Tepat pukul 5.00 petang Jumaat, kami bergerak dari kediaman ke Yan Kedah. Tiba di pekan Yan lebih kurang pukul 10.00 malam. Seperti biasa,disambut dengan mesra oleh Cikgu Mie.Lebih kurang pukul 11.00 malam setelah menikmati makan malam, kami bergerak ke
Markisa Homestay untuk bermalam dan membuat sedikit persediaan untuk pertarungan esok.
Pukul 4.30 pagi kami mengatur langkah ke pengkalan. Setelah bersarapan dan membeli sedikit keperluan kami menaiki bot. Sekali lagi kami disambut dengan cuaca mendung sama seperti trip kami sebelumnya. Perjalanan tertangguh. Begitu juga kumpulan lain. Masing-masing berlabuh dan berlegar sekitar pengkalan bot Sungai Dulang. Setelah cuaca agak cerah kumpulan bot yang berlabuh, beransur-ansur menuju tuas.
Dalam perjalanan , kami mencari sedikit umpan (sotong) untuk santapan kerapu. Agak kecewa kerana tiada seekorpun sotong yang dapat ditangkap.
Mega kembali bertandang.
Dengan tenang, tekong bot saudara Jan membelah ombak menuju destinasi. Tuas Wan Dulang. Beliau dibantu oleh Cikgu Mie (baju hitam merah) selaku awak-awak dan pemandu "pelancong".
Perjalanan kami disambut dengan hujan lebat. Basah kuyup kami. Laut agak bergelora ketika itu. Rakaman terhenti seketika.
Sampai di tuas. Juraga Nizam bersedia melaksanakan misi.
Cikgu Mie membuat ikatan @ perambut.
Bro Wahab, bersedia menebus kehampaan pada misi yang lalu.
salah seorang rakan yang tewas.
Mat Trolak juga hampir tewas.
Sebuah lagi bot Wan Dulang membawa "pelancong" dari Kuala Lumpur.
Ketika ini tuas sedikit tenang berbanding pagi. Hujan juga telah sidang.
Kelihatan bot pukat tunda sedang melakukan aktiviti menangkap ikan. Kegiatan mereka kadangkala menyebabkan ikan yang menghuni tuas lari meninggalkan tuas. Hasil tangkapan penjoran di tuas sedikit terjejas.
Walaupun ada kalangan rakan yang tewas, Bro Wahab masih bertahan melayan rembatan "Mat Rempit" dan banang. Ketika ini juga saya mendapat makluman daripada Abu Afaf yang tinggal di Ulu Langat tentang tragedi yang menimpa rumah anak-anak yatim dan kebajikan di Ulu Langat. Maklumat awal menyatakan lebih sepuloh penghuni rumah anak-anak yatim tersebut terkorban. Hati terasa sebak. Kami sempat menghadiahkan al fatihah untuk mengsa yang terkorban dan berharap ramai yang terselamat.
Tenggiri terakhir yang didaratkan pada hari tersebut.
Cikgu Mie, selepas mendaratkan tenggiri terakhir untuk trip ini
Ini sahaja hasil pada kali ini. Belitung @ golok @ mat rempit mendominasi misi kami. Tenggiri hanya 4 ekor. Itupun bersaiz sedang, kurang 3 kg seekor.
Puakajoran blogspot.com mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan seramai 16 penghuni Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14,Ulu Langat yang terkorban. Al Fatihah kepada mangsa yang terkorban, semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang soleh.
Salam...waduh!! Bestnyer kalau dapat ikut! Ish3
BalasPadamMengapa gambar Bro Tokan tak kelihatan..... sesekali bagi la kamera tu kat kekawan ambil gambar Bro .... apa-apa pun tahniah .....
BalasPadam