Ahad, 8 Mei 2011
D.A.M Quick 3000
Jualan murah (hadiah) daripada salah seorang rakan yang bersedia untuk mengurangkan aktiviti menjoran kerana faktor usia. Masih berkeadaan baik, baru sekali digunakan. Masih mempunyai kotak dan manual penggunaan yang masih baik dan lengkap.
Turut disertakan sebatang rod berjenama pioneer sepanjang 10 kaki. Cukup untuk beraktiviti di tepian pantai.
Harga untuk seorang sahabat .Kurang daripada RM 300. Memang Berbaloi.....
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Arkib Blog
-
▼
2011
(173)
-
▼
Mei
(13)
- Jom Menjoran - Menjoran Untuk Semua
- Pengkalan Nelayan Kuala Dulang
- Memburu Haruan Tasik
- Menjoran Bersama-sama Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang
- Trip Tenggiri Tuas Yan 21.05.2011
- SEKITAR SANTAI JORAN DI PERAIRAN SETIAWAN - LUMUT
- Kerapu Perairan Pulau Redang
- GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
- Santai Joran di Sungai Perak
- Terima Kasih Doktor dan Petugas Wad Kecemasan Hosp...
- Canon Ultrasonic EF 70-200 f4L USM
- D.A.M Quick 3000
- Selamat Menyambut Hari Ibu / Happy Mother's Day
-
▼
Mei
(13)
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
kekili mula2 beli belajor guna pakai mesin dari jenama D.A.M
BalasPadambest sampai sekarang ade lagi simpan buat kenangan dan masih elok
Caya la bro... x mau jual ya...simpan, barangan antik tu....
BalasPadamGreat post very helping, Thanks for the wonderful blog through your blog I am able to learn a lot Go forward like this and give some valuable pieces of information in the future. look in to this blog for When Tech went wrong
BalasPadam