Kisah suku sakat saya di kampung yang tidak pernah sunyi dengan aktiviti menjoran. Habis dijelajahi serata kampung. Adakalanya ke laut, kadang-kadang ke sungai, tasik, tali air dan tidak ketinggalan juga ke redang atau paya. Kali ini saya paparkan aktiviti mereka menjejak ikan linang dan lampam di tali air Pancur, Bukit Merah.
Umpan udang yang disauk sendiri. Saiznya agak besar berbanding udang yang dibeli. Kalau digorengpun pastinya sedap.

Anak-anak buah turut membantu mengasingkan udang umpan. Hanya yang bersaiz besar digunakan. Yang bersaiz kecil menjadi makanan ikan peliharaan Kudin.

Aktiviti dimulakan pada waktu malam selepas solat Isyak.

Termakbul permintaan. Seekor linang berjaya didaratkan.

Rupanya seperti belut tetapi mempunyi ridik di kiri dan kanan berhampiran insang.

Kudin dengan seekor lampam.

Halil juga mendaratkan lampam.

Aktiviti tidak bertahan lama kerana hujan yang turun secara tiba-tiba dan memaksa mereka pulang awal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan