Walaupun menyedari keadaan laut yang bergelora dan tenggiri di luar musim namun atas dasar memenuhi hajat dan keinginan rakan yang tercicir pada misi yang lalu Cikgu Mie,Juragan Nizam Balun,Saudara Wahab dan pendatang baru Rakanpuakajoran saudara Jailani (Jai) meredah lautan yang bergelora untuk beraksi di tuas.Halangan pertama kami pada misi ini adalah kesukaran mendapatkan bekalan umpan segar.Ikan kembung yang biasanya diperoleh dengan harga sekitar RM 1.50/kg daripada nelayan tempatan meningkat kepada RM 12.00 sekilogram.Harga tidak menjadi soal jika bekalan boleh didapati.Setelah berurusan dengan cikgu Mie, umpan masih gagal didapati.Kami menjelajah dari satu pasar ke pasar menjual ikan dan akhirnya kami temui ikan kembung segar di pasar basah Bagan Serai.Ikan kembung segar berharga RM 10/kg manakala ikan mambung (borek) RM 13/kg.
Saudara Wahab,salah seorang rakan yang terlepas beraksi pada misi yang lalu.
Saudara Jailani, pendatang baru Rakanpuaka juga merupakan sepupu saudara wahab turut terlepas misi terdahulu.
Membuktikan kebolehan.Dalam keadaan gelora saudara wahab berjaya memujuk tenggiri menjamah umpan.
Saudara Jailani (Jai) mengambil peuang mendaratkan tenggiri yang dijinakkan saudara Wahab.
Tenggiri akhirnya tewas.
Lesen Tuas Yan bagi saudara Wahab.
Tekong bot, saudara Nizam.Tenang dan sangat senang diajak berunding.
Beraksi sebelum berlepas pulang.
Tidak banyak tangkapan yang kami perolehi lantaran alun yang berpanjangan,hanya seekor tenggiri sekitar 4kg, 12 ekor cencaru,6 ekor talang bersaiz sedang dan kecil,seekor anak kerapu dan ikan-ikan kecil yang lain.Terpaksa bertolak pulang sekitar jam 2.30 petang.Tidak dapat merakam peristiwa ketika beraksi kerana kami kebasahan dek simbahan ombak.Alun dan ombak yang menjadi-jadi menyebabkan perjalanan pulang mengambil masa yang agak lama, hampir 2 jam.Kami akan kembali lagi ke tuas setelah lautan menjadi tenang dan tenggiri kembali bermusim.Terima kasih kepada saudara Jai yang membiayai misi pada kali ini.Terima kasih juga kepada saudara Wan Dulang ,krew,cikgu Mie,pemilik-pemiik homestay yang banyak membantu dan memberi perkhidmatan kepada rakan-rakan penjoran dan Puakajoran.blogspot sepanjang tahun ini. Sedar tidak sedar sudah 10 misi kami untuk tahun 2011 di Tuas Yan.Juragan Nizam satu-satunya Rakanpuaka yang turut serta dalam semua misi tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan