Kira-kira tiga juta pelajar dan guru sekolah telah menyertai satu larian yang telah dilakukan secara serentak diseluruh negara pada hari ini bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia itu antara lain bertujuan memupuk budaya sukan di kalangan pelajar sekolah serta mempertingkatkan kesedaran masyarakat terhadap penyertaan murid dalam aktiviti sukan.Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia diharap mencipta rekod The Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan terbesar pelajar sekolah dalam acara larian.Larian bermula pada masa yang sama di sekolah atau lokasi yang ditetapkan Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyertai larian peringkat kebangsaan di Taiping.Sekolah Kebangsaan Besout 3 tidak ketinggalan memeriahkan acara ini. Saya paparkan sebahagian rentetan larian tersebut yang sempat saya rakamkan pada pagi tadi.
Acara dimulakan dengan bacaan doa.
Aggota keselamatan bersedia membantu melicinkan larian.
Melakukan aktiviti regangan.
Murid Pra Sekolah turut terlibat.
Pengawas lalu lintas sedang bersedia.
Mendengar Ucapan dan Pelepasan Larian 1 Murid 1 Sukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara langsung.
Memulakan acara larian melalui trek sejauh lebih kurang 1.5 km.
Diiringi Pengawas Keselamatan.
GPK Ko- Kurikulum dan Setiausaha Sukan SKB3 turut menyertai larian.
Sejurus setelah tiba di garisaan penamat.
Ole-ole kepada yang berjaya menamatkan larian.
Menikmati minuman yang disediakan
En. Hasrol, salah seorang juru gambar bertugas.
Acara senam robik turut diadakan setelah tamat acara larian.
Perlawanan bola tampar guru-guru rumah sukan.
Murid Pra Sekolah beraktiviti.
Sempat menghadiri majlis Pra Perkahwinan anak salah seorang pekerja sekolah.
Acara penyampaian hadiah sejurus selepas aktiviti sukaneka.
Saya amat tertarik dengan aktiviti yang dilaksanakan.Seluruh masyarakat sekolah dapat mendengar suara YAB Menteri Pelajaran merangkap TPM secara langsung. Terfikir di kotak fikiran, apalah kiranya setiap sekolah dapat diwujudkan satu skrin atau layar besar di hadapan sekolah agar setiap minggu dapat pelajar atau warga pendidik mendengar amanat YAB menteri pelajaran pada sesi perhimpunan rasmi. Dengan cara tersebut pelajar dan warga pendidik akan sentiasa mendapat maklumat terus daripada pihak berwajib disamping dapat mengenali dan mengetahui pemimpin atau ketua jabatan yang terlibat dengan organisasi pelajaran. Hasil tinjauan saya, masih terdapat segelintir pelajar tidak begitu pasti siapakah Menteri Pelajaran. Apatah lagi Ketua Pengarah dan kakitangan di JPN atau PPD. Usahkan pelajar, warga pendidik sendiripun masih samar-samar.Hendak diharapkan media menyampaikan maklumat, saya kira amat terhad. Kebanyakan maklumat yang disebarkan berkisar tentang perbalahan politik yang menjemukan.
menarik.. di sekolah saya, selesai saja larian 1 murid, kami terus sambung dgn acara sukan sekolah..
BalasPadamTahniah kepada semua...
BalasPadamTebuan Tanah Menyertai Program 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
meriah sekali nmpak
BalasPadamselepas tamat larian baru ada aerobik....
"Terfikir di kotak fikiran, apalah kiranya setiap sekolah dapat diwujudkan satu skrin atau layar besar di hadapan sekolah agar setiap minggu dapat pelajar atau warga pendidik mendengar amanat YAB menteri pelajaran pada sesi perhimpunan rasmi. "
BalasPadamsy sokong! pljr akan rs lebih dekat dan bsmgt utk blajar. bkn calang2 org yg beri amanat.