BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN
PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI
GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA
LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM
Jabatan Pelajaran Perak mendapati terdapat kekeliruan dalam kalangan Pengetua, Guru Besar dan Guru-guru berhubung Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah. Sehubungan itu dijelaskan di sini bahawa sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah mesti disambut pada 16 Mei 2011 di semua sekolah di negeri Perak. Pengisian sambutan ialah Membaca Perutusan KPM, Membaca Perutusan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia dan ucapan-ucapan lain yang bersesuaian dengan Hari Guru. Jabatan Pelajaran Perak tidak menghalang lain-lain acara yang bersesuaian dengan Hari Guru diadakan tetapi mestilah dalam keadaan dirancang dengan sebaik mungkin dan terkawal. Semua guru hendaklah komited dan terlibat sepenuhnya dalam aktiviti sambutan Hari Guru yang diadakan. Pengetua, Guru Besar dan guru-guru bertanggungjawab sepenuhnya atas keselamatan murid-murid bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. “SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIKAN NEGERI PERAK”
‘Perak sentiasa di puncak kecemerlangan’
Sekian. Terima kasih.
Pengarah Pelajaran Perak
* Sejak sekian lama sambutan hari guru peringkat sekolah disambut dengan tiada masalah. Mengapa timbul kekeliruan di kalangan sesetengah guru besar dan pengetua pada tahun ini? atau kesilapan daripada pihak lain?
KEPADA WARGA PENDIDIKAN NEGERI PERAK
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
TAHUN 2011
Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Tahun 2011, kita perlu menyedari betapa pentingnya peranan kita untuk melonjakkan kecemerlangan akademik secara keseluruhan. Di samping itu sebagai tuan rumah Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2011, jalinan semangat kerjasama sebagai satu pasukan dalam kalangan seluruh warga pendidik di negeri Perak amat dituntut. Sederap dengan hasrat ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum, kita juga perlu menjaga serta mempertahankan imej organisasi melalui kesopanan tutur kata dan kesesuaian tingkahlaku, terutama sekali apabila berurusan dengan pelanggan kita termasuklah anak murid serta para ibu bapa. Sebagai agen penjana transformasi, para guru harus menghayati serta melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan secara berintegriti dan beretika sepanjang masa, sesuai dengan tema Hari Guru pada tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.
“Selamat Menyambut Hari Guru 2011”
Daripada:
DATO MOHD RAUHI BIN MOHD ISA, DPMP.,PMP.,KMN., AMP.,PPT
Pengarah Pelajaran Perak
Terima kasih ajar saya dulu.. Jasa guru memang dikenang sampai bila-bila..
BalasPadamslamat berbahagia wahai dian yang membakar diri
BalasPadamdah polow blog ikang..polow me bek hehe. oh guru :)
BalasPadamselamat hari guru juga buat puakjoran..hehe..
BalasPadamNOD32 Antivirus 4.2.42 Final (x86/x64)