Rabu, 23 Mac 2011
Durian Felda
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Arkib Blog
-
▼
2011
(173)
-
▼
Mac
(14)
- Masak Salai Ikan Sungai
- Tenggiri Tuas Yan - Bahagian Kedua
- Durian Felda
- Bandar Arowana "Ditenggelami" Air
- Di Sebalik Kejadian Gempa Bumi dan Bencana Alam - ...
- Tenggiri Tuas Yan Misi 17 Mac 2011
- Kali Terakhir Ku Lihat Wajah Mu
- Titip Rindu Buat Ayah
- Tewas Sebelum Berjuang
- Gegaran Kuat Dijangka Esok
- Malang Tidak Berbau
- Santai Joran Pulau Sembilan Bahagian 2
- Sepanjang Perjalanan Ke Negeri Kedah Darul Aman
- Pendaratan Yang Tidak Sempurna
-
▼
Mac
(14)
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
Ahad ni saya nak balik rumah mak semata-mata nak makan durian hehe..
BalasPadamha ha durian Felda memang best...x nak jemput saya ke...
BalasPadamduriannnnn !! nak , nak . huhu
BalasPadamAssalamualaikum Yob Tokan, eh ni musim doyan ke? Kalau ada rezki dpt makan doyan kampong kat Parit nanti. Yong tak makan doyan lain selain dari doyan kampong kat Parit sebab ori!
BalasPadameeiii bestnyer
BalasPadamkaloi pun ade dusun
tp durian tak smpat kowt nak besar and masak
dah digugurnye seangkatan tentera berok
haihhhh
dap nye durian,,nak skit,,,,
BalasPadamSaya anak felda..."Durian felda memang best!!!
BalasPadamtak kira durian felda atau tak..asal sedap. he..he..
BalasPadamRakan-rakan, durian baru bermusim di sini..masih sempat untuk merasa, jika cepat...musim ni buah tak begitu banyak dan harga juga mahal sedikit daripada biasa...betul kata Adzriel AB...asal durian semua sedap tapi ada sedikit kelainan durian kawasan bukit ni,kurang berair...isinya lebih solid ....
BalasPadam