Di kuala sungai ini juga,puas kami menukar umpan dan mempelbagaikan teknik.Dari umpan sawit hinggalah ke umpan usus ayam.Hasilnya tetap sama.Tiada rembatan ikan besar, hanya sekali-dua getusan ikan kecil.Sesekali juga kelihatan kelibat Sang Patin menunjuk laku bermain arus.
Bosan menanti.
Di akhir penantian yang menjemukan, tersesat jugalah seekor lampam sungai Kinta ini.Setelah seketika tiada lagi tanda-tanda jelawat muncul, kami menukar arah.
Sewaktu meredah hutan yang agak tebal kami terserempak dengan satu hamparan seperti tilam yang diperbuat daripada timbunan pohon-pohon teberau dan anak-anak kayu.Persekitarannya agak bersih dan mempunyai satu lorong menuju ke sungai. Mat Trolak lantas mengajak berpatah balik.Memandangkan jarak untuk keluar yang agak jauh, saya berkeras meredah semak untuk naik ke tebing yang jaraknya kurang 10 meter dari tempat tersebut walaupun terpaksa meredah teberau dan resam yang hampir hapus paras kepala.Dalam fikiran saya sarang tersebut 100% milik babi hutan.Punyalah takut, kalau-kalau disergah Sang Babi.Setelah tiba di tebing barulah Mat Trolak membuka mulut, sarang tersebut mungkin kepunyaan Sang Bedal.Patutlah ada jalan menuju ke air.Sayangnya, saya tidak sempat merakamkan sarang tersebut kerana hujan yang agak lebat dan juga sedikit rasa takut.Tiada pilihan lain, akhirnya kami menuju ke tampat biasa, sungai Cenderiang berhampiran perkampungan SMTD.
Pencarian kami di sini,turut hampa namun di langit sudah ada tanda-tanda hujan akan turun.Jika hujan lebat, air melepasi tebing, ada harapan jelawat akan kembali meragut umpan.Minggu hadapan kami akan kembali.
Minggu berikutnya kami kembali lagi ke sini, namun keputusanya tetap sama.KOSONG.
Berani nya awak Tokan...mujur tak terserempak dengan Sang Bedal...
BalasPadamKerana takut...lari lintang pukang...sampai x ingat nak ambil gambar.
BalasPadam