Baru berkesempatan untuk memaparkan Trip Tuas Yan sempena cuti Deepavali yang lalu.Trip yang kelapan untuk musim ini seperti biasa dipimpin oleh Juragan Nizam telah disertai oleh rakan-rakan Puaka Trolak iaitu Li Kembar, Bro Radzi, dan Sdr. Lan.Saya sebagai "bidan terjun" menggantikan Pak Su @ Cepoi yang menarik diri di saat-saat akhir.Seperti biasa, penyelaras trip ialah Cikgu Mie Kuala Dulang.Kami bertolak agak lewat dan tiba di Yan kira-kira pukul 11.00 malam.Trip berlepas ke tuas kira-kira pukul 8.30 pagi keesokan harinya ditekongi oleh Wan Dulang dan dibantu oleh cikgu Mie.Pergerakan kami agak lewat kerana keadaan air laut yang terlalu surut pada ketika itu.
Saudara Radzi dan Lan membuat persediaan sejurus tiba di homestay.
Juragan Nizam menyediakan perambut tenggiri.
Berlepas agak lewat (8.30 pagi) kerana keadaan air yang surut.
Sebuah lagi bot milik Wan Dulang berlabuh di tuas yang sama.
Tidak puas bertarung pada sesi ini kerana banyak pendaratan yang tidak sempurna dan gagal .Lontaran pertama yang dilakukan oleh cikgu Mie,Juragan Nizam dan saya terus menerima sentapan namun hanya saya yang berjaya mendaratkan seekor tenggiri dengan bantuan tekong Wan.Cikgu Mie dan Juragan Nizam terlepas peluang.Lontaran berikutnya sekali lagi menerima sentapan serentak iaitu cikgu Mie,Tekong dan Juragan Nizam namun hanya tekong yang berjaya mendaratkan seekor tenggiri dengan sempurna.Begitulah aksi seterusnya.Banyak sentapan dan enjutan yang diterima tetapi rakan-rakan gagal beraksi sempurna.Keseluruhannya cikgu Mie menerima 9 kali sentapan, hanya seekor tenggiri berjaya didaratkan.Tekong Wan 5 sentapan, berjaya mendaratkan 2,Juragan Nizam 4 kali enjutan hanya mendaratkan 1,Saudara Radzi 2 sentapan, berjaya mendaratkan 1 dan saya mendapat 1 daripada 3 sentapan.Hingga ke akhirnya kami hanya berjaya mendaratkan 6 ekor tenggiri sahaja manakala yang terlucut atau terputus tali asas hampir 20.Rakan-rakan di bot yang seiringan juga demikian rupa, terpaksa berputih mata.Mungkin keaadaan arus yang agak deras dan ketangkasan tenggiri bertambah.Tidak terbeban dengan kekuatan tali Barkerly Big Game berskala 12 dan 15 lbs.Kami berlepas pulang pada pukul 3.30 petang kerana mengejar masa air surut.Jika terlewat dan air terlalu surut,kami mungkin terlepas peluang untuk kembali ke pengkalan dan terpaksa menanti hingga air pasang semula.
6 ekor tenggiri. Ini sahajalah hasil yang berjaya kami perolehi untuk trip tersebut.Seekor untuk seorang.
Trip berikutnya ialah pada 22 November nanti.Dua buah bot dengan 12 orang penjoran dijangka berlepas untuk kohort ke 9.Seperti trip yang lalu, saya hanya bersedia untuk menjadi "bidan terjun" bagi rakan-rakan yang berhalangan atau tidak dapat menyertai misi pada saat-saat akhir.
Jumaat, 11 November 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tokoh Yang Terpinggir- Allahyarham Yahya Nassim - Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka Oleh Fahmi Reza
Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.
Ustaz Yahya Nassim,berasal dari Ulu Langat, Selangor. Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka. Semasa kongres inilah, Dr. Burhanuddin Helmy, Yang Dipertua PKMM melafazkan sajaknya yang terkenal: Di atas robohan kota Melaka. Kita dirikan jiwa merdeka. Bersatu-padulah seluruh baka. Tuntut hak keadilan pusaka. .....SELAMAT MENYAMBUT HARI HARTAL 20.10.2011 http://10tahun.blogspot.com/SEKADAR RENUNGAN
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.
AGAMA DAN POLITIK الدين سياسة٬اقامة الدين وسياسة الدنيا بھ
-
M'sia Tak Malu, Dg Pakaian Atlet Wanitanya..29 min yang lalu
-
Felda menjual 7 kilang tapisan minyak sawitnya kepada Syarikat Alana Group ?3 beberapa jam yang lalu
-
Tanah SJKT Gunung Rapat ,Ipoh diberi kepada PAFA.4 beberapa jam yang lalu
-
Template baru bernama senang8 beberapa jam yang lalu
-
Permasalahan Tayamum12 beberapa jam yang lalu
-
"Jika saya korupsi, ikhlas ditembak mati"16 beberapa jam yang lalu
-
-
himpunan hijau 2.0 berjaya dalam gagal1 hari yang lalu
-
Bunga Angkasa2 beberapa hari yang lalu
-
Pelacur Jalanan... hahaha..2 beberapa hari yang lalu
-
JANGANLAH MENCAMPAKKAN DIRI DALAM KEBINASAAN YANG DI SALAH ERTIKAN!!!4 beberapa hari yang lalu
-
Masalah penduduk Batu 111 minggu yang lalu
-
Di Sabah Ada Lagi Rakyat Bertani Pindah Randah1 minggu yang lalu
-
Solat Hajat sempena pembukaan Pondok Baru Madrasah Khairu Ummah 8 Oktober 20102 beberapa minggu yang lalu
-
Turki hadiahkan rambut Rasulullah kepada Chechnya3 beberapa minggu yang lalu
-
PAS, JANGAN DIPATUK ULAR 2 KALI3 beberapa minggu yang lalu
-
fakta kronologi hubungan umno - israel.. sebarkan!3 beberapa minggu yang lalu
-
BOROS...ROSMAH..!3 beberapa minggu yang lalu
-
ADUAN PENIAGA DI BAGAN SERAI4 beberapa minggu yang lalu
-
-
Novel Terakhir...2 beberapa blan yang lalu
-
Dr. Hassan Ali Patut Ketuai Tuntutan Royalti Minyak & Gas Kelantan2 beberapa blan yang lalu
-
KHUTBAH JUMAAT :JIHAD2 beberapa blan yang lalu
-
KENYATAAN TGNA : PERKAUMAN DAN PERTEMBUNGAN AGAMA BENTENG TERAKHIR UMNO6 beberapa blan yang lalu
-
Derita Budya Darat7 beberapa blan yang lalu
-
JOM BERSAMA SAYA KE HIMPUNAN BERSIH 28 beberapa blan yang lalu
-
Di ambang kebangkitan Islam9 beberapa blan yang lalu
-
-
Blog ini di K.I.V. kan..1 tahun yang lalu
Peringatan Kepada Yang Lupa
IBADAH SOLAT JANGAN DIABAIKAN
Rakan-rakan Puakajoran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib untuk kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. T
idak perlu beriya-iya dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau di atas pelepas sawit dan daun paku. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau sungai berbuaya gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya kita nampak najis dan kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya tadi dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak terjun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur(selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi sedikit dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan cari tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Kita boleh menggunakan kaedah melihat bintang jika mencari arah kiblat pada waktu malam. Paling tidak, ikut arus air sungai, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apa sahajapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan, seboleh-bolehnya naiklah ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat……..Tokan.
http://puakajoran.blogspot.com/2009/08/ibadah-solat.html

menarik sungguh.. mesti tahap gigil kena karen tarik tenggiri ni,
BalasPadamsusah jugak ye nak jinakkan ikan tenggiri ni :P
BalasPadamBoleh tahan juga,seekor seorg.
BalasPadamPernah tak ke Rumah Api One Fathom Bank
saya dgr banyak ikan di situ,
saya belum dapat ikut pergi lagi sebab sibuk.
gemuk gemuk tenggiri tu...
BalasPadamgeramnya saya...
masak gulai rebah bangun tu...
gerenti makan x bangun2 akakkaka...