Pulang sekejap berhariraya Aidil Adha pada minggu lepas. Sempat berbual-bual dengan sahabat dan rakan-rakan.
Khabarnya cikgu Farhana, dulunya salah seorang warga SMK (F) Besout kini menetap di daerah Krian sudah mula lasak di kolam.
Krian adalah salah satu daerah yang baik dan kaya dengan lokasi pancingan air tawar dan masin.
Penjoran tegar yang sudah mangli dengan lokasi pancingan tawar kebiasaanya turut berkunjung ke lokasi ikan air payau dan masin contohnya di sekitar Kuala Gula,Kuala Sepetang,Nibung Tebal malah jarak untuk ke Tuas Yanpun tidak terlalu jauh.
Terdapat juga kolam-kolam rekreasi untuk pancingan tawar yang diusahakan oleh penternak ikan air tawar.Salah satunya kolam yang terletak di Jalan Air Putih ini.
Tempat yang kerap dikunjungi oleh Rakanpuakjoran termasuk RPj Nizam Balun dan sekutunya.Dalam kolam ini juga terdapat ikan siakap.
Sahabat-sahabat lain, ada berani bertarung dengan cikgu Farhana?
Kepada cikgu Farhana, selamat beraksi dan semoga gembira dengan hobi menjoran.
SEKADAR RENUNGAN
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.
Peringatan Kepada Yang Lupa
Ibadah Solah Jangan diabaikan
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
BalasPadamSaya sama rekan2 saya baru menciptaka situs baru yg bisa berguna untuk kalian semua. Jika mau berbagi video2 dan foto2 atau ide2 ttg memancing ikan dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Kalian bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:) Jika ada pertanyaan tolong hubungi saya: dewi.aja@kumpulbagi.com
Fuh.. ni geng2 cik ein ke? haha. lama tak pi ban pecah. asyik kena racun dari sana je.
BalasPadamUpdate terbaru dari TC Casting jugra master 2014
Salam... saya bukan penyabar punya orang... takleh nak jadi kaki joran... tapi sukanya tengok ikan besar2 tu... kalau saya yg dapat harus lah ku bakar...
BalasPadamSalam kenal... saya belum ada kesabaran untuk sama2 jadi kaki pancing...
BalasPadam