Kehangatan bahang Pilihan Raya Kecil (PRK) N.20 Sungai Limau, Kedah tidak menghalang kami untuk turut serta. Lokasi kami seperti biasa Tuas Yan. Kali ini kami mengambil bot di Pengkalan Nelayan Sungai Udang. Bot kecil berkapisiti 4 pelancong yang dilengkapi sonar memuatkan kami berempat terdiri daripada RPj Juragan Nizam Balun, RPj Tokanpuakajoran dan disertai dua lagi pemancing yang baru berjinak-jinak di tuas.RPj Odi dan RPj cikgu Razidi yang masing-masing berlokaliti di Slim River dan Bagan Serai.
Perjalanan kami bermula pada petang 1 November, hajat hati ingin turut memeriahkan PRK Sungai Limau. Akibat beberapa halangan kami terpaksa bermalam di Kota Kuala Muda .Keesokannya seawal pukul 5.00 pagi kami bergegas ke Pengkalan Nelayan Sungai Udang. Sempat jugalah menyapa dan berbual dengan petugas-petugas parti politik yang bertanding yang datangnya dari Selangor dan Kuala Lumpur di samping petugas tempatan.
Tepat pukul 8.30 pagi kami mula bergerak dengan bot kecil yang dipandu oleh tekong Sabri @ Bri 40. Perjalanan mengambil masa hampir 1 jam. Sempat singgah di beberapa tuas untuk 'memujuk' ikan kecil bagi dijadikan umpan. Hingga ke akhirnya, tiada seekor ikan kecilpun yang terlekat pada apollo.Nasib baik umpan kembung kami bawa.
Tekong Sabri @ Bri 40 sangat mesra "pelancong".
Aksi RPj Razidi, pemancing tegar yang kali kedua turun di tuas. Kali pertama khabarnya mengalami mabuk yang teruk sehinggakan terpaksa dibawa tekong singgah ke pulau.
Alah bisa tegal biasa, kali kedua RPj Razidi yang merupakan anak jati Kuala Muda Kedah ini menunjukkan taringnya.6 ekor tenggiri berskala 3 - 5.5 kg berjaya ditundukkan.Rekod baru di kalangan kami.
Saya,hanya mampu mendaratkan seekor tenggiri berskala 3 kg sahaja.
RPj Odi turut merasa sentapan tenggiri namun akhirnya lucut.Apapun atas ikhsan RPj Razidi, RPj Odi dapat juga 'merasa' mendaratkan salah seekor tenggiri pada misi ini.
Hanya 7 ekor, bertepatan dengan Feng Shui yang mengatakan peluang untuk kami mendaratkan hasil sekitar 70%.
Tangkapan lain yang kami perolehi setelah siang melabuhkan tirai, 3 ekor jenahak,beberapa ekor anak kerapu dan sembilang.
RPj Juragan Nizam Balun, menerima 3 sentapan namun gagal beraksi sempurna.
"Champion" 2 November 2013.
Terima kasih Tekong Bri 40! 5 November misi diteruskan oleh RPj Juragan Nizam Balun dan Cikgu Mi Dulang. Semoga Berjaya.
Menjoran Untuk Semua! (Tokanpuakajoran)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan