Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kawasan yang terlibat di Sarawak ialah Bintulu dan Miri, sementara di Sabah pula membabitkan kawasan Pantai Barat, Pedalaman dan Kudat.
Selain itu, kawasan pantai Kelantan, Terengganu dan Pahang turut terdedah kepada kenaikan paras air laut dalam tempoh sama, kata jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ia berkata angin kencang Timur Laut itu yang berkelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter adalah berbahaya kepada semua bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Jabatan Meteorologi juga melaporkan ketampakan rendah kurang daripada lima kilometer di sekitar perairan Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor Barat dan Selat Melaka berikutan jerebu.
Keadaan itu juga dijangka berterusan sehingga esok dan ia adalah berbahaya kepada kapal-kapal yang tidak mempunyai pemanduan arah pelayaran. - Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan