Juragan Nizam.Masih ingatkah lagi dengan teknik perambut dan mencangkuk roti tu...
Ketibaan kami sebenarnya tidak sesuai pada waktunya. Air sedang besar lantaran hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Paras air melimpahi tebing. Alang-alang sampai.... misi tetap diteruskan.
Riak anak-anak ikan menyambar umpan yang ditaburkan.
Sesekali ada juga lampam yang sudi meragut umpan.
Akur dengan keadaan, kami bersedia untuk pulang.
Bertukar-tukar info dengan saudara Faizal untuk trip ulangan nanti.
Dalam perjalanan pulang singgah di pot yang pernah menjadi kegilaan kami satu ketika dulu. Jambatan Ataduri, Langkap.
Hasilnya tetap hampa. Air baru sahaja menyurut.
Ikan-ikan sungai seakan tidak lagi mahu menjamah umpan kami,biarkan aktiviti menawan patin, temoleh dan kelabau diteruskan olen Apoi Renjer Sungai dan rakan-rakan lain. Esok, 15.5.2011 kami akan ke Sitiawan meneruskan misi. Saya, Juragan Nizam, Ust. Dusuki dan seorang lagi sahabat akan menaiki bot Muara Setia Kawan untuk aktiviti memanaskan badan sebelum kembali ke Tuas Yan pada 21.05.2011 nanti. Semoga ada "habuan" untuk rakan-rakan Puakajoran.
..salam..
BalasPadamBaru terjumpa blog org slim...slm perkenalan... saya org slim juga..anak yop mat khamis...hantu mancing juga...
Slim kat mana kak?
BalasPadam