VS
Kehilangan Pesawat MH370 sudah masuk hari ke-3. Jika meneliti kepada gerakan mencari dan hujah kebanyakan penganalisa penerbangan mengatakan bahawa pesawat MAS MH370 mungkin terhempas ke laut.
Ini pula hujah penjoran tegar Puakajoran dan Anggler TKP 502 Bersekutu:
Purata momentum kelajuan Boeing 777-20 semasa terbang mendatar di angkasa adalah pada kadar kelajuan 800-900 km/jam.
Berdasarkan kelajuan jika pesawat terhempas ke laut logiknya mesti terdapat serpihan-serpihan yang timbul.
Dengan kelajuan tersebut jika pesawat dalam keadaan menjunam dengan situasi badan pesawat yang besar dan bahagian sayap yang melempang air (laut) pastinya bahagian-bahagian tertentu akan patah dan pecah-pecah, pesawat bukan roket yang berkemungkinan boleh terus menjunam ke dalam air.
Jika pesawat jatuh perlahan-lahan dan masuk ke dasar laut seperti Fransa Airlines atau Titanic, mesti isyarat automatik yang terpasang pada pesawat akan terkirim kepada semua perkakasan yang ada radar seperti kapal laut,nelayan,stelite dan lain-lain secara automatik juga kecuali isyarat automatik pada pesawat dimatikan terlebih dahulu.
Hanya RAPALA yang terhempas masuk ke laut (air) tidak menghasilkan isyarat atau signal, namun drag kekili tetap akan berbunyi secara tiba-tiba dan talipun berhamburan tatkala disambar puaka.
Pertarungan ego vs nyawapun bermula.......
Kita masih berharap agar keluarga dan waris penumpang pesawat MH370 yang masih hilang dapat bersabar sambil berdoa mengharapkan semua mangsa yang terlibat dapat ditemui dalam keadaan selamat.
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلىٰ وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
* Teori dirampas jangan di kesampingkan.
* Teori Pengganas Islam jangan dipandang enteng.
* Teori konspirasi politik harus juga diberi perhatian.
Apapun teori dan sebijak manapun kita, kuasa Allah mengatasi segalanya.
Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.
Kembalikan Sains kepada penciptanya.
Wallahhuaqlam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan