Meneliti tajuk utama berita luar negeri akhbar Utusan Malaysia Online hari ini, membuatkan hati berasa risau dan kecut. Apa tidaknya, esok kami akan bertolak ke Tuas Yan dan pada pagi 17 Mac nanti, kami akan berlabuh untuk santai joran di tuas tersebut. Dibuatnya gegaran betul-betul berlaku dan tempias tsunami sampai.... Harap-harap tidaklah begitu. Menurut cikgu Mie, jika berlaku gegaranpun kesan tsunami tidaklah sampai ke situ. Moga-moga kami dan kita semua dihindari daripada petaka atau kejadian buruk.InsyaAllah...
Sebahagian petikan Utusan Malaysia Online.
TOKYO 14 Mac - Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan, menggambarkan gempa bumi yang melanda negara ini sebagai krisis terburuk di Jepun sejak Perang Dunia Kedua.
Keadaan bertambah suram ekoran laporan media yang memetik pakar sebagai berkata, terdapat 70 peratus kemungkinan akan berlaku satu lagi gegaran kuat menjelang lusa.
InsyAllah.. semoga dijauhkan dari bencana/malapetaka. dpt ikan besaU jgn lupa banje hehe
BalasPadamRecently: nasi ayam penyet | versi hasil tgn isteri
Salam... semoga selamat...team Barira sepatutnya ada trip 14 mac 2011 di Laut dalam perairan Pulau Tiga...tapi cancel setelah dapa persetujuan ramai...kepada rakan-rakan elakkan dulu kelaut dalam minggu ni kerana 19 mac adalah ramalan bulan terlalu hampir dengan bumi...ada kemungkinaan bencana yg tidak terjangka...tetapi sesungguhnya Allah swt penentu segalanya..kita hanya berwaspada...wasalam
BalasPadaminsyllh....minta dijauhkan dari segala mlapetaka ni...subhanallah....
BalasPadamT kasih sahabat atas doa dan ingatan...
BalasPadam