Mengambil kesempatan daripada peristiwa Himpunan Hijau ke Putra Jaya, Rakan-rakan Puakajoran.blogspot tidak mahu ketinggalan. Bukan Himpunan Hijau ke Putra Jaya sebaliknya Himpunan Hijau ke Tuas.Memburu tenggiri.Misi kali ini disertai oleh Juragan Nizam, Abu Affaf, Kudin Puakajoran,Tokan Puakajoran dan sahabat joran dari Ulu Langat Selangor terdiri daripada Saudara Solehen (Oyen), Saudara Mohd Shah dan Saudara Redzuan serta dua orang anaknya.
Trip-trip menjoran terdahulu, biasaannya Pengkalan Nelayan Kuala Dulang menjadi pilihan namun pada kali ini kami mencuba kelainan. Pengkalan Nelayan Tanjung Dawai menjadi pilihan. Kelebihannya, pemancing tidak perlu berkejar-kejar dan terikat dengan pasang surut air. Pemancing boleh bertolak seawal pukul 6.30 pagi dan pulang pada pukul 5.30 petang. Jangka masa menjoran juga agak lama berbanding melalui pengkalan Sungai Dulang. Bayarannya mungkin lebih sedikit iaitu RM 550.00 untuk 1 trip bot berkapisiti 7 orang penjoran termasuk tekong berbanding RM 500.00 di Kuala Dulang.
Selain itu, penjoran juga dapat membeli ikan dan udang segar di pengkalan dengan harga peraih dan saya kira berpatutan. Dalam perjalanan pulang penjoran juga boleh membeli hasil laut di pekan Tanjung Dawai antaranya belacan, ikan bilis pelbagai jenis, talang dan kurau masin serta produk-produk lain yang dihasilkan nelayan setempat.
Penjoran Hijau sedang meninjau lokasi sebelum berlepas.
Memulakan aksi setelah tiba di tuas.
Paling menarik, tenggiri di sini (Tuas Selatan) bersaiz mega.
Juragan Nizam dengan tenggiri yang ditewaskannya, hampir 7 kg.
Abu Affaf dengan "pecah periuk" atau lebih dikenali di kalangan nelayan tempatan dengan panggilan Pak Ti Puk.
Dua ekor pecah periuk hampir 2 kg ditewaskan oleh Abu Affaf.
Satu-satunya tenggiri yang tewas pada hari ini.
Dua ekor pecah periuk menjadi santapan kami seramai 9 orang.
Trip terpaksa ditangguhkan agak awal kerana panggilan kecemasan. Bapa kepada tekong bot yang sedang dirawat di unit kecemasan memerlukan pembedahan segera. Mahu tidak mahu terpaksalah misi "Hijau di Tuas" ditamatkan.Kami berlepas pulang pada pukul 12.55 tengah hari.Tangkapan lain pada hari tersebut antaranya cencaru,kerisi, selar dan lain-lain.Walaupun tidak banyak tetapi cukuplah untuk bekalan dua atau tiga hari.Peristiwa yang masih segar dalam ingatan, bukan sahaja suasana "hijau" dapat dipamirkan bahkan sebilangan rakan kami "muntah hijau " kerana jarak perjalanan yang agak jauh atau keletihan.
Wah!Kat laut pun ada Himpunan Hijau,
BalasPadampatutlah dapat banyak ikan.
Salam team Puakajoran, Pehhh menarik betul hasil tu...Tahniah team..
BalasPadam