Sebelum engkau membuat sebarang pekerjaan, walaupun apa namanya… biarpun meregas rumput dan menjualnya tiga sen serajut atau membuka toko yang bertingkat, maka sebelum masuk kepada pekerjaan itu hendaklah tanamkan lebih dahulu kekayaan dalam hatimu, iaitu merasa syukur atas nikmat Allah apa yang ada. Dan engkau mengerjakan pekerjaan itu bukan kerana wang tetapi kerana engkau manusia, wajib bekerja.
Wang itu adalah barang singgah, entah dahulu ia pergi dari kita, kita ditinggalkan dengan tidak berwang sebagai seorang miskin atau kita dahulu daripadanya, ia dipindahkan ke tangan orang lain, kita kembali ke Akhirat dengan sehelai kain kafan. Tapi kalau kita telah kaya (hati/iman) biar ia pergi sekali sehari(harta), duduk tidak akan bergoncang…Teguh”
Sekali sekala bercuti dari memancing.Amin..
BalasPadamberehat...
BalasPadamsalam........sekali sekali melihat tulisan begini membuat aku malu pada diri sendiri
BalasPadam