Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433.Jika takut dilambung ombak, usah berumah di tepian pantai. Perkhabaran duka untuk misi puakajoran kohort ke 9/2011 pada 22.11.2011 yang lalu.Hanya 3 ekor tenggiri berjaya didaratkankan. Itupun kerana kepakaran tekong Jan, Cikgu Mie dan Sdr. Pendy Evo.Ikan-ikan lain yang turut termakan umpan hanyalah 2 ekor banang dan seekor alu-alu yang didaratkan oleh Sdr. Amar(pendatang baru dalam kumpulan) dan juragan Nizam.Lain-lain penjoran hanya mampu mendaratkan beberapa ekor ikan kecil dan seekor mayong.
Sebelum berangkat pulang dari jeti sempat juga bergambar kenangan di sini.
Ombak yang menggila tidak akan mematahkan semangat kami.Pada 08.12.2011 dan 21.12.2011 nanti kami pasti bertandang lagi.Paparan seterusnya untuk kohort ini akan menyusul.
Khamis, 24 November 2011
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tokoh Yang Terpinggir- Allahyarham Yahya Nassim - Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka Oleh Fahmi Reza
Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.
Ustaz Yahya Nassim,berasal dari Ulu Langat, Selangor. Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka. Semasa kongres inilah, Dr. Burhanuddin Helmy, Yang Dipertua PKMM melafazkan sajaknya yang terkenal: Di atas robohan kota Melaka. Kita dirikan jiwa merdeka. Bersatu-padulah seluruh baka. Tuntut hak keadilan pusaka. .....SELAMAT MENYAMBUT HARI HARTAL 20.10.2011 http://10tahun.blogspot.com/SEKADAR RENUNGAN
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.
AGAMA DAN POLITIK الدين سياسة٬اقامة الدين وسياسة الدنيا بھ
-
Debat: Soalan mudah... YES or NO??9 min yang lalu
-
Ni, Wanita Iban Masakini Pun Tak Pakai Baju54 min yang lalu
-
KEMPEN UMNO GUNA DANA ISRAEL >>> ??? ///2 beberapa jam yang lalu
-
Dato Phahrol Razi dan Dr Ismail,lebih baik tutup mulut.4 beberapa jam yang lalu
-
Ibu Duit Itu Kurafat5 beberapa jam yang lalu
-
Perkembangan terkini pembinaan kompleks Madrasah Khairu Ummah sehingga Januari 201210 beberapa jam yang lalu
-
Gani Taik...10 beberapa jam yang lalu
-
-
Cara Timbang Blog supaya ringan1 hari yang lalu
-
PM Najib, please reveal details behind Grand Saga Toll Plaza abolition!3 beberapa hari yang lalu
-
Bekas rumah Osama dimusnahkan dgn kawalan ketat3 beberapa hari yang lalu
-
JANGANLAH MENCAMPAKKAN DIRI DALAM KEBINASAAN YANG DI SALAH ERTIKAN!!!1 minggu yang lalu
-
Masalah penduduk Batu 111 minggu yang lalu
-
Di Sabah Ada Lagi Rakyat Bertani Pindah Randah2 beberapa minggu yang lalu
-
Turki hadiahkan rambut Rasulullah kepada Chechnya3 beberapa minggu yang lalu
-
PAS, JANGAN DIPATUK ULAR 2 KALI4 beberapa minggu yang lalu
-
fakta kronologi hubungan umno - israel.. sebarkan!4 beberapa minggu yang lalu
-
BOROS...ROSMAH..!4 beberapa minggu yang lalu
-
ADUAN PENIAGA DI BAGAN SERAI4 beberapa minggu yang lalu
-
-
Novel Terakhir...2 beberapa blan yang lalu
-
Dr. Hassan Ali Patut Ketuai Tuntutan Royalti Minyak & Gas Kelantan2 beberapa blan yang lalu
-
KHUTBAH JUMAAT :JIHAD2 beberapa blan yang lalu
-
KENYATAAN TGNA : PERKAUMAN DAN PERTEMBUNGAN AGAMA BENTENG TERAKHIR UMNO6 beberapa blan yang lalu
-
Derita Budya Darat7 beberapa blan yang lalu
-
JOM BERSAMA SAYA KE HIMPUNAN BERSIH 28 beberapa blan yang lalu
-
Di ambang kebangkitan Islam9 beberapa blan yang lalu
-
-
Blog ini di K.I.V. kan..1 tahun yang lalu
Peringatan Kepada Yang Lupa
IBADAH SOLAT JANGAN DIABAIKAN
Rakan-rakan Puakajoran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib untuk kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. T
idak perlu beriya-iya dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau di atas pelepas sawit dan daun paku. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau sungai berbuaya gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya kita nampak najis dan kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya tadi dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak terjun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur(selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi sedikit dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan cari tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Kita boleh menggunakan kaedah melihat bintang jika mencari arah kiblat pada waktu malam. Paling tidak, ikut arus air sungai, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apa sahajapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan, seboleh-bolehnya naiklah ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat……..Tokan.
http://puakajoran.blogspot.com/2009/08/ibadah-solat.html

hanya kenal tenggiri
BalasPadambyk ikan lgi tk penah tengok
arrayah.info - Umat Islam semakin tidak mengerti Hakikat Hijrah Rasulullah SAW
BalasPadam