Acara akan bermula pada pukul 5.00 petang dengan tazkirah yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato Sri Noh Bin Gadot, bekas mufti kerajaan negeri Johor.
Seterusnya majlis perasmian oleh YAB Perdana Menteri disusuli majlis berbuka puasa dan solat tarawih.
Dalam program tersebut PM dijangka mengumumkan beberapa insentif istimewa untuk warga peneroka.
Antara warga FELDA ceria menanti kehadiran YAB Perdana Menteri.
Pada tahun 2012, dalam program sama yang diadakan di salah sebuah Felda di Kedah, beberapa pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, antaranya:
Duit Raya Mula diagih minggu kedua Ramadan
Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan pemberian wang raya kepada semua peneroka seluruh FELDA membabitkan peruntukan RM43.2 juta.
Perdana Menteri berkata, pengagihan duit raya serta sagu hati itu bukti janji kerajaan untuk terus memajukan FELDA demi menjaga kepentingan semua warga peneroka.
Pengagihan adil
“Kita rasa pengagihan duit raya ini adil (kepada peneroka FELDA dan peneroka yang tidak bersama FELDA) bergantung atas sumbangan dan sokongan yang diberikan,” katanya berucap pada program Rahmat Ramadan yang dihadiri lebih 10,000 warga FELDA di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru, dekat Beris Jaya, di sini.
Pada majlis itu, Najib yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor turut menyampaikan bantuan duit raya dan sumbangan program Ihya Ramadan kepada warga FELDA.
Lulus Kasih FELDA
Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan kelulusan bantuan Kasih FELDA RM5 juta untuk membaik pulih 1,000 rumah di enam kawasan Parlimen membabitkan lima di Kedah dan satu di Perlis.
Beliau turut mengumumkan sagu hati RM2.28 juta kepada 1,585 jawatankuasa masjid di seluruh FELDA membabitkan tiga kategori.
“Selain itu, setiap 54 kawasan Parlimen yang mempunyai tanah rancangan FELDA akan menerima RM10,000 bagi setiap kawasan,” katanya.
Perdana Menteri yang sempat meninjau projek pintasan jalan FELDA Teloi Timur ke Kampung Merbau Kudung di sini, turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM50 juta untuk tujuan itu.
Turut diumumkan, peruntukan RM920,000 untuk tujuan naik taraf longkang, tembok, padang dan lampu jalan di dua kawasan FELDA di sini, iaitu di Teloi Kanan dan Teloi Timur.
Pada tahun ini dijangka banyak lagi insentif yang akan diberikan kepada warga Felda dan bukan warga Felda.
Beberapa perkara yang menjadi topik perbualan dan berlegar dalam kalangan masyarakat setempat mungkin mendapat perhatian PM, antaranya:
1. Rumah dan kediaman untuk Generasi Kedua.
2. Jalan raya sepanjang 11 km yang menelan belanja jutaan ringgit yang menghubungkan Slim River dan Felda Gunung Besout yang sepatutnya siap pada tahun 2010.
3. Projek Penggondolan Hutan dan Bukit yang berjumlah ratusan hektar sekitar Besout (dahulunya hutan simpan dan ladang hutan komersial) untuk tujuan perladangan kelapa sawit komersial dan hasilnya diagihkan kepada pihak-pihak tertentu dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri
.
Sumber penduduk setempat : Penebangan balak yang di luar pengetahuan pihak berwajib juga dikatakan belaku di puncak gunung ini dengan keluasan mencecah puluhan ekar .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan