap Vs Sepit Biru
Aq Majeed

Ali Burger

Ali Burger
Belida

Kudin

Kudin
Puyu

Dayah

Dayah
Puyu

Ali Burger

Ali Burger
Sebarau Sungai Cawang

Sulaiman Balun

Sulaiman Balun
Kelah 5.0 kg

Wan Acat

Wan Acat
Patin 6.9 kg

Haziq

Haziq
Kelabau

Tokan

Tokan
Kaloi 3.0 kg

Wan Acat

Wan Acat
Tengas

Nazri @ Mat Proton

Nazri @ Mat Proton
Sebarau

Tok Pawang

Tok Pawang
Kelah

Ali Berger

Ali Berger
Kelabau

Apoi Puakabesout

Apoi Puakabesout
Belida

Wan Besout 3

Wan Besout 3
Kelabau

Lan Toman

Lan Toman
Toman Bukit Merah

Mat Pun

Mat Pun
Haruan

Muhammad Safri

Muhammad Safri
Kaloi

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Petutu

Puaka Jr.

Puaka Jr.
Udang Galah

Tokan

Tokan
Jelawat - 10.01.2010

Tokan

Tokan
Jelawat - 29.12.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 28.12.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 17.12.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 15.12.2009

Khamis, 15 Mei 2014

GURU SEBAGAI MURABBI, MUDARRIS, MUALIM, MUADDIB DAN MURSYID: “SELAMAT HARI GURU”

GURU SEBAGAI MURABBI, MUDARRIS, MUALIM, MUADDIB DAN MURSYID: “SELAMAT HARI GURU”

Oleh : Dr. Zulkifli Hasan


Pendahuluan

Sebuah negara yang disegani di dunia memiliki satu ketamadunan yang mempunyai masyarakat yang berdisiplin, berhemah tinggi berilmu, beriman, bertaqwa serta berakhlak mulia. Pada tahun ini hari guru bertemakan “Guru Malaysia: 1aspirasi, 1agenda”. Walaupun tema ini masih lagi boleh didiskusikan tetapi ia sekurang-kurangnya masih lagi menyimpan hasrat murni pendidikan iaitu pembinaan kualiti akhlak terunggul atau “towering personality” bagi memastikan kejayaan pembentukan bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Demi mencapai pembentukan akhlak terunggul, ianya memerlukan kegemilangan ilmu dan pendidikan bagi menjadi pemangkin kemakmuran dan kemajuan. Sejarah telah membuktikan bahawa kegemilangan sesebuah negara bergantung kepada kecemerlangan rakyatnya dan orang yang berperanan besar mewujudkan kegemilangan tersebut, ialah guru. Dalam erti kata lain tidak akan adanya doktor, jurutera, saintis, professor, menteri, ahli korporat dan sebagainya tanpa adanya didikan awal dari guru.

Mutakhir ini kita sering mendengar rungutan ibubapa dan masyarakat terhadap guru. Aduan mengenai guru mendera pelajar, tidak terlatih, tidak ikhlas mendidik, mengajar sambil lewa dan sebagainya sering dipaparkan di dada akhbar mahupun di kaca televisyen. Kajian juga mendapati bilangan kes saman guru di Mahkamah juga meningkat dari masa ke semasa. Sesetengah pihak seringkali menyalahkan guru apabila dikaitkan dengan gejala keruntuhan dan kerasukan moral dan syahsiah generasi muda ketika ini. Faktor-faktor ini serba sedikit telah melemahkan semangat guru untuk menaburkan bakti secara ikhlas di dalam proses pendidikan dan pembelajaran. Kerap kali guru melahirkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan mereka apabila pengorbanan mereka tidak dihargai bahkan disalahanggap oleh sesetengah pihak. Guru yang telah semakin terhakis keikhlasannya tidak akan dapat menumbang bakti dengan cemerlang ke arah pembentukan peribadi dan kualiti akademik generasi muda negara. Hal ini mesti diberikan perhatian dan persepsi masyarakat terhadap institusi pendidikan dan pendidik itu sendiri perlu ditransformasikan ke arah yang lebih adil dan seimbang.

Peranan pendidik yang paling utama adalah untuk menyampaikan ilmu pengetahuan agar dapat membina rohani, jasmani, emosi, intelektual dan sosial pelajar yang seimbang. Dalam melaksanakan tanggunjawab ini pendidik yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri tertentu seperti yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahualaihiwasallam. Islam amat menitikberatkan ilmu pengetahuan dan meletakkan darjat yang tinggi kepada orang yang menyebarkan ilmu. Ini telah dirakamkan oleh Allah Subhanahuwataala di dalam surah al-Mujadalah ayat 11 yang bermaksud: “Allah meninggikan darjat orang yang beriman dan di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat”. Ayat ini menunjukkan bahawa orang yang berilmu mempunyai darjat yang lebih tinggi di kaca mata Islam lebih-lebih lagi orang yang menyebarkan ilmu pengetahuan seperti pendidik sama ada di peringkat rendah mahu pun di institusi pengajian tinggi.

Sebagai seorang pendidik yang diberkati Allah, mereka mestilah menjaga akauntabilitinya selaras dengan kesucian dan keberkatan profesion ini yang melibatkan proses transformasi ilmu pengetahuan. Secara umumnya, para sarjana Islam telah mengemukakan bahawa pendidik perlu memainkan fungsi seorang guru dan mencapai martabat sebagai pendidik (mudarris), penyampai yang benar (mualim), murabbi (pengasuh dan pendidik dengan kasih sayang, muaddib (pembentuk adab dan akhlak) dan mursyid (pembimbing ke arah kebaikan).

Akauntabiliti Seorang Pendidik

Akauntabiliti seorang pendidik merupakan perkara yang amat penting untuk dipelihara oleh setiap pendidik. Secara umumnya akauntabiliti ini merujuk kepada tanggungjawab seorang pendidik kepada setiap perkara mahu pun hasil kerjanya. Sebagai seorang yang profesional, pendidik perlu memelihara dan melaksanakan tanggunggjawabnya dengan penuh ikhlas dan sebaik mungkin. Ini adalah kerana pendidik merupakan pihak yang bertanggungjawab menghasilkan sumber manusia yang baik dalam pelbagai bidang demi keperluan negara bahkan umat seluruhnya. Secara ringkasnya akauntabiliti akademik ini boleh dibahagikan kepada tiga aspek utama iaitu kepimpinan, profesionalisme dan ketelusan serta kerahsiaan.

Kepimpinan

Aspek kepimpinan ini merangkumi segenap aspek kependidikan termasuk pengajaran. Kepimpinan yang dimaksudkan adalah keupayaan mencorak, mengemudi dan memandu dalam proses pencapaian matlamat kecemerlangan institusi. Pendidik yang mempunyai ciri kepimpinan yang baik akan dapat mengatur strategi institusi dan berusaha mempertingkatkan kualiti, berusaha penambahbaikan kecekapan dan kejituan ilmu dan proses penyebaran ilmu pengetahuan.

Profesionalisme

Profesionalisme dalam konteks pendidik merujuk kepada keupayaan dan kecekapan melaksanakan sesuatu tanggungjawab berdasarkan kepada panduan ilmu dan latihan, serta kepakaran. Di dalam melaksanakan sesuatu perkara seorang pendidik yang profesional adalah terikat dengan etika profesion yang merangkumi etika dalam keilmuan, etika sikap dan etika kemahiran.

Sebagai contoh seorang pendidik perlu menyerlahkan elemen-elemen penjagaan tingkahlaku seperti, cara berpakaian, berkomunikasi, tidak mengadakan hubungan dengan pelajar, mematuhi masa, menghormati rakan sejawat, mengelak plagiarisme, kerja berpasukan dan menjaga kerahsiaan. Para pendidik juga menjaga amanah ilmu bukan sahaja bertindak untuk memperkayakan ilmu dalam diri sebaliknya sentiasa menyalurkan idea-idea dan ilmu yang ada pada mereka baik kepada pelajar mereka disamping mempunyai integriti yang tinggi
Profesionalisme juga menitikberatkan aspek ketelusan dan kerahsiaan. Pendidik mesti sanggup menerima teguran-teguran dan ini akan dapat meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Dari aspek kerahsiaan, pendidik perlu menjaga hal kerahsiaan ini umpamanya soal penyediaan soalan peperiksaan dan juga maruah pelajar yang mempunyai masalah peribadi.

Pembudayaan Kualiti

Adalah menjadi kewajipan seorang pendidik untuk memastikan setiap hasil kerja mereka sesuatu yang berkualiti dalam semua aspek pengajaran dan yang berkaitan. Kualiti ini dapat dinilai melalui sumber manusia yang dilahirkan. Oleh itu pendidik perlu mempergiatkan aktiviti ilmiah dalam perkongsian ilmu, perluasan ilmu dan rangkaian tokoh-tokoh keilmuan, diinstitusi tempatan dan luar negara.

Ciri-Ciri Pendidik Unggul

Secara umumnya para ilmuan Islam telah menggariskan beberapa ciri pendidik unggul. Adalah menjadi kewajipan kepada semua pendidik untuk berusaha memenuhi kesemua ciri ini dan seterusnya mendapat keberkatan dari Allah Subhanahuwataala pada setiap perkara yang dilakukan. Ciri-ciri ini dapat disimpulkan seperti berikut:-

Mudarris

Mudaris berasal dari perkataan arab yang bermaksud mengajar ataupun pengajaran. Pendidik hendaklah bertanggunjawab menyampaikan ilmu yang ada padanya kepada pelajarnya yang boeh membina pemikiran, rohani, jasmani,emosi dan juga sosial. Apa yang diketahuinya hendaklah disampaikan kerana kerja pengajaran adalah sebahagian daripada amal soleh. Manakala enggan menyampaikannya adalah merupakan satu kesalahan.

Mualim

Pendidik sebagai mualim boleh didefinasikan sebagai mengajar atau menyampaikan limu kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan di samping berusaha menambah ilmu pengetahuan. Mualim mempunyai rasa belas kasihan kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Mualim mengajar kerana Allah Subhanahuwataala dan bukannya kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan daripada pelajar.

Murabbi

Murabbi bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir. Pendidik sentiasa menyayangi pelajar dan menasihati dan membimbing dalam pembentukan syahsiyah mereka. Pendidik juga adalah kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi contoh kepada pelajar.

Muaddib

Muaddib bermaksud mendidik ke arah memperelokkan lagi akhlak pelajar. Pendidik yang muaddib merupakan individu yang bertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam terhadap peribadi dan kehidupan pelajar. Muaddib seorang yang memberi ilmu dan mendidik mereka dalam akhlak dan adab yang baik. Pendidik juga mendidik pelajar agar tidak merendahkan ilmu pelajaran lain selain dari yang diajar olehnya. Pendidik mendidik pelajar melalui akhlak yang baik daripada hanya penyampaian secara teori sahaja.

Murshid

Pendidik yang mursyid bermaksud sebagai penuntun jalan hidup yang benar dan betul dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai hamba Allah Subhanahuwataala dan khalifahNya dimuka bumi. Mursyid menunjukkan kepada jalan yang benar dari sudut ilmu kesufian dan memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus. Pendidik mempunyai tingkah laku baik dan terpuji, bersih dari akhlah tercela, tidak taasub atau fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan mempunyai tokoh kepimpinan. Syarat untuk menajdi pendidik yang mursyid ialah beliau mestilah alim dari segenap perkara atau disiplin ilmu, menyimpan atau menutup keaiban pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di dalam hati pelajar.

Kesemua ciri-ciri seorang pendidik unggul seperti di atas perlulah diamalkan secara berterusan dan dengan penuh iltizam. Pendidik perlu ada sifat mendidik pelajar kerana Allah Subhanahuwataala, berperibadi mulia, menjaga kehebatan dan kehormatan diri, memiliki ilmu dan kaedah pengajaran dan bersifat kasih sayang. Bukan itu sahaja ciri-ciri ini perlu diamalkan dan diserlahkan dari semua aspek termasuk kepimpinan, profesionalisme, tingkahlaku, pembudayaan kualiti dan khidmat masyarakat.
Langkah Memelihara Akauntabiliti Seorang Pendidik

Mendidik Kerana Mencari Keredhaan Allah Subhanahuwataala

Seorang pendidik perlu memastikan niatnya untuk bersifat ikhlas terhadap Allah Subhanahuwataala dalam segala amal pendidik yang dilakukannya. Allah telah merakamkan dalam al-Quran surah al-Bayyinah ayat 5 yang bermaksud ”Dan tiadalah mereka itu diperintahkan, melainkan supaya mereka menyembah Allah dalam keadaan mengikhlaskan agama kepadanya”. Ini dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah Sallallahualaihiwasallam yang bermaksud: ” Sesungguhnya Allah tidak akan menerima suatu amalan melainkan apa yang ikhlas kepadaNya dan yang ditujukan hanya untukNya. (Riwayat Abdu Daud dan an-Nasai).
Pendidik hendaklah menunjukkan setiap pekerjaan yang dilaksanakan itu hanya semata-mata kerana Allah kerana hanya dengan keikhlasan beliau akan mendapat keredhaan dan keberkatan bahkan akan dikasihi dan dihormati oleh pelajar mahupun masyarakat.

Peribadi Mulia

Pendidik bukan sahaja menjadi ”role model” atau pun ikutan kepada pelajar menerusi sifat spiritual seperti ikhlas, jujur, sabar, kasih sayang, warak dan takwa, bahkan menerusi sifat-sifat fizikal atau lahiriah seperti tutur kata, tingkah laku, kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain. Justeru itu, bagi mencapai keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran serta pembentukan peribadi mulia, Islam mengutamakan tutur kata, tingkah laku yang baik dan nasihat berguna serta menarik. Hal ini dapat dilihat jika kita merujuk dakwah yang dijalankan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun, ketika mereka menyampaikan seruan agama kepada Firaun yang amat zalim seperti yang difirmankan oleh Allah Subhanahuwataala dalam al-Quran surah thaha ayat 43 yang bermaksud:-” Pergilah engkau berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia derhaka. Katakanlah kepadanya perkataan yang lemah lembut, mudah-mudahan ia akan dapat pengajaran atau takut kepada tuhan”.

Menjaga Kehebatan dan Kehormatan diri

Sudah menjadi tanggapan masyarakat mahupun pelajar bahawa seorang pendidik adalah seorang yang mempunyai kehormatan diri dan kehebatan ilmu pengetahuan. Oleh itu, sudah semestinya pendidik untuk beramal dan berpegang teguh dengan ilmu yang dimilikinya. Setiap amalan mestilah dilakukan dengan istiqamah dan seterusnya menjadikan diri untuk lebih bertakwa kepada Allah Subhanahuwataala. Pendidik tidak sepatutnya melakukan perkara yang berlawanan dengan ilmu yang dimiliki kerana ini akan menjatuhkan kehormatan diri dan mengurangkan rasa hormat pelajar kepadanya. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah Subhahanahu Wataala di dalam surah al-Maidah ayat 44 yang bermaksud:-” Adakah patut kamu menyuruh manusia membuat kebajikan dan kamu lupakan diri kamu sendiri sedangkan kamu membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal”.

Memiliki ilmu dan kaedah pengajaran

Pendidik sememangnya perlu memiliki ilmu yang mantap dan mendalam dalam bidang yang diceburi. Pelajar akan lebih yakin dan mudah menerima ilmu yang disampaikan sekiranya pendidik benar-benar menguasai ilmu tersebut. Selain itu, pendidik juga perlu kreatif dan inovatif dalam menggunakan kaedah atau teknik pengajaran berkesan. Dalam dunia moden masa kini, pendidik perlu arif dalam penggunaan teknologi dan dalam masa yang sama sentiasa mempelbagaikan teknik pengajaran agar lebih berkesan dan menarik minat pelajar.

Bersifat kasih sayang

Pelajar merupakan golongan yang masih muda dan perlukan perhatian oleh pendidik mereka. Oleh itu pendidik mesti mempunyai sifat kasih kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Dengan sifat ini, pelajar akan lebih mudah mendekati pendidik dan dapat meluahkan masalah mereka. Sifat ini juga akan dapat menerbitkan suasana mesra di antara pelajar dan pendidik dan seterusnya akan memudahkan lagi proses pentarbiyahan dan pembentukan peribadi mulia.

Penutup

Secara umumnya, seorang pendidik harus mencapai martabat seorang pendidik iaitu murabbi, mudarris, mualim, muaddib dan mursyid. Kedudukan seorang pendidik yang mursyid menjadikan setiap ilmu pengetahuan yang disampaikan akan menjadi lebih berkesan dan mudah diterima oleh para pelajar. Terdapat beberapa ciri utama seorang pendidik yang membolehkan mereka dapat membimbing pelajar dengan baik dan berkesan. Ini termasuk mendidik kerana Allah, berperibadi mulia, menjaga kehebatan dan kehormatan diri, memiliki ilmu dan kaedah pengajaran dan bersifat kasih sayang.

Akauntabiliti seorang pendidik merupakan perkara yang amat penting untuk dipelihara oleh setiap pendidik dan ini meliputi dari aspek kepimpinan, profesionalisme dan ketelusan serta kerahsiaan. Sesungguhnya sebagai seorang pendidik, beliau mestilah berusaha untuk memenuhi ciri-ciri seorang pendidik yang mursyid di mana mampu untuk membimbing pelajar bukan sahaja untuk mendalami ilmu pengetahuan yang disampaikan malahan dapat memberi panduan kepada mereka untuk menjadi insan yang berguna dan berjaya. Akauntabiliti pendidik mesti dipelihara demi menjamin keutuhan institusi keilmuan yang sememangnya dipandang tinggi oleh Islam.

Bersempena dengan hari guru ini, marilah kita bersama-sama melahirkan perasaan kasih sayang dan terima kasih kepada semua guru-guru. Menghargai guru merupakan salah satu sifat mahmudah yang amat digalakkan. Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah merakamkan penghargaannya kepada guru di dalam beberapa hadis diantaranya ialah yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, bermaksud “Sesiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu, maka ia mendapat pahala orang yang mengamalkan ilmu tersebut, pahalanya tidak kurang sedikitpun dan pahala orang tersebut.” Di dalam hadis yang lain riwayat al-Imam at-Tirmizi, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah dan seluruh malaikat-Nya serta penghuni langit dan bumi, sehingga semut yang ada di dalam liangnya dan ikan yu, semuanya memohon kerahmatan ke atas orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.” Selamat hari guru kepada semua pendidik di muka bumi. Terima kasih dan doa kepada semua guru-guruku, semoga Allah menempatkan guru-guruku di kalangan para solihin di dunia dan akhirat.

Rujukan

Al-Ghazali. (2006). Ihya Ulumuddin. Kuala Lumpur: Darul Fajar.
Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam. Selangor: Fajar Bakti.
Abdullah Ishak. (1989). Sejarah Perkembangan Pelajaran dan Pendidikan Islam. Selangor: Ar-Rahmaniah.
Ulwan Abdullah Nasih. (1981). Tarbiyatul Awlad Fi Islam. Cairo: Darul Salam.
Yaakub Isa. (1994). Guru dan Pengajaran yang efektif dalam Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam. Selangor: Fajar Bakti.

1 ulasan:

Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran

Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran

Arkib - Layan Rohu Sungkai

Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam

Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran

Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam

Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam

Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam

SEKADAR RENUNGAN

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.

Arkib Blog

Peringatan Kepada Yang Lupa

Ibadah Solah Jangan diabaikan

Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.

Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.

Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.

Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.

Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.

INFO TRIP TERKINI

INFO TERKINI 2019

Next trip

Trip Reu Open X SK Sri Besout & X SMK Besout.
Tarikh : 15/12/2019 (Ahad)
Tempat Berlepas: Pangkalan Nelayan Sg Udang,Yan, Kedah.
Bot: Tekong Syafik

1. Cikgu Zaini Sulong (X SK Sri Besout n SMK Besout) ✔️
2. Tn Hj Mustafa Kadir (X SK Sri Besout)
3. Cikgu Musa (X SMK Besout) ✔️
4. Sir Azmin Baharudin (X SK Sri Besout)✔️
5. Cg Badr (X SK Sri Besout)✔️
6. Cg Nizam albaluni (X SK Sri Besout n SMK Besout)✔️

Fishing 4all

Fishing 4all.T kasih.

Blog Sekutu dan Blog Pilihan

FORUM PUAKAJORAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translator

Sila Klik Untuk Info Lanjut

Sila Klik Untuk Info Lanjut
Sila Klik Untuk Info Lanjut

الوقت کالسَّيف فإن لم تقطع فل يقطع

MENJORAN UNTUK SEMUA

Bendera Pictures, Images and Photos MENJORAN UNTUK SEMUA
"Fishing For All"

Nuffnang

Kandungan Blog Saya

IKLAN DAN INFO NIAGA

DAPATKAN MAKLUMAT INFO NIAGA PADA PAPARAN BERIKUT

Tempahan Pagar Kayu

Tempahan Pagar Kayu
Klik di sini

Selamat Datang

Pengunjung Terkini