Penangan cuti sekolah.Ingatkan dapatlah "mengupdate" blog setiap hari sekurang-kurang sekali, rupa-rupanya masih terbeban dengan pelbagai tugasan rutin.Apapun segalanya masih ok.Trip 8 Disember ditangguhkan bukan disebabkan sibuk atau tugas yang tidak dapat dielakkan, sebaliknya ditangguhkan kepada 15 Disember 2011 kerana dijangkakan keadaan laut masih bergelora dan keadaan air yang tidak begitu baik.Sebagai "sajian mata" saya paparkan aksi rakan-rakan sekitar Trip Tuas Yan Kohort ke9/2011 yang lalu.Ahli-ahli yang terlibat dalam misi ini Juragan Nizam,Pak Su @ Cepoi,Amar,Tokan Cikgu Ikan,Lan Trolak,Bro Umar,Pak Dolah Sireh,Hj. Mazlan.Ustaz Sobri,Bro Baseran,Pendy Evo dan Cikgu Mie Kuala Dulang.Trip yang mencabar dan menyeronokkan...puas dilambung ombak.Harga ikan kembung umpan melonjak naik daripada Rm1.50 kepada Rm 10.00/kg.
Persediaan persenjataan untuk bertarung.
Bersedia untuk berlepas.
ok ke x ok?
Saat-saat menjemukan apabila ikan tidak mahu makan.
Kata Tekong,alun kuat yang menghasilkan buih putih salah satu sebab mengapa ikan tidak mahu menjamah umpan.
Sedikit sama dirasa.
Tempat menginap baharu.Majhan Homestay.Markisa Homestay telah dihuni oleh pemiliknya yang sudah berpindah tugas di lokasi asal.Ustaz Azizan.
Menikmati makan malam dengan hidangan tenggiri segar.
Selepas ini saya kira rakan-rakan puakajoran akan berkunjung ke Sea Lion Klang ataupun ke kolam keli Tronoh untuk mengisi masa lapang sehinggalah cuaca kembali tenang.
smlm turun kolam dengan pendy evo..die daratkan keli 5,5kg.. gila kolam dah kami sekarang hehe :P
BalasPadamNizam Balun nak kena diet...badan dah naik mcm belon yg di pump!
BalasPadamHa hah Renjer...saya teringin nak pergi jugak tapi agak sibuk sikit skrg..Tahniah utk rakan2 yang bjaya daratkan keli mega tu...
BalasPadamYa SeVenSeaS...juragan skrg kurang aktif sukan...memancing pun kurang tegar x seperti dulu.Mungkin sbb tu badan dah naik banyak...lagipun umur dah meningkat tu...15.12 ini kalau tiada aral melintang kami ke Tuas Yan lagi
BalasPadam