Sabtu, 8 Oktober 2011
Rakan Trolak Mewah Dengan Kelah Sungai Sungkai
Biarpun tidak dinyatakan dengan tepat lubuk tempat mereka menjoran, diharapkan mereka mematuhi etika sebagai seorang pemancing dan pencinta hidupan dan kehidupan.Jangan menggunakan kaedah yang dilarang untuk memperolehi spesis ini dengan cepat dan mudah agar populasi spesis ini dapat dikekalkan kelangsungannya.Gunakan anugerah Ilahi dan berfikir secara bijaksana supaya khazanah dan rezeki yang dilimpahkan kekal diwarisi dan menjadi kesinambungan kepada generasi akan datang.
Tokan-Sudah lama kehilangan jejak kelah dan jelawat gara-gara Tuas Yan.
Gambar Oleh Pengumpul Sumber: Paksu @ Cepoi.Menjoran Untuk Semua - Tokan.
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Arkib Blog
-
▼
2011
(173)
-
▼
Oktober
(8)
- Gamitan Tuas Yan Sempena Cuti Deepavalli
- Joran Puaka Zulhelmi Tewaskan Tongsan Sungai Bernam
- PASTI, Aura Ikan Sungai Sudah Menghilang
- Semakin Hilang Aura Jelawat
- Rakan Trolak Mewah Dengan Kelah Sungai Sungkai
- Pertandingan Memancing Tertutup PSKPP Daerah Bata...
- Pertandingan Memancing Pantai PSKPP Negeri Perak 2011
- Siakap Kolam Sri Tanjung
-
▼
Oktober
(8)
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
besarnya ikan...banyak nya sisik dia kan...apa rasa ikan sungai ya? saya tak gemar...rasanya pelik sikit...
BalasPadamHi there,
BalasPadamThat look like a nice catch.
Are they good to eat?
Have a good day.
owahhh besar2 tu..tangkap cara memancing ke diorang ni??? banyak yang kate sungai kat sane dah di karan..
BalasPadam2 hari lepas edy besout 2 pun dapat 6 ekor ikan klah..blah 6b lubuk betik kata die..macam dah banyak je kan ikan tu sekarang..
Ate renjer apa lagi...cuti skolah dah dekat...jom p camping...tok pawang dah x der kat sini...dah x der kawan nak ajak camping nih...tringin sangat nak makan kelah...dah lama x merasa
BalasPadamtokan2blogger si manis...ikan kelah ikan no1 bagi penggemar ikan sungai...rasanya sangat sedap sehinggakan sisiknya boleh dimasak dan dimakan...syaratnya mesti bersaiz besar 1kg keatas...baru terasa kesedapannya...harganyapun boleh tahan..RM 60 keatas bagi saiz lebih 1kg seekor
BalasPadambile nak turun nanti halo2 je..renjer sudah bersedia hehe :)
BalasPadamfuhhh mak ai bosar ea kelah.....bkn sonang nak jmp kelah nie.....bak sikit ha hehehehe
BalasPadamDengar rakan2 jer dapat...saya sndiri dah hampir setahun dah x merasa...
BalasPadamperghh ikan sungai ni mmg sedap ..
BalasPadamfresh lagi ..
wah...sronoknyer dpt ikan besar..masak asam pedas pon sodap..xpun ikan bakar...
BalasPadammeriahnya ikan2 dia. bakar ok tak? cicah air asam banjarian.
BalasPadamha hah mesti best...air asam yang ada mangga muda tu...
BalasPadamwa wa wa best best !!
BalasPadampupus la Kelah Sungai Sungkai. kalau Jabatan Perikanan dapat tau, masak dibuatnye yop... salah besar tu.
BalasPadamkesalahan menangkap ikan kelah di Sungai Sungkai dan kawasan Negeri Perak:
i) penjara 2 tahun
ii) denda RM5000 setiap seekor Kelah yg ditangkap.
teman ni nak ingatkan je....
pupus la ikan kat sungkei... kome ni... ish ish ish... heheheh
BalasPadam