Beberapa ketika umpan dilabuhkan pancing Mat Trolak dilentur keras. Saya kira pastinya tangkapan besar. Setelah didaratkan rupa-rupanya seekor jelawat seberat 700g. Tercapai juga misi Mat Trolak pada kali ini dan merupakan jelawat ke 2 pada musim ini.
Keadaan semakin gelap dan kami bersedeia untuk pulang setelah menunaikan solat maghrib di tebing sungai.
Ikan terpaksa disiangkan terlebih dahulu bagi mengelakkan membusuk memandangkan jarang perjalanan yang agak jauh.Kecundang saya dalam misi memburu jelawat yang ke 8. Insyaallah Isnin ini menyambung semula misi yang gagal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan