Misi dilaksanakan pada hari Isnin 06.12.2010 bersama-sama Mat Trolak. Sampai di lokasi lebih kurang pukul 12.00 tengah hari. Sewaktu itu air sudahpun menyurut setelah banjir yang menenggelamkan tebing selama beberapa hari. Air sungai sedikit keruh dan menjadikan kami kurang bernafsu untuk menjoran. Sekadar lewa sahaja untuk santai dan menghabiskan masa sambil berharap akan berlaku kejutan atau keajaiban.
"Pot" kegemaran saya setakat ini telah menghasilkan 5 ekor jelawat.
Pancing Daiwa Regal yang sekian lama saya gunakan belum membuahkan hasil tetapi hari ini berlaku satu keajaiban. Dengan tali benang 60lbs, pemberat no. 9, perambut "fighter" 40 lbs dan mata pancing "eagle" bersaiz 17 serta berumpankan sawit yang dibelah 4 sebanyak 2 biji.Saya daratkan seekor jelawat yang saya kira paling besar untuk musim ini.
Salah seorang "kenalan tebing" yang saya temui sedang menjoran bersama-sama keluarganya. Orang Tapah.
Sampai di rumah lebih kurang pukul 10.00 malam.
1.8 kg. Jelawat terbesar untuk musim ini.
Saya amat teruja dengan kilatan sisik jelawat terutama pada bahagian ini.(belakang)
Sang jelawat telah melepaskan telur beberapa hari yang lalu sewaktu air besar. Selepas ini mungkin ikan-ikan jelawat akan kembali semula ke habitat asalnya (sungai Kinta) dan akan kembali semula ke sini jika air kembali besar (banjir pada bulan Oktober-Desember)
Mat Trolak juga mendaratkan seekor jelawat pada masa-masa kecederaan. Saya akan paparkan dalam catatan berikutnya.Misi jelawat ke 8 untuk musim ini sempurna.
Salam Tokan
BalasPadamSedap kalau dibakar jelawat sungai tuh. Saya selalu beli di Pekan Sabtu Bota Kanan.
wah..banyak dapat ikan.siap ada gambar ikan di siang.hehehee
BalasPadamTINGGALKAN URL ANDA DISINI