About me

Foto saya
Dari Paya Turun ke Laut.Kita boleh berkongsi.Gembira dapat tidur sebantal biarpun mimpi berlainan.

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Boatman

Pak Su @ Cepoi

Pak Su @ Cepoi
Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.com Kawasan Perak Selatan - 0195033001

Sallehuddin @ Kudin

Sallehuddin @ Kudin
Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.com Kawasan Utara Perak - 0195778541

Atan

Atan
Pengumpul Sumber Puakajoran.blogspot.com Kawasan Larut dan Taiping

Isteri Mithali Lakaran Juragan Nizam Balun

Isteri Mithali Lakaran Juragan Nizam Balun

Tokan

Tokan
Jelawat

SEBAHAGIAN DAIRI RAKAN TEGAR

TEGAR & BERETIKA.
Cintai Sungai & Perairan Kita.
HINDARI AKTIVITI TERLARANG!

Juragan Nizam

Juragan Nizam
Belida

Shahrizal

Shahrizal
Udang galah

Juragan Nizam

Juragan Nizam
Udang galah

Emy

Emy
Kaloi

Zul

Zul
Tengas

Azri

Azri
Kerapu

Cepoi

Cepoi
Lampam

Ali Burger

Ali Burger
Patin

Kudin

Kudin
Lampam

Edy & Ali Burger

Edy & Ali Burger
Patin & Kelabau

Tokan

Tokan
Udang galah

Abu Afaf

Abu Afaf
Baung

Abu Afaf

Abu Afaf
Sebarau

Najib

Najib
Kaloi 6B

Rakanpuaka

Rakanpuaka
Kerapu

Puaka Silverstone

Puaka Silverstone
Lampam

Halil

Halil
Haruan

Fendy Evo

Fendy Evo
Tongkol

Umar

Umar
Kelabau

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Udang Ulu Basir

Apoi Renjer Kabloi

Apoi Renjer Kabloi
Patin vs kelabau

Leen ABC

Leen ABC
Haruan Cenderiang

Ali Burger

Ali Burger
Sebarau Sungai Cawang

Man Bayan

Man Bayan
Kelabau 3.1 kg

Halil

Halil
Ikan Linang

Shahrul

Shahrul
Jelawat

Solihin

Solihin
Kelabau

Lan Wahid

Lan Wahid
Kelah

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Patin dan Belida

Wan Pegawai

Wan Pegawai
Kelabau

Apoi Puakabesout

Apoi Puakabesout
Patin

Juragan Nizam

Juragan Nizam
Patin

Jan Bit Puakasilverstone

Jan Bit Puakasilverstone
Rohu

Bukit Merah Boy

Bukit Merah Boy
Sebarau

Faizal

Faizal
kerapu

Apoi

Apoi
Udang Galah

Mat Trolak

Mat Trolak
Jelawat - 09.02.2010

Hisyam

Hisyam
Jelawat - 10.01.2010

Saidi

Saidi
Toman

Nur Afendi

Nur Afendi
Jelawat

Hazreen

Hazreen
Talapia

Tokan & Cepoi

Tokan & Cepoi
Jelawat - 31.10.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 13.12.2009

Cepoi @ Pak Su

Cepoi @ Pak Su
Udang Galah

Tokan

Tokan
Jelawat - 25.10.2009

Mat Proton

Mat Proton
Haruan 1.2 kg

Tokan

Tokan
Jelawat - 04.10.2009

Pak Man Juragan

Pak Man Juragan
Baung 1.2 kg

Cepoi@Pak Su

Cepoi@Pak Su
Jelawat - 07.10.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 29.08.2009

Cepoi@Pak Su

Cepoi@Pak Su
Toman 5.0 kg

Mahhadee

Mahhadee
Belida

Pak Su @ Cepoi

Pak Su @ Cepoi
Jelawat - 28.08.2009

Mat Trolak

Mat Trolak
Kelabau

Cepoi@Pak Su

Cepoi@Pak Su
Jelawat

Tokan

Tokan
Jelawat

Bilangan Log Masuk

Selamat Datang

Selamat Datang
WhatsApp 0195778621
Follow Ibnuzaine on Twitter

Tokan DSLR Team

Tokan DSLR Team
Lihat "DSLR Team" di sini

Senarai Blog Pancing Yang Saya Ikuti (188 blog)

Lagi Blog Pancing Yang Saya Ikut

Najib

Najib
Jelawat

Tokan

Tokan
Jelawat

Halilpuakajoran

Halilpuakajoran
Toman

Mat Rock

Mat Rock
Toman

Ali Burger

Ali Burger
Belida

Mat Yanie

Mat Yanie
Rohu

Faizal Silverstone

Faizal Silverstone
Lampam Jawa

Juragan Nizam & Tokan

Juragan Nizam & Tokan
Kelabau

Ali Burger

Ali Burger
Kelabau

Tokan

Tokan
Jelawat

Shahrizal

Shahrizal
Udang galah

Parel

Parel
Tongsan SKC 12 Kg

Ali Burger

Ali Burger
Lampam

Tokan&Juragan

Tokan&Juragan
Kelabau

Cikgu Dolah

Cikgu Dolah
Layaran

Suhaimi Hawari

Suhaimi Hawari
Puyu

Najib

Najib
Sebarau

Apoi

Apoi
Patin SKC

Hamdi@Pawang

Hamdi@Pawang
Kerapu

Fendy Evo

Fendy Evo
Haruan Tasik

Siakap Vs Sepit Biru

Siakap Vs Sepit Biru
Aq Majeed

Ali Burger

Ali Burger
Belida

Kudin

Kudin
Puyu

Dayah

Dayah
Puyu

Ali Burger

Ali Burger
Sebarau Sungai Cawang

Sulaiman Balun

Sulaiman Balun
Kelah 5.0 kg

Wan Acat

Wan Acat
Patin 6.9 kg

Haziq

Haziq
Kelabau

Tokan

Tokan
Kaloi 3.0 kg

Wan Acat

Wan Acat
Tengas

Nazri @ Mat Proton

Nazri @ Mat Proton
Sebarau

Tok Pawang

Tok Pawang
Kelah

Ali Berger

Ali Berger
Kelabau

Apoi Puakabesout

Apoi Puakabesout
Belida

Wan Besout 3

Wan Besout 3
Kelabau

Lan Toman

Lan Toman
Toman Bukit Merah

Mat Pun

Mat Pun
Haruan

Muhammad Safri

Muhammad Safri
Kaloi

Juragan Nizam Balun

Juragan Nizam Balun
Petutu

Puaka Jr.

Puaka Jr.
Udang Galah

Tokan

Tokan
Jelawat - 10.01.2010

Tokan

Tokan
Jelawat - 29.12.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 28.12.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 17.12.2009

Tokan

Tokan
Jelawat - 15.12.2009

Rabu, 5 Ogos 2009

RAGA BATANG,JORAN BULUH DAN LIMAU TELUR BUAYA


Raga batang adalah sejenis alat seperti bubu tetapi tidak berinjap,berbentuk bulat dan lonjong, diperbuat daripada buluh, dijalin dengan rotan dan gunanya untuk mengurung ikan yang dipancing, ditaut atau ditanggkap dengan apa cara sekalipun oleh orang-orang dahulu. Tujuannya supaya ikan dapat hidup lama sebelum disiang atau dijual. Sebelum diisi ikan, raga ini dilapik dengan upih pinang untuk mengelakkan ikan terluka atau tercedera.Kemudiannya direndam ke dalam air.


Pada tahun 2006, awal November kalau tidak salah, sewaktu memancing udang di sungai Ulu Basir, terpandang serumpun rotan yang saiznya sebesar kelingking. Kata “Man Lamak” kawan ku, itu rotan sega`. Sebatang yang agak tua dan cantik lalu ku ambil.Teringat aku, rotan sebesar itulah singgah di belakangku semasa belajar membaca al-Quran daripada Abah. Bukan kerana “benak” membaca, tetapi salah sebut lahjah tidak seperti sebutan Abah. Setelah dewasa, emak membuka rahsia, rotan yang digunakan oleh Abah itu “dihilangkannya” sebab kasihan melihat anak-anak dilibas. Emak “kebumikan rotan” itu!. Beberapa bulan kemudian aku pulang ke kampung membawa bersama rotan yang kuambil semasa memancing dulu, kuberikan kepada Abah.

Seminggu kemudian siaplah sebuah “raga batang” hasil kerja tangan Abah. Bukan untuk diisi ikan tetapi sekadar suka-suka untuk tatapan anak sulungnya. Kubawa pulang, ku “varnishkan” dan kugantungkan di bumbung berhadapan pintu utama. Di sebelahnya pula tergantung sangkar arnab “Ronie” adikku, yang katanya sudah tidak mahu memelihara arnab peliharaannya. Tidak disangka-sangka pada petang tersebut,arnab pemberian adikku itu mati tersepit di sangkarnya. Sebagai kenangan, kugantungkan sangkar itu di hadapan rumah juga.
Sangkar arnab Ronie
Apabila terpandang sahaja “raga batang” itu terkenang aku nostalgia silam, sewaktu zaman kanak-kanak hingga awal remaja. Ketika itu ikan amat banyak di kampung. Lebih-lebih lagi pada masa tali air dan sawah dikeringkan, ketika padi hampir bunting. Meriah sungguh dengan aktiviti menimba dan menggagau. Pendek kata ikan yang dipungut hanyalah yang besar-besar dan “berjenama” seperti keli dan haruan. Sepat ronggeng dan selat, pandang sebelah mata pun tidak.

Itulah kekuasaan Maha Pencipta, diberinya pengetahuan pada manusia ketika itu dengan teknologi dan teknik penanaman yang tidak seberapa. Sawah bendang dikerjakan dengan tulang empat kerat. Parit dan telaga digali menggunakan cangkul. Rumput sawah ditajak, tidak digunakan racun. Jentera moden tiada, kalau adapun tidak terbeli oleh petani. Pendek kata, semua guna tenaga dan sumber alam semula jadi.

Dalam kepayahan, rezeki senang , dari lauknya seperti ikan sepat,puyu,haruan,keli boleh diperolehi sekitar rumah.Sediakan sahaja joran buluh. Begitu juga sayurnya seperti keladi, kangkung, paku rawan,paku midin, asin-asin, keman air, gegeli, umbut rumbia dan bermacam sayur yang enak dan segar yang sekarang ini kalau dijual berebut orang membelinya. Orang kampung pun beli!

Duit sahaja yang agak susah pada masa itu. Mana tidaknya, harga padi berapa sahaja setiap satu pikul.Pulaktu terpaksa dianginkan atau “diuroi”. Kalau tidak, tak laku.

Harga ikan? Jangan harap la macam sekarang, kalau ada harga pun pada awal tahun 80-an. Dapatlah RM 1 sekilo harga keli dan 80 sen ikan haruan. Itupun saiz besar. Saiz kecil buat kering untuk santapan kami, pagi, tengah hari dan malam. Paling suka, sewaktu aktiviti menimba telaga. Banyaknya ikan! Haruan sahaja berpikul(sepikul lebih kurang 80 kilo). Tidak termasuk keli dan sepat.Puyu, ikan terakhir dipungut, itupun hendak tak hendak sahaja. Masih teringat-ingat akan menu istimewa emak jika ada ikan haruan besar melebihi 2 kilo. “Bapak Badau” kata orang kampung. Pastinya haruan tersebut dimasak “bantut” oleh emak.

Terakhir aku makan “bantut” pada bulan Ogos 2008. Adikku Ronie gewang haruan seberat 2.5 kilo. Meriah pada hari itu.Semua keluarga berkumpul makan tengah hari. Kubawakan juga ikan jelawat dan kelah yang dipancing sekitar daerah Batang Padang,tempat tinggalku. Abah kata “ rasa-rasa aku boleh makan ikan ni”. Walhal amat payah bagi Abah untuk menjamah ikan air tawar walaupun dia adalah penjoran tegar ikan air tawar dan menjadi sumber pendapatan keduanya membesarkan kami suatu ketika dahulu. Emak juga handal membuat pekasam. Nanti akan kucatatkan resepi-resepi masakan emak yang masih kuingat seperti “bantut haruan” dan “pindang puyu”.

Dalam keadaan yang amat sukar dan susah itu aku amat berbangga dan kagum dengan Abah, tidak pernah merungut pasal susah. Hari-hari kerja kampung.Semua kerja bersangkutan sawah, menoreh,menebas, memerun (membakar kayu dan pokok mati untuk ditanam sawit) di ladang sawit, menyangkul parit ladang, semua dibuatnya.Asalkan halal. Kadang kala Abah“bagsat” hingga sebulan lamanya untuk mencari rezeki.

Tidak pernah seekor kura-kura (batu perenggan kata budak-budak nakal yang malu tetapi berniat untuk menjual pada masa itu, apabila ditanya oleh oran-orang tua, mereka menjawab batu perenggan) dijualnya, walaupun haiwan itu banyak ketika itu dan harganya agak tinggi. Haram katanya. Pernah sepetang, dia membebel pada adikku Nuar, ketika itu umur Nuar 9 tahun. Dijualnya kura-kura, bertujuan membeli peluru pistol mainan bersama sepupuku, Asri. Masih terngiang-ngiang di telingaku hingga kini sebahagian ayatnya. “ Dah tak cukup mentekedarah? Kalau dah tak ada benda halal lain boleh dicari, ambil sahaja tahi ayam di kandang, jual, dan niatkan sebagai menjual baja, halal! Buat kerja yang aku tak ajar!”.

Seperkara lagi yang aku kagumi hingga sekarang, Abah tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan, walau seteruk manapun bekerja. Sehinggakan taukeh Cina yang mengupahnya memerun batang sawit, membelikan air dan menyuruhnya berbuka, lepas berbuka sambunglah balik,cadang taukeh Cina itu. Abah sekadar menjawab, saya orang Islam kena puasa hingga malam, puasa sekerat-sekerat dan tidak puasa langsung jika bekerja, itu orang Melayu.

Leteran sayang(sekarang, dahulu meluat amat ) hanya kerap didengari dari mulut emak, mana tidaknya terpaksa bertungkus lumus di bendang, memasak, dan mengurus kami 12 beradik yang kebanyakkannya lelaki. Pastinya penat teramat. Orang sekarang yang hanya ada paling banyak pun lima orang anak malah kurang daripada itu pun selalu membebel penat, apatah lagi emak pada masa itu.

Anak-anak Abah yang jumlahnya 12 orang semuanya tamat belajar sekurang-kurangnya SPM, walaupun tidak ada yang bergelar doktor, majestret, peguam dan lain-lain pekerjaan kolar putih tetapi, anak-anak Abah dapat hidup berdikari dengan tugas masing-masing. Abah juga mengajar kami mengaji al-Quran sendiri sehinggalah kami semua tamat dan khatam. Emak hanya membantu ketika Abah keluar kawasan untuk bekerja.

Setelah selesai mengajar kami mengaji Quran, sembahyang dan makan malam bermulalah rutin Abah. Bertemankan lampu suluh, joran buluh yang disebut “Boq Lau” Abah mengorak langkah menyusuri batas sawah, sungai dan paya untuk memburu haruan atau “mengelau”.Masa-masa yang dinantikan oleh Abah untuk memperolehi haruan yang banyak biasanya sewaktu bulan mahu terbit dan awal pagi sekitar pukul 5 ke atas.Kalau di sungai pula, sewaktu air mula pasang. Setakat memperolehi tangkapan 4 kilo satu malam tu, biasa sangat bagi Abah. Ada kalanya sampai berbelas kilo satu malam, tapi bayangkanlah kalau harga cuma lapan puluh sen sekilo. Kasihan Abah….sampai bengkak-bengkak kakinya digigit pacat dan nyamuk bagi membesar dan menyekolahkan kami.

Masih jelas juga di ingatan betapa kami dan anak-anak kampung yang lain menjadikan pekerjaan mengelau,menaut (menajur) dan menggagau sebagai punca pendapatan dan belanja sekolah. Sebelum Maghrib sibuklah anak-anak remaja bersedia untuk memasang taut haruan atau keli di permatang sawah, sungai, alur dan tali air yang banyak dengan ikan keli dan haruan.

Selepas sembahyang Isyak berjamaah di masjid, kami pun kembali ke tempat taut dipasang untuk memungut ikan yang termakan umpan. Umpan baharu pula dipasang untuk kutipan subuh esok . Selepas pulang dari sekolah kami menjual ikan-ikan yang kami perolehi kepada peraih ikan kampung “ Pak Hassan Gani”.

Esoknya mewahlah kami berbelanja. RM 4 pada masa itu macam RM 20 sekarang. Belanja sekolah yang Abah tidak pernah tidak berikan kepada kami hanya 10 sen semasa sekolah rendah. Ketika bersekolah menengah 30 sen. Lebih dari cukup buat kami. Bayangkanlah sebungkus nasi lemak berharga 5 sen. Kuih-kuih lain pun sama, murah sangat.

Dengan duit belanja yang diperolehi dari hasil jualan ikan dapatlah kami “makan sakan” setiap hari. Kedai “Pak Din Hongkong” yang popular dengan “Bihun Sup Semanggol” hari-hari kami kunjungi. Bihun sup kecil kosong sekitar 40 sen, manakala yang berisi ayam hanya 70 sen. Ditambah pula dengan menu istimewa ais kacang betik dan ais kacang tembikai. Baru seringgit lima puluh sen.

Pakaian sekolah dan baju raya tak kisah, kami beli dengan duit ikan. Pada masa musim menuai kami mengambil upah menuai. Musim menanam kami ambil upah menanam. Sepagi kerja dapatlah Rm 4.50 – Rm 5.00. Kenangan yang masih terpahat di ingatan ketika usiaku 13 tahun. Abah membawa kami adik deradik dan sepupu kami Asri “enjoy” ke bandar Taiping. Itulah satu-satunya kenangan yang masih kuingati hingga kini. Kami adik beradik dibawa oleh Abah melawat Muzium, Zoo dan Taman Tasik Taiping. Sebagai upah kerana selesai kontrak menanam padi di sawah “Pak Saat”, pupu poyang kami juga, yang agak berada.

Sekitar tahun 1982 sewaktu bangun dan mandi di tali air dihadapan rumah, aku disapa oleh Tok Wan Man (datuk sebelah Abah) yang bangun untuk mandi dan sembahyang subuh. “Buat apa?” tanyanya. Aku memberitahu baru selesai mengangkat taut. “ Berapa ekor bulih?” tanyanya lagi. Aku menyatakan 5 ekor ikan keli. “Berapa pasang semua?” tanya Tok Wan lagi. Kunyatakan 7 bilah sahaja. Tok Wan mengatakan “ berbaloilah, tahan 7 dapat 5”. Sejurus setelah selesai mandi Tok Wan meminta diri untuk naik dan bersembahyang Subuh. Ketika aku sedang mandi kedengaran suara Tok Wan membacakan surah al-fatihah dengan lantang. Tiba-tiba suara itu senyap dan diganti dengan suara nenek menjerit, “lekas panggil Abah, Tok wan rebah!”. Sebentar, Abah sampai dan membisikkan Shahadah ketelinga Tok Wan Man. Tok Wan meninggal dipangkuan Abah setelah mengucapkan Syahadah. Mudah dan senang sungguh! Perbualan terakhirku dengan Tok Wan Man mengenai ikan….

Sesekali Abah mengajakku mengelau pada waktu malam. Waktu siang tak payah diajak kerana aku menyertai rakan-rakan sebaya mengelau di batas-batas bendang. Adakalanya dimarahi jiran-jiran petani kerana tercabut anak padi yang baru ditanam mereka, tersangkut kail “boq lau” kami. Biasanya Abah jarang menyuruh aku mengelau bersamanya, sebaliknya dia akan menyuruh aku menjadi “penunggu” lubuk keli. Berbekalkan joran buluh kecil yang dipanggil “boq mengai”, beberapa bentuk kail saiz kecil dan berumpankan “cacing gila”, jadilah aku penunggu lubuk yang pada perkiraan Abah banyak terdapat ikan keli.

Menyuluh dengan lampu suluh langsung tidak dibenarkan , mengganggu aktiviti mengelaunya. Ikan tidak mahu makan kalau terkena kilauan cahaya.Bersaoranganlah aku dalam kegelapan, mencangkuk umpan, membuat perambut dan memancing dengan hanya ditemani nyamuk dan bunyi serangga malam. Abah entah ke mana menyusuri lubuk. Latihan untuk jadikan anak-anak berani agaknya.

Tidak terfikirpun bahaya ular,lipan, kala dan buaya. Hantu? cerita biasa. Aku masih ingat kawan baik Abah, arwah “Pak Din Tok Abu” bercerita suatu ketika, hujung jorannya pernah disentap dan dipegang oleh sesuatu, seolah-olah ikan besar menariknya, apabila disuluh tidak ada apa-apa, malah senang sahaja joran ditarik, umpanpun tidak luak. Apabila lampu dimatikan ditariknya hujung joran itu lagi.Cerita-cerita hantu suluh juga selalu kudengar. Alah bisa tegal biasa.

“Jantung pisang kelopak jantung, hantu datang aku sepak melambung…” itulah petua yang diajar oleh datukku sebelah emak, Allahyarham Min bin Hj Ibrahim yang kupanggil Tok Wan Min atau Tok Wan Jauh (gelaran Tok Wan Jauh kerana rumahnya agak jauh dari rumah kami). Tok Wan Min juga seorang penjoran tegar tetapi berbeza lokasi. Tok Wan Min lebih menggemari mengelau di kolam Bukit Merah(sekarang dipanggil Tasik Bukit Merah) . Katanya ikan kolam Bukit Merah lebih mahal kerana dagingnya lebih pejal dan sedap.

Berbanding abah yang menjadikan aktiviti mengelau sebagai punca pendapatan kedua tetapi Tok Wan Min menjadikan aktiviti itu sebagai mata pencarian utama. Pada masa itu sekitar hujung 70-an membawa ke tahun 1988, sebut sahaja “Pak Ngah Meng Parit Buang” dan kawannya “Tok Mat Puntung Matang Pasir” boleh kata semua orang di mukim Semanggol mengenali mereka sebagai Juara Mengelau.Rakan - rakan joran Tok Wan Min pada masa itu antaranya Toksu Man Misai, Tok Karman , Tok Cik Mat Merang dan ramai lagi. Ikan-ikan yang diperolehi jarang dibawa balik, selalunya dibeli oleh peraih dan pelanggan di Pekan Bukit Merah.Tok Wan Min juga pernah menaikkan kelisa “Si Raja Bukit Merah” yang pada masa itu langsung tidak berharga.

Berbicara tentang Tasik Bukit Merah, aku tekenang pada musim-musim tertentu suatu ketika dahulu. Di pekan Bukit Merah ada orang menjual telur terbul atau terubui. Biasanya ketika hujan lebat dan air naik. Pada masa itu ikan-ikan terbul atau “ikan puyau” kata masyarakat setempat, berhempas untuk melepaskan telur. Ikan-ikan ini ditangkap dengan banyaknya untuk dijadikan ikan kering dan pekasam, manakala telurnya dijual. Satu tin susu harganya RM1.

Keluargaku tidak pernah membeli tetapi kami pun berpesta sama, jika ikan ini “melanggaq”. Abah akan tebarkan jala atau pasang jaring.Kekadang, guna tempirai atau tempang.Peliknya ikan ini, kalau seekor sudah terperangkap dijaring, sekumpulan akan datang menyerang. Kalau guna jala tidak perlu tebar berkali-kali. Mungkin terlalu ghairah untuk melepaskan benih, asal nampak rumput bergerak-gerak pasti kumpulan yang lain menerjah sama. Bukan terlekat dari dalam jala tapi dari luar jala.

Lokasi yang menjadi tumpuan menjaring terbul biasanya dekat “pintu air dua” atau “Alur Punti”. Tempat itu digelar Alur Punti mungkin disebabkan pada masa itu ular punti banyak di kawasan itu dan mendiami pohon ara dan rumbia berdekatan kunci air dua yang disebut penduduk kampung “pintu air”. Disitu juga terdapat beberapa pohon jejawi yang agak besar, berlubuk di bawahnya menjadi kunjungan Abah sekiranya air pasang besar. Mana tidaknya sebarau pulak menyerang. Berumpankan udang dan joran buluh Abah menjinakkan sebarau pulak. Biasa bagi Abah, membawa pulang sebarau sekati ke atas.

Suatu ketika dahulu kawasan ini amat menakutkan, bukan sahaja jalannya yang sempit dan putus-putus, bahkan jejawi dan rumbia yang menebal menjadi tempat persembunyian ular punti dan sawa. Ada juga penduduk yang mendakwa pernah terserempak buaya. Malam pula jangan cerita, macam-macam bau, jika melintasi lokasi itu. Ditambah pula cerita-cerita penduduk yang pernah terlihat benda-benda pelik, lagilah… Jika pulang dari masjid bersaorangan, pastinya pecut habis-habisan.

Sampai sekarang aku masih teringat dilempang Abah di depan kunci air tersebut. Gara-gara menyahut cabaran rakan-rakan untuk terjun ke lubuk itu pada masa banjir besar. Seelok naik sahaja dari lubuk itu, kebetulan pula Abah hendak ke kedai. Apa lagi, dapatlah seliang….

Sesekali aku berkesempatan bertemu dengan keadaan air pasang besar dan hujan lebat ketika pulang ke kampung. Biasanya Ronielah jadi kepala, mengusung pukat.

Sekitar 80-an, emak juga penjoran tegar. Ikan kesukaannya ialah puyu. Sekali turun menjoran sebaldi ikan puyu sebesar tiga jari diperolehinya. Sebut sahaja “Mak Cik Yah” orang kampung mesti kenal, juara mengail ikan puyu. Umpannya hanyalah anak kerengga dan anak-anak haruan yang ditapakan.

Kerana “ketegaran menjoran”nya jugalah menyebabkan abangnya, arwah Pak Lang berkecil hati. Pak Lang Man atau “Man Garing” pernah menyatakan tidak mahu ke rumah kami lagi gara-gara mak yang tidak mahu pulang dari memancing walaupun tahu kedatangan Pak Lang. Kedatangan Pak Lang adalah untuk menjemput saudara kenduri.Sebelum ini Pak Lang selalu ke rumah kami memberikan ikan kaloi yang dipancingnya di kolam Bukit Merah.

Kerana berkecil hati Pak Lang lebih kurang bersumpah menyatakan “Aku tidak mahu kerumah depa lagi, kalau aku nak pi pun dekat-dekat aku nak mati esok”. Kata-kata Pak lang menjadi kenyataan.Beberapa bulan sebelum kematiannya, Pak Lang kerap kali mengunjungi kami hingga menjadi perbualan kami adik beradik. Kisah Pak Lang berkecil hati diceritakan oleh Mak long Enah salah seorang sedara kami kepada aku sendiri.

Aku juga sering dibawa oleh Abah memancing kaloi. Tidak seperti hari ini, penjoran menggunakan joran “stick” yang pelbagai rupa dan jenama. Bukan tak ada tapi Abah lebih selesa dengan caranya. Abah hanya gunakan joran buluh dan memancing dengan cara terhendap-hendap dari atas dan celah pokok jejawi. Umpan kesukaan kaloi pada masa itu ialah belalang kunyit sebesar ibu jari dan belum tumbuh sayap penuh. Umpan itu biasanya aku yang menangkapnya, dicelah-celah rumpun anak padi di tapak semaian.

Sebelum padi dapat ditanam benihnya direndam beberapa malam, kemudian ditus airnya dan dimasukkan kedalam bakul rotan yang dilapik daun pisang, setelah cambah, benih-benih dipindahkan ke tapak semaian yang berupa jerami padi ditambak, dilapik daun pisang dan diletakkan selut di atasnya dipanggil rakit. Setelah benih yang cambah tadi ditabur, rakit tadi ditutup dengan jerami kering atau daun lalang. Setelah dua minggu atau anak benih panjang sejengkal,dipindahkan pula ke tapak semaian berair disebut meredih, minima semai akan berada di tempat peredih selama empat puluh hari bagi mematangkannya.Selepas empat puluh hari atau lebih semai-semai ini akan dicabut untuk di tanam. Pada masa semai dicabutlah belalang-belalang itu akan berkumpul. Hati amat teruja apabila Abah mengarahkan aku menangkap belalang. Pastinya dapat ikut untuk memancing.

Seingat aku sejak muda, Abah amat meminati ikan kaloi. Abah amat suka memelihara anak-anak kaloi di dalam balang. Masihku ingat Abah bersedih selama beberapa hari gara-gara kaloi peliharaannya dalam kolam yang ku buat di hadapan rumah untuk menempatkan puyu yang terkandas semasa air bendang dikeringkan. Aku pernah mencadangkan agar ikan –ikan itu dipelihara dan dipagar agar tidak diceroboh oleh memerang. Paling tidak ikan-ikan itu tidak lari kalau hujan lebat. Hasil peliharaan tersebut boleh juga dijual memandangkan harga puyu menjangkau Rm 10 sekarang ini. Dengan selamba Abah menjawab biarlah, tujuan di masukkan ikan itu ke situ hanya tidak mahu ikan itu mati. Dah besar terpulanglah ke mana ikan –ikan itu hendak pergi. Ikan-ikan kaloi tu pulak dah besar takkan memerang dapat menangkapnya.

Penghujung 2007 adikku Zahratul Noor @ Cik Noi mengadu Abah menangis kerana ikan-ikan kaloinya dibunuh oleh memerang. Enam ekor semuanya. Paling menyayat hati hanya bahagian kepala dimakan oleh memerang durjana itu. Terbesar adalah kaloi kepunyaanku yang ku masukkan 6 tahun sebelum itu. Aku dapat anak kaloi tersebut ketika menjaring dalam tali air dihadapan rumah. Pada masa itu sahabat karibku Cikgu Shaberi ada singgah,sewaktu dalam perjalanan pulang dari kampung di Pulau Pinang. Berat ikan tersebut tanpa kepala setelah dimakan memerang ialah 6.5 kg. Selebihnya anak-anak kaloi yang dipancing oleh Abah bersama adikku Kudin.

Kesedihan Abah dapat kurasakan tatkala aku pulang ke kampung setelah peristiwa itu. Abah mencadangkan kolam itu ditimbus dan digantikan dengan kolam baru di tanah kepunyaanku (bersebelahan tanah abah). Kata Abah kolam asal mahu ditimbus untuk meluaskan kawasan letak kereta ketika anak-anak balik berkumpul. Sebenarnya Abah sedih akan kematian ikan-ikannya.

Lokasi memancing Abah biasanya dipertemuan antara dua sungai iaitu Sungai Kepar dan sungai Kurau (Sungai Gedong) atau lebih dikenali dengan Kuala Tok Tijah. Seingat aku banyak jugalah tangkapan Abah di situ. Ikan-ikan itu biasanya emak akan buat pekasam.

Beberapa bulan lalu pernah adikku Ronie memberitahu bahawa joran buluh Abah masih ada di atas pokok jejawi di situ. Pernah Ronie minta untuk bawa pulang tetapi tidak diizinkan Abah.

Aku pun tidak pasti kebenaran dakwaan itu kerana Abah telah kembali mengadap Ilahi pada 14 Oktober 2008 bersamaan 14 Syawal 1429 kira-kira seminggu selepas Aidil Fitri. Menurut emak dan adik-adikku,Abah pergi dengan mudah, hanya sedikit demam dan kata-kata gurauan. Pada pukul 3 pagi 14 Okt. Abah, seorang penjoran tegar , penyelamat dan idola kami, pergi buat selamanya. Hilanglah tempat kami mengadu dan bermanja.

Masih teringat-ingat kata akhir Abah sebelum aku sekeluarga balik bertugas selepas Aidil Fitri “ Nah ambil buah limau ni bawak balik, kot-kot nak buat air”. “ Kena bawak balik juga buah cempedak dan beras ni, kalau tak muat, tinggal dulu barang lain yang tak perlu seperti toto dan kipas, nanti tak lama “hangpa” nak balik semula” itulah kata terakhir Abah yang masih kuingat sebelum kami berpeluk, bersalam dan kucium pipi Abah kali terakhir semasa hayatnya. Seminggu selepas itu aku dikejutkan oleh panggilan telefon daripada Kudin salah seorang adikku.Panggilan itulah yang sering aku takuti. “Balik segera, Abah koma dan dibawa ke hospital” katanya.


Limau telur buaya yang diberi Abah masih kusimpan
Adik-adikku yang lain juga mengatakan Abah koma dan dibawa ke hospital Adikku Ronie adalah orang yang paling kuat sedunya memberitahu Abah koma. Dari tangisnya aku tahu Abah sebenarnya telah tiada, dipangkuan emak pada pagi itu sebelum sempat ke hospital pun.Patutlah beriya-iya Abah menyuruh kami membawa salah seorang adik kami, Kamarul yang masih belajar di Mesir Pulang. Sempat jugalah Abah bersama Kamarul kira-kira sebulan. Falsafah hidup Abah “ Jika kita ada, dapat menyenangkan orang, jika kita tiada, tidak menyusahkan orang lain”.

Pada petang Abah disemadikan aku termenung di tepi kolam di hadapan rumah. Tiba-tiba aku terpandang beberapa ekor ikan ubi atau petutu timbul dipermukaan air. Ikan-ikan itu memang dilepaskan oleh Abah ke situ.Lantas aku memanggil Ronie dan menunjukkan kepadanya.Agak lama juga ikan-ikan itu berkeadaan begitu. Kami berdua pelik melihatkan situasi tersebut. Pada perkiraan dan pengalaman kami, amat sukar untuk ikan ubi timbul dipermukaan air. Kalau timbul pun pada sebelah malam, tetapi mesti berhampiran batang kayu atau objek lain . Mungkin untuk mennyatakan kesedihan ataupun ucapan takziah kepada kami setelah kehilangan Abah. Agaknyalah….

Dua hari selepas Aidil Fitri juga berlaku peristiwa ganjil. Ketika itu kami sedang berbual-bual dengan Abah. Kebetulan rakan kami Cikgu Nizam Balun, Salleh Bakaq, Sani , Bang Cik dan kawan adik-adik ada berkunjung. Tidak semena-mena seekor belalang kecil berwarna coklat terbang dan jatuh ke dalam minuman sahabat kami, Salleh. Kami agak hairan kerana tidak berapa lama kemuadian kelihatan seolah-olah belalang itu ditumbuhi ekor. Semakin lama semakin panjang. Kami memerhatikan dengan penuh minat. Tidak berapa lama, terpisahlah ekor itu daripada belalang tadi. Rupa-rupanya ekor itu adalah seekor cacing yang masih hidup. Agak pelik, mana mungkin cacing yang panjangnya lebih satu inci keluar daripada perut belalang yang saiznya lebih kecil daripada puntung mancis dan pendek pula. Keanehan itu menjadi perbualan kami, tetapi Abah memberi jawapan yang bersahaja dan tidak menyalahi logik.


Pada malam itu juga kami bergotong royong menyiapkan ketupat pulut yang dibungkus dengan daun kelapa. Walaupun Aidil Fitri sudah berlalu tetapi kami meraikan juga dengan ketupat. Lagipun esok masing-masing akan berangkat pulang ke tempat bertugas. Dalam kekalutan itu Abah sempat menyapa isteriku dan agak simpati dengan kepayahan isteriku melayan anak-anak. Pada pandangan Abah, anak-anakku agak nakal. Yalah seorang anakku “Autism” memerlukan perhatian khusus pada masa itu. Tengah aktif pulak, ditambah si kecil yang kuat merengek. Aku menumpang semangat Abah selalu memberi perangsang.Katanya, anakku sebenarnya tidak ada masalah.

Kematian Abah membongkar misteri. Patutlah Abah selalu berkurung dalam biliknya pada masa-masa tertentu, rupa-rupanya Abah sentiasa memeriksa tabungan peribadinya yang terdiri daripada wang-wang syiling lebihan membeli keperluan dan duit-duit kecil pemberian anak-anak.Dalam lipatan baju dan tabung-tabung buluh khasnya terdapat hampir RM 3000 yang lebih daripada cukup untuk badal hajinya. Kata emak Abah selalu bercerita dan teringin sangat ke Tanah Suci. “ Aku akaun lain tak ada, inilah satu-satunya simpanan yang aku ada, nak pergi haji” itulah gurauan Abah pada emak.

Bermulalah kehidupan kami dalam keadaan tidak menentu setelah ketiadaan Abah. Aku dan adik-adik banyak berbincang untuk mengurus perkara-perkara yang sebelum ini diurus oleh Abah. Dari kebajikan adik-adik yang masih belajar, rumah yang belum siap sepenuhnya(sebelum ini Ronielah yang bertungkus lumus dalam bahagian ini), urusan badal haji Abah dan urusan mengerjakan sawah. Masing-masing bertanggungjawab. Hari demi hari kehidupan kami agak pulih walaupun tidak seperti dahulu semasa Abah masih ada. Kami masih dapat senyum walaupun ada masanya kami menangis apabila terkenangkan Abah.

Setelah ketiadaan Abah, kami kerap berkumpul adik beradik. Adakalanya mengadakan majlis tahlil, melayan dan menemani emak. Ada masanya kami berbincang dan mengatasi sebarang masalah yang timbul. Rakan-rakan dan sedara yang lain juga turut bersama.Keadaan rumah yang belum siap sepenuhnya meresahkan kami. Ronie yang diamanahkan menguruskannya kerap sakit kepala. Selain itu Ronie juga terpaksa bekerja untuk kehidupannya.Adakalanya kami membantu Ronie menyiapkan rumah Abah.

Pada 29.12.08 kami meminta bantuan rakan Selinsing (Abang Mat Perang dan rakannya) untuk kerja-kerja “pluster” dinding. Abang Mat berkeras mahukan Ronie turut serta. Pada hari itu kami bertungkus lumus dan sedaya upaya menyelesaikan kerja-kerja tersebut. Ronie pun tidak banyak membantah malah meneruskan kerja walaupun rakan-rakan lain sudah lama pulang. Sebenarnya aku agak terkilan juga pada hari itu, pertama aku dan Nuar agak memaksa Ronie menyiapkan tugas walaupun dia agak letih. Kedua, Bang Mat tidak mahu menerima upah…. Hanya ambil duit rokok RM 10. Hati terubat apabila beliau menyatakan itu adalah sedekah jariahnya, memandangkan dia mengenali kami dan arwah Abah… Terima kasih…. Moga-moga usaha kita semua diberkati.


Ujian berikutnya datang setelah lima bulan Abah pergi. Ronie adik kami, rebah tiba-tiba sewaktu bermain kompang di rumah pupu kami Ahmad Khusaini yang akan mengadakan majlis kahwinnya keesokan harinya.Sebelum itu dia agak ceria. Kami sempat bergurau pada maghrib sebelum ke majlis. Petangnya dia bertungkus lumus menumbangkan kerbau.Sebelum aku tiba di kampung dialah yang sibuk bertanya bila aku nak balik. Apabila ditanyakan kenapa kalut sangat bertanya orang bila nak balik, katanya nak memperingatkan kenduri dan nak ajak buat tahlil dekat kubur Abah.

Setelah usaha memulihkanya gagal kami membawa Ronie ke Hospital Daerah Taiping. Paling diruntun sayu apabila doktor menyatakan harapan adalah tipis kerana belaku pendarahan pada saraf otak akibat bengkak yang telah lama. Patutlah Ronie selalu mengadu sakit kepala. Kami ingatkan “magrain” biasa. Rupa-rupanya lebih dari itu.

Setahun sebelum itu Ronie bekerja di Klang sebagai juru elektrik. Tiba-tiba dia dan keluarga pulang ke kampung dengan alasan untuk tinggal dan membantu Abah menguruskan sawah dan kebun. Tindakan tersebut menghairankan kami semua.

Pada pagi 18 Mac 2009 Ronie menghembus nafas terakhir setelah koma selama 2 hari. Hiba dan pilu rasa hati. Aku dan adik-adik lain menangis semahunya. Emak entah berapa kali tidak sedarkan diri. Kini hanya rindu, tahlil dan doa yang berpanjangan dari kami, semoga Abah, Ronie dan sedara mara lain yang telah mendahului kita di tempatkan bersama para solihin. Al Fatihah……

Antara kata-kata Ronie yang masih kuingat “ Aku “jelous” kat hang, abah buat “raga batang” untuk hang, aku pun nak jugak”. “Aku tak akan makan durian pada tahun ni, kerana kebiasaanya aku makan selepas Abah makan”. Dan sememangnya Ronie tidak akan makan lagi durian selepas ini… Hari ini kami terpaksa redha, sebenarnya Ronie memang dipilih dahulu bertemu dan menemani Abah dalam usia yang agak muda. 33 Tahun.Dengan diiringi sanak sedara, sahabat handai serta pengajar dan pelatih Pusat Giat Simpang Empat Semanggol, akhirnya Ronie disemadikan bersebalahan Abah, Mak Tih, Tok Wan dan Tuk. Dan tiada lagi Abah menanti kepulangan kami dengan ketupat Aidil fitrinya. Begitu juga Ronie, tiada lagi rendang wak-wak dan lemang Aidil Fitrinya buat kami selama-lamanya.Hilanglah kesayangan-kesayangan kami daripada pandangan mata. Esok atau lusa dan seterusnya kami pula akan menyusul…….

Catatan ini sebagai kenangan keluarga khusus kepada arwah Abah dan Ronie. Kami sekeluarga Pn. Kamariah bt Min(emak), Rozita Dewi bt Zainol Abidin, Badrol Hisham b Zainol Abidin (Tokan), Khairul Anuar b Zainol Abidin, Muhammad Imran b Zainol Abidin,Abdul Wahid b Zainol Abidin(Abu Afaf), Khairul Husni b Zainol Abidin(arwah), Halil Khusairi b Zainol Abidin, Norizan Hanim bt Zainol Abidin, Kamarul Zaman b Zainol Abidin(Kuman), Solehhuddin b Zainol Abidin(Kudin), Zahratul Nor bt Zainol Abidin dan Siti Latifah bt Zainol Abidin, Isteri Ronie, Siti Rashidah dan anak-anak Muhammad Khairul Ridzuan, Khairul Rashid Redha dan Juhdah serta suami @ isteri dan anak-anak kami berterima kasih tidak terhingga kepada rakan Puakajoran.blogspot.Com dan sesesiapa sahaja yang menyumbangkan sedekah al Fatihah kepada arwah berdua.Terimakasih kepada yang mengucapkan takziah dan menghulurkan bantuan dan sumbangan sehingga urusan pengebumian dapat sempurnakan dalam masa yang singkat. Moga-moga Allah memberi keampunan dan merahmati kita semua. Amin…..

Tidak ketinggalan juga, ingatan tulus ikhlas terhadap guru-guru kami yang telah berjasa dan juga telah dijemput Allah iaitu Allahyarham Ustaz Khudri b Mansur, Allahyarham Cikgu Shauqi, Allahyarham Ust. Hj. Suffian Noor, Allahyarham Ust. Abdul Qadir b Qahar, Allahyarham Ustaz Mukhri, Allahyarham Ust. Ahmad b Lazim, Allahyarham Maulana Ayyub Syariff, Allahyarham Ust. Abd. Halim b Hj. Ali, Allahyarham Ust. Sir Shahar Mursyid b Abu Bakar, Allahyarhamah Ustzh Miskiah bt Abu Bakar, Allahyarham ust. Abdullah,Allahyarham ustz. Zainab, Allahyarham ust Ahmad Baharum,Allahyarhan Hj Ismail b Ibrahim, Allahyarham Cikgu Zauyah - Al Fatihah!

Salam ingatan juga kepada guru-guru yang masih menyumbang ilmu ataupun telah bersara iaitu Tn Hj Rafie b Mat Dahan, Cikgu Afidah Abd Rauf, Cikgu Che Moon b Ismail,Cikgu Faridah bt Hj Sarah, Mr. Mat, Cikgu Zainuddin b Othman(Pak Tam), Cikgu Zakaria Mat Leman, Cikgu Rahim, Ust Ishak,Cikgu Ariffin, Ustazah Suffiah, Ustaz Hj Abd. Rahim, Ust Mukhtar Putih,Cikgu Hj Abu Samah(Pak Abu),Cikgu Yatim,Cikgu Saidin, Cikgu Aminuddin, Ustazah Umi Kalsum b Abdul Rahman,Ust. Muhammad b Hussin,Ust Ahmad Jihbaz Mukhlis b Mukhtar Ghazalli,Ustaz Yahya Abdul Rahman(Guru Yahya) Cikgu Basir, Cikgu Abdul Basit, Cikgu Affendy,Cikgu Rokiah,Cikgu Rahimah Ibrahim,Ustaz Mahmood,Cikgu Suraya,Ust. Zulqarnain hj Ahmad, Ust. Ghazali b hj Ahmad,Cikgu Daud,Ust. Baharuddin b Hj Abd Latif, Ust Hj Mat Saman, Cikgu Abdul Rahman Hj Masri, Cikgu Zainal,Ust Ahmad b Awang,Cikgu Mat Razif, Cikgu Rashidah,Cikgu Ridzuan Ibrahim dan semua yang telah mendidik kami adik beradik, sama ada yang tercatat namanya atau tidak, Wallahuaqlam. -Tokan

KHAIRUL HUSNI BIN ZAINOL ABIDIN DALAM KENANGAN







Al Fatihah.....

4 ulasan:

  1. Amboi bro buat berita sedih plak dah.bagi org teringat

    BalasPadam
  2. ada sentimental value...sebulan dengan arwah abah, 5 bulan dengan arwah ronie...

    BalasPadam
  3. tengok ikan dan lukah teringat masa kecil di kuala lipis. Memang suka mengail disungai jelai dekat padang tengku, di kg beralas.

    Best juga mandi sungai..

    joha
    http://kuala-lipis-pahang.blogspot.com/

    BalasPadam

Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran

Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran

Arkib - Layan Rohu Sungkai

Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam

Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran

Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam

Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam

Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam

SEKADAR RENUNGAN

“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.

Arkib Blog

Peringatan Kepada Yang Lupa

Ibadah Solah Jangan diabaikan

Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.

Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.

Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.

Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.

Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.

INFO TRIP TERKINI

INFO TERKINI 2019

Next trip

Trip Reu Open X SK Sri Besout & X SMK Besout.
Tarikh : 15/12/2019 (Ahad)
Tempat Berlepas: Pangkalan Nelayan Sg Udang,Yan, Kedah.
Bot: Tekong Syafik

1. Cikgu Zaini Sulong (X SK Sri Besout n SMK Besout) ✔️
2. Tn Hj Mustafa Kadir (X SK Sri Besout)
3. Cikgu Musa (X SMK Besout) ✔️
4. Sir Azmin Baharudin (X SK Sri Besout)✔️
5. Cg Badr (X SK Sri Besout)✔️
6. Cg Nizam albaluni (X SK Sri Besout n SMK Besout)✔️

Fishing 4all

Fishing 4all.T kasih.

Blog Sekutu dan Blog Pilihan

FORUM PUAKAJORAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Translator

Sila Klik Untuk Info Lanjut

Sila Klik Untuk Info Lanjut
Sila Klik Untuk Info Lanjut

الوقت کالسَّيف فإن لم تقطع فل يقطع

MENJORAN UNTUK SEMUA

Bendera Pictures, Images and Photos MENJORAN UNTUK SEMUA
"Fishing For All"

Nuffnang

Kandungan Blog Saya

IKLAN DAN INFO NIAGA

DAPATKAN MAKLUMAT INFO NIAGA PADA PAPARAN BERIKUT

Tempahan Pagar Kayu

Tempahan Pagar Kayu
Klik di sini

Selamat Datang

Pengunjung Terkini