Isnin 20 Desember, tiba di lokasi agak awal. Misi memburu jelawat ke 10 yang kecundang pada hari Jumaat lalu.Seketika umpan dilabuhkan, joran menerima sentapan yang agak perlahan. Telahan saya mungkin seekor lampam.Mangsa dengan mudah mengikut hinggalah ke tebing. Sangkaan saya meleset, rupa-rupanya sang jelawat yang dianggarkan lebih 1 kg pantas melepaskan diri dengan sekali henjutan .Berderau darah saya mendengar bunyi sentapan itu. Yang tinggal di mata pancing hanyalah 2 keping sisik sebesar syiling 20 sen. Terlepas lagi mangsa ke 10.
Setengah jam berikutnya sekali lagi joran disentap. Hanya seekor jelawat seberat 400 g sebagai habuan dan jelawat ke 10 untuk musim ini.
Lubuk bertuah yang sering dikunjungi Sang Jelawat. Beberapa ekor lampam dan terbul juga saya daratkan pada petang tadi di sini.
Hanya sisik sebagai kenangan.Esok (Selasa) pasti saya akan kembali lagi untuk memujuk jelawat agar memakan umpan.
Rakan-rakan puaka yang sedia berkunjung, tunggu saya di Sungkai atau Tapah sebelum 7.30 pagi hari Selasa. Sekiranya tiada, saya akan bergerak solo.Harap maklum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan