Isnin, 24 Oktober 2011
Gamitan Tuas Yan Sempena Cuti Deepavalli
Puakajoran.blogspot mengambil kesempatan merakamkan ucapan selamat menyambut Deepavalli kepada seluruh masyarakat India dan penganut agama Hindu."Selamat Hari Deepavalli".Cuti sempena Deepavalli ini akan digunakan sepenuhnya oleh rakan-rakan puakajoran untuk bertarung membelah ombak ke Tuas Yan.Setelah gagal empat minggu berturut-turut dalam misi menjinakkan jelawat di sungai Cenderiang, rakan-rakan puakajoran akan kembali bertarung di tuas.Trip yang dipimpin oleh Juragan Nizam akan disertai oleh rakan-rakan Puaka Trolak iaitu Li Kembar, Bro Radzi,Sdr Lan.Saya sebagai "bidan terjun" menggantikan Pak Su @ Cepoi yang menarik diri di saat-saat akhir.Seperti biasa, penyelaras trip ialah Cikgu Mie Radzi Kuala Dulang.Kumpulan penjoran akan berlepas dari Sungkai, lewat petang ini.Diharapkan misi kali ini membuahkan hasil setelah kecundang akibat kerosakan bot pada trip yang lalu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tokoh Yang Terpinggir- Allahyarham Yahya Nassim - Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka Oleh Fahmi Reza
Sepuluh Tahun Sebelum Merdeka from fahmi reza on Vimeo.
Ustaz Yahya Nassim,berasal dari Ulu Langat, Selangor. Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob. Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka. Semasa kongres inilah, Dr. Burhanuddin Helmy, Yang Dipertua PKMM melafazkan sajaknya yang terkenal: Di atas robohan kota Melaka. Kita dirikan jiwa merdeka. Bersatu-padulah seluruh baka. Tuntut hak keadilan pusaka. .....SELAMAT MENYAMBUT HARI HARTAL 20.10.2011 http://10tahun.blogspot.com/SEKADAR RENUNGAN
“Aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku pasti akan kalah jika berhujah dengan seorang yang jahil, kerana orang yang jahil tidak pernah faham landasan ilmu”- Imam as Syafie.
AGAMA DAN POLITIK الدين سياسة٬اقامة الدين وسياسة الدنيا بھ
-
FELDA 30 TAHUN AKAN DATANG23 min yang lalu
-
Pengemis politik yang dah insaf.?? Kah kah kah...1 jam yang lalu
-
Lihat, Wanita Bali Tidak Berbaju 100 Tahun Lalu..2 beberapa jam yang lalu
-
Kemelut Kedah - Kekal dan Pertahankan Kepimpinan Ulamak5 beberapa jam yang lalu
-
Pegawai Kesihatan Daerah Taiping, Dr Syed Mud Puad Syed Amran terbaik,, mengaku silap!!!!16 beberapa jam yang lalu
-
Bila Iblis Berbicara....1 hari yang lalu
-
-
Bekas rumah Osama dimusnahkan dgn kawalan ketat2 beberapa hari yang lalu
-
Template baru bernama senang2 beberapa hari yang lalu
-
Permasalahan Tayamum2 beberapa hari yang lalu
-
JANGANLAH MENCAMPAKKAN DIRI DALAM KEBINASAAN YANG DI SALAH ERTIKAN!!!1 minggu yang lalu
-
Masalah penduduk Batu 111 minggu yang lalu
-
Di Sabah Ada Lagi Rakyat Bertani Pindah Randah1 minggu yang lalu
-
Solat Hajat sempena pembukaan Pondok Baru Madrasah Khairu Ummah 8 Oktober 20102 beberapa minggu yang lalu
-
Turki hadiahkan rambut Rasulullah kepada Chechnya3 beberapa minggu yang lalu
-
PAS, JANGAN DIPATUK ULAR 2 KALI3 beberapa minggu yang lalu
-
fakta kronologi hubungan umno - israel.. sebarkan!4 beberapa minggu yang lalu
-
BOROS...ROSMAH..!4 beberapa minggu yang lalu
-
ADUAN PENIAGA DI BAGAN SERAI4 beberapa minggu yang lalu
-
-
Novel Terakhir...2 beberapa blan yang lalu
-
Dr. Hassan Ali Patut Ketuai Tuntutan Royalti Minyak & Gas Kelantan2 beberapa blan yang lalu
-
KHUTBAH JUMAAT :JIHAD2 beberapa blan yang lalu
-
KENYATAAN TGNA : PERKAUMAN DAN PERTEMBUNGAN AGAMA BENTENG TERAKHIR UMNO6 beberapa blan yang lalu
-
Derita Budya Darat7 beberapa blan yang lalu
-
JOM BERSAMA SAYA KE HIMPUNAN BERSIH 28 beberapa blan yang lalu
-
Di ambang kebangkitan Islam9 beberapa blan yang lalu
-
-
Blog ini di K.I.V. kan..1 tahun yang lalu
Peringatan Kepada Yang Lupa
IBADAH SOLAT JANGAN DIABAIKAN
Rakan-rakan Puakajoran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib untuk kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. T
idak perlu beriya-iya dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau di atas pelepas sawit dan daun paku. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau sungai berbuaya gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya kita nampak najis dan kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya tadi dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak terjun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur(selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi sedikit dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan cari tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Kita boleh menggunakan kaedah melihat bintang jika mencari arah kiblat pada waktu malam. Paling tidak, ikut arus air sungai, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apa sahajapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan, seboleh-bolehnya naiklah ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat……..Tokan.
http://puakajoran.blogspot.com/2009/08/ibadah-solat.html

hati2 musim2 hujan ni :) kala u ade mase nti renjer nak join :P
BalasPadamT kasih atas ingatan.29/10 ada trip lagi kekosongan untuk 3 orang...hubungi juragan Nizam seger utk tempahan.
BalasPadamboleyh boleyh
BalasPadamhahah hurmm slmt berjuang !!1
nak g pun takut2 je hihi mabuk laut da :P
BalasPadam