Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
KUALA LUMPUR 16 Julai - Kerajaan akan melaksanakan perintah berkurung serta mewujudkan laluan yang telah ditetapkan di perairan Pantai Timur Sabah bagi mengukuhkan keselamatan kawasan tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, antara langkah drastik lain ialah menambah 330 keanggotaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 350 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam tempoh 48 jam ini.
Selari itu PDRM dan ATM akan menambah sejumlah besar aset yang telah digerakkan ke sana ketika ini," katanya selepas mesyuarat bersama beberapa kementerian dan agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di Bukit Aman hari ini. - UTUSAN
Polis Ambil Tindakan Kepada Wanita Pembuli Jalanan
Oleh NORHIDAYU MOHD. HASSAN
KUALA LUMPUR 16 Julai - Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita yang didakwa membuli seorang lelaki dengan menggunakan batang kunci stereng kereta seperti yang tersebar dalam laman sosial sejak semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan mengikut undang-undang berkaitan kerana tindakan wanita tersebut menyalahi undang-undang kerana menjadi pembuli jalanan.
Apa sahaja melibatkan kemalangan biarlah polis menjalankan siasatan dan jangan sesekali membuat tindakan sendiri seumpama itu," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2014 di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini. - UTUSAN
SEKADAR RENUNGAN
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.
Peringatan Kepada Yang Lupa
Ibadah Solah Jangan diabaikan
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
Sabah dah tak selamat
BalasPadam