Sungai Slim (Slim River) yang berarus deras, jernih dan sejuk airnya, dasar yang berbatu dan berpasir serta disusuli kewujudan jeram di beberapa lokasi menjadi habitat ikan kelah dan tengas membiak. Ditambah pula dengan terbentuknya anak-anak sungai yang deras serta dasar sungai yang berbatu-batan di beberapa lokasi sepanjang sungai, menambahkan lagi ciri-ciri habitat pembiakan ikan kelah dan tengas.
Koleksi Seminggu Tokan Puakajoran (Lampam, Tengas dan Kelah)
Musim kemarau yang berlarutan memberikan banyak ruang kepada saya untuk hanya beraksi di sekitar sungai Slim, Slim River. Keghairahan berkunjung ke sungai Cenderiang, Air Kuning,Tronoh Mines dan kawasan sekitarnya untuk memburu jelawat hampir padam dari kolam ingatan.Begitu juga misi tenggri di Tuas Yan dan Tanjung Dawai hampir tidak terlintas langsung. Misi Pulau Jarak dan Tasik Banding semakin berkubur. Kesemuanya gara-gara lampam, tengas dan kelah sungai Slim.Saya hanya aktif secara solo dan berkumpulan pada waktu malam justeru kelibat Sang Kelabau tentulah tidak memandang walaupun kelabau merupakan salah satu spesis yang saya minati.
Berikut saya paparkan hasil koleksi seminggu menjoran secara solo dan bersama-sama teman di sekitar sungai Slim, Slim River.
Lampam Sungai Slim, Slim River.
Tengas Sungai Slim, Slim River.
Kelah Sungai Slim, Slim River.
Tengas dan kelah Sungai Slim, Slim River.
Perbezaan Kelah dan Tengas
Menurut
Mukhlis Tengas dan kejor (panggilan tempatan) ialah dua spesis ikan yang hampir menyamai ikan kelah. Jika diimbas sekali, kelihatan ikan Tengas dan Kejor amat menyerupai ikan Kelah. Jika tidak mahir, anda boleh terkeliru antara kelah dan tengas/kejor. Nama saintifik ikan tengas ialah “Neolissochilus Hexagonolepis”. Ikan tengas ini juga biasa dipanggil sebagai “tengas batu”. Sementara ikan kejor ialah “Neolissochilus Soroides”. Ikan tengas daun pula diklasifikasikan sebagai ” Poropuntius Smedleyi”.
Sebenarnya, apabila disebut “ikan kelah” memang merujuk “ikan kelah merah” yang taburannya di sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sementara “ikan kelah biru” jarang ditemui dan secara geografi, taburannya biasa di kawasan Endau-Rompin. Sementara “ikan kelah hijau” adalah panggilan nama yang diguna-pakai oleh orang orang Cina (peminat dan penternak) untuk merujuk sebenarnya kepada “ikan tengas”, iaitu satu spesis yang mirip mirip kelah, dan juga dipanggil sebagai “false mahseer”. Oleh itu jangan mudah tertipu semasa membeli ikan Kelah kerana terdapat peniaga yang menipu pembeli dengan menawarkan ikan Tengas/Kejor dengan harga setinggi Ikan Kelah kerana kedua ikan ini kelihatan sama dan sukar dibezakan.
Ikan di atas: Ikan Kelah @ Masheer
Ikan di bawah: Ikan Tengas @ Neolissochilus Hexagonolepis
Bulatan merah menunjukkan perbezaan bibir ikan Ikan Kelah dan Ikan Tengas.
Ikan yang dalam bulatan merah ialah ikan Kelah
Info dari Wikipedea
Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India. Spesies Golden Mahseerdiketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.
Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.
Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.
- Mahseer Sirip Merah (Red-finned Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Insang Pendek" (Short-gilled) ataupun "Mahseer Badan Menghunjam" (Deep-bodied Mahseer): Tor tor (Hamilton)
- Mahseer Emas (Golden Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Sirip Kuning" (Yellow-finned) ataupun "Mahseer Himalaya Biasa" (Common Himalayan Mahseer): Tor putitora (Hamilton)
- Mahseer Tembaga (Copper Mahseer): Tor mosal (Hamilton)
- Jungha: Tor progeneius (McClelland)
- Mahseer Decca (Deccan Mahseer}: Tor khudree (Sykes)
- Mahseer Belakang Tinggi (High-backed Mahseer) (juga digelarkan "Mahseer Ponok" (Hump-backed) atau "Mahseer Selatan" (Southern Mahseer): Tor mussullah (Sykes)
- Mahseer Malaysia (Malaysian Mahseer): (juga digelarkan ikan Kelah atau Kap Anak Air Besar (Greater Brook Carp): Tor tambroides
- Kelah Batu (Spesies belum dikenal pasti)
- Ulu Kemapan , Endau - Rompin National Park , Malaysia
- Mahseer Coklat {Brown Mahseer): Acrossocheilus hexagonolepsis
Assalamualaikum
BalasPadamsaya hairul, berminat nak follow memancing kelah sungai slim..kebetulan saya bekerja di area kuala slim..tapi takde geng nak memancing. boleh folo ke ?? saya lebih berminat nak cari kelah dan tengas..
hubungi 0162068660 hairul
BalasPadamSy nk join jgk. Baru Keje kt slim river.. 0145173163
BalasPadamSalam....masukkan no saya.. 0194407491.. Org behrang 2020
BalasPadam