Kenal pasti lubuk yang mungkin didiami oleh Sang Kelah
Kebiasaannya Sang Kelah akan bermain arus dibelakang tunggul atau kayu yang berada di tengah-tengah sungai. Sang Kelah juga gemar menangkap buih yang terhasil daripada arus dibelakang tunggul tersebut.
Ikatkan perambut menggunakan tali berkualiti sekurang-kurangnya 25 lbs dan mata bersaiz 17
Dapatkan buah sawit yang cukup masak dan berwarna merah terang, mempunyai ketebalan yang sesuai serta yang agak keras supaya mudah proses mencucuknya dan tidak pecah.
Racik atau potong buah sawit tersebut menggunakan pisau yang tajam berbentuk dadu atau kepingan(ikut cita rasa).
Susun sawit yang dipotong lebih kurang sejengkal supaya kelihatan berbuai di tengah arus bagi menarik perhatian ikan.
Jarakkan umpan daripada batu pemberat lebih 2 kaki. Kebiasaannya ikan akan makan lebih kurang jarak itu daripada dasar sungai. Sekiranya sungai tidak kuat arusnya serta agak dalam gunakan batu halus supaya umpan dapat bergerak-gerak.
Buat balingan betul-betul di tengah arus sebelah belakang tunggul kayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan