Sebiji kelapa diparut.
Dua batang serai.
Dua ulas bawang.
Beberapa biji cili kering atau cili hidup.
Beberapa biji cili api supaya pedas sedikit.
Sedikit garam.
Sedikit asam jawa.
Sedikit belacan seeloknya dibakar.
Sedikit kunyit.
Sedikit air perahan limau.
Seruas buluh untuk memanggang.
Seutas tali bemban untuk mengikat ( Tradisional untuk mengikat ikan)
Cara membuatnya
Ikan haruan disiang dan dibelah pada bahagian belakangnya (dain) .Seterusnya dibersihkan menggunakan asam jawa .(Hati-hati pada bahagian kepala kerana cara membelah memerlukan ketajaman pisau dan kepakaran tersendiri). Tuskan ikan yang telah dicuci bersih tadi. Kisar atau tumbuk kelapa yang telah diparut bersama serai yang diiris, bawang,cili dan belacan. Masukkan juga sedikit garam, belacan,kunyit dan sedikit perahan limau. Setelah sebati semuanya masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam perut ikan melalui belahan pada belakang (dain) tadi dan dijadikan sebagai inti. Ikan ikan yang telah disumbat inti tadi dengan tali bemban (guna dawai pun boleh). Seterusnya belah buluh(dinamakan semanggang) dan sepitkan ikan tadi dan ikat hujung semanggang dengan tali bemban. Panggang ikan di atas bara hingga masak (macam orang buat ikan cencaru tu). Jika rajin, sesekali titiskan sedikit santan dan biarkan hingga masak. Sesuai dihidang panas-panas. Kalau dah sejuk keras! Selamat mencuba. (Sesiapa yang dah buat hantarkan gambar kepada saya)
"Bantut" meikut istilah bahasa pembesaran yang tersekat atas faktor faktor tertentu. Saya pasti ramai yang tak mengetahui " bantut" adalah ikan yang dipanggang dengan bahan bahan yang diadun (meleleh air liur).Namun saya telah menjumpai pengunaan istilah ini "bantut" oleh sasterawan terkenal Azizi Hj Abdullah dalam Novelnya "Memoir Seorang Guru" adalah merujuk kepada nama ikan haruan yang dipanggang dengan bahan bahan yang disebutkan oleh tokan.
BalasPadamTerima kasih atas maklumat tuan
BalasPadam