Puakajoran.blogspot.com Medan Perkongsian Minda dan Catatan Pengalaman
Dibina untuk catatan pengalaman dan perkongsian hobi terutama melibatkan aktiviti memancing ikan air tawar.Terima kasih kepada rakan-rakan yang memberi pandangan, melayari dan menghubung (link) dengan laman atau blog rakan-rakan yang lain. Segala paparan,pandangan atau catatan adalah dari "citarasa" pencatat semata-mata.Tidak bermaksud untuk menyaingi mana-mana pihak. Maklumat dan perhatian dari rakan-rakan blog berkaitan ikan laut atau hobi lain amat saya hargai.Terima kasih! My e-mail:budroul@hotmail.com atau WhatsApp 0195778621
Rute Alamat La Settima Luna Hotel Lipari Italy
-
Rute Alamat La Settima Luna Hotel Lipari Italy. Anda sedang mencari hotel
di area Cesare Battisti Street 118 Lipari Italy? Atau sudah menentukan
pilihan ya...
Pescuit Amator si Balti de pescuit din Giurgiu
-
Balta Izvoarele – Giurgiu Acces balta Izvoarele Drum Bucuresti - Izvoarele
Mergeti din Bucuresti spre Oltenita (DN4), la km. 31 faceti dreapta spre
comuna ...
One Fathom Bank I
-
Dah begitu lama tak memancing ke tengah laut sampai joran dah berhabuk.
Bulan ini ada kesempatan untuk mencuba di tempat baru, iaitu Permatang
Sedepa at...
BLOGSPOT WAKLELEONLINE UNTUK DIJUAL
-
Pengumuman,
Memandangkan saya kurang aktif dalam bidang perikanan buat masa kini, saya
berhasrat untuk menjual laman blogspot wakleleonline kepada sesiapa y...
Whitefish and Rainbows on the Deschutes
-
I was in Bend, Oregon for business last week (my real job). I knew the
weather was supposed to be a little warmer than the last time I was there
(-10 degre...
Burung yang berkicauan Air mengalir tenang Sejuk mata memandang Damai mempesonakan
Padi melambai-lambai Gadis di tepi bendang Walau panas membahang Tetap manis tersenyum riang
( korus ) Ke kirilah (ahai) ke kananlah (ahai) Inilah desa yang tercinta (ahai) Menarilah (ahai) menyanyilah (ahai) Riangnya suara mereka Desa tercinta
Haruan atau keli Masakan cili padi Makan beramai-ramai Tusuk tawa mengilai
Dan senja pun berlabuh Malam pula bertamu Dengar cerita atok Nenek pun mula menjeling
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
INFO TRIP TERKINI
INFO TERKINI 2019
Next trip
Trip Reu Open X SK Sri Besout & X SMK Besout.
Tarikh : 15/12/2019 (Ahad)
Tempat Berlepas: Pangkalan Nelayan Sg Udang,Yan, Kedah.
Bot: Tekong Syafik
1. Cikgu Zaini Sulong (X SK Sri Besout n SMK Besout) ✔️
2. Tn Hj Mustafa Kadir (X SK Sri Besout)
3. Cikgu Musa (X SMK Besout) ✔️
4. Sir Azmin Baharudin (X SK Sri Besout)✔️
5. Cg Badr (X SK Sri Besout)✔️
6. Cg Nizam albaluni (X SK Sri Besout n SMK Besout)✔️
Tiada ulasan:
Catat Ulasan