Ketika ini rakan-rakan sedang berada di Tuas Yan semula. Misi ulangan setelah trip menjejak tenggiri pada hari Selasa lalu.
Berikut saya paparkan sedikit catatan, cabaran trip kami pada 19.4.2011 yang lalu. Bertolak dari lokasi pada hari Isnin lebih kurang pukul 5.00 petang . Sampai di rumah tumpangan lebih kurang pukul 10.45 malam. Bergerak ke pengkalan LKIM untuk mendapatkan sedikit umpan segar (ikan kembung).Melakukan sedikit persediaan seperti perambut dan ikatan. Pukul 2.00 pagi bergerak ke pengkalan bot.Terpaksa berlepas awal kerana keaadaan air yang mungkin surut selepas pukul 3.00 pagi. Setelah menjamah sedikit sarapan kami bertolak, lebih kurang pukul 4.00 pagi. Mengalami sedikit kesukaran kerana air mula menyurut. Setelah beberapa ketika berlepas, terpaksa berlabuh, Keadaan yang gelap disertai mega yang berarak, menyebabkan kumpulan tekong yang membawa pemancing luar atau lebih dikenali oleh masyarakat setempat dengan jolokan "pelancong" mengambil keputusan tunggu dan lihat. Saya amat teruja dengan semangat setia kawan yang diamalkan oleh tekong dan tuan punya tuas. Mereka akan sentiasa berkumpulan samaada sewaktu berlepas atau balik. Keselamatan diutamakan. Kumpulan kami dibarisi oleh Saudara Jan selaku tekong, Cikgu Mie selaku awak-awak, Cikgu Nizam Balun, Mat Trolak, Hj. Mazlan, Sdr. Wahab dan saya.
Setelah mega beransur hilang dan cuaca agak cerah, sekitar jam 6.45 pagi kami memulakan pergerakan. Kami beriringan dengan sebuah lagi bot Wan Dulang. Sedikit malang, masalah pada bot yang satu lagi dikesan. Tekong, Sdr. Jan terpaksa bersejuk terjun untuk mengesan masalah. Saluran penyedut air dimasuki tanah yang menghalang sistem penyejukan enjin. Kemungkinan air yang semakin menyurut sewaktu berlepas menjadi punca.
Setelah beberapa ketika bergerak, hujan mulai turun, kami kebasahan. Tidak dapat melakukan sesi fotografi. Masalah dikesan pula pada bot yang kami naiki. Pergerakan semakin perlahan. Rakan bot yang satu lagi memintas pergerakan kami. Sekali lagi tekong, Sdr. Jan terjun mengesan masalah. Pukat hanyut yang membaluti kipas menjadi punca. Kasihan Sdr. Jan, dua kali kesejukan.
Tiba di lokasi dalam keaadaan hujan renyai-renyai. Sekali lagi peristiwa yang tidak dijangka berlaku. Cebisan-cebisan pukat terlekat pada buluh-buluh tuas. Menurut tekong, mungkin pada malam tadi tuas telah "dirompak" oleh "lanun" pukat jerut. Kemungkinan juga ikan-ikan besar telah lari dari tuas. Itulah cabaran nelayan kecil.
Mula mengambil kedudukan dengan aksi tersendiri. Saya tidak dapat merakamkan aksi-aksi pendaratan lantaran teruja dengan serangan tenggiri. Kalut.....mangsa pertama seekor belitung didaratkan oleh Hj. Mazlan.
Cikgu Mie, tidak lokek ilmu.
Sdr. wahab dengan seekor banang.
Aksi Juragan Nizam setelah mendaratkan 2 ekor tenggiri.Lenguh tangan...
Saudara Jan. Tekong yang "best"...
Aksi Mat Trolak.
Bergerak pulang sekitar jam 3.30 petang. Dibimbangi air surut yang akan menyukarkan pendaratan pulang ke pengkalan nanti.
Juragan Nizam dengan dua ekor tenggiri yang dianggarkan sekitar 4 kg setiap seekor.
Sehingga catatan ini ditulis. Misi 23.04.2011 yang baru tamat sebentar tadi, 23 ekor tenggiri didaratkan. Misi 14.05 dibatalkan, tiada kekosongan bot. Hampa dan kecewa.... Misi hari ini akan saya paparkan sekiranya ada ehsan kiriman gambar oleh rakan-rakan.
Wah seronoknya :D
BalasPadamTolong Vote Video Saya
wah memang best dan teruja bro...rentapan si tenggiri
BalasPadamni kategori laut dalam k tokan.?.takut jugak nak sampai ke tengah sanehehe
BalasPadam