5.00 petang 18 April 2011 bergerak dari kediaman untuk ke Tuas Yan.Mengambil kesempatan cuti sempena Keputraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Sri Sultan Perak keesokan harinya. Misi memburu tenggiri.
9.40 malam .Sejurus tiba di susur keluar lebuh raya ke pekan Yan
Dari kiri, Mat Trolak (Sharul) Bro Wahab, Haji Mazlan (Otai) dan Juragan Nizam Balun bersedia berentap keesokkan harinya (19.4.2011)
Tiba di rumah Cikgu Mie (Azmi Radzi) . Tertarik dengan mempelam yang lebat buahnya.
Santai seketika di hadapan rumah Cikgu Mie.
Mat Trolak dan Bro. Wahab sedang berbincang. Menyusun strategi, maklumlah sama-sama tidak berpengalaman menjinakkan tenggiri, dalam kumpulan kami hanya Cikgu Nizam sahaja yang arif dan selalu ke sana.
Ruang bersebelahan rumah Cikgu Mie dihiasi landskap dan wakaf yang menarik.
ate....takde lagi ke gambo2 hasil kejayaan bertenggiri Tuan Yan ni Chor????
BalasPadamaduyai macam mane nak follow kalo jauh bebeno tempat nak mancing nyer...semua otai² belaka sy tengok dlm gambo tu...naik segan sy.
BalasPadam