Pagi 23Julai.Setelah melalui perjalanan yang panjang dan memenatkan akhirnya kami tiba di lokasi (Markisa Homestay). Kumpulan pertama yang mendahului perjalanan tiba pada pukul 1.00 pagi. Kumpulan kedua termasuk saya tiba agak lewat. Hampir pukul 5.00 pagi. Petanda yang tidak begitu baik.Dapat saya bayangkan trip kami kali ini akan ada yang tewas (mabuk) lantaran tidak cukup rehat dan tidur. Apapun pertarungan mesti diteruskan.
Aksi sebelum menaiki bot.Paksu @ Cepoi dan Ustaz Dusuki sedang menikmati panorama pagi di pengkalan Sungai Dulang.
Sdr. Firdaus (TOYOTA) dan Sdr. Rushdan (RAPID KL) sedang memunggah peralatan.
Kumpulan pemancing lain sedang bersedia untuk turut berlepas.
Abu Afaf,Kudin Puakajoran,Sdr. Firdaus (TOYOTA) Sdr. Rushdan (RAPID KL), Sdr. Abrar satu kumpulan dengan Cikgu Mie.
Ustaz Dusuki sedang membaca doa Solat Dhuha.
Kumpulan kedua terdiri daripada Ustaz Dusuki,Tok Kie (Golokkraf),Tokan Puakajoran,Ustaz Sobri,Juragan Nizam dan Cepoi@Pak Su Puakajoran.
Sempat melelapkan mata sebelum tiba di Tuas.
Melakukan persiapan akhir sebelum bertarung.
Aksi pertarungan akan saya paparkan kemudian. Boleh juga diikuti melalui Face book.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan