SERONOKNYA KEHIDUPAN DI KAMPUNG
"Menimba" perbuatan mengeringkan air dari kolam atau parit menggunakan timba atau baldi (timba tangan) untuk mendapatkan ikan. Amat sinonim dengan masyarakat yang tinggal di kampung dan mengusahakan sawah. Kegiatan ini biasanya dilakukan oleh penduduk pada musim "buang air" atau proses mengeringkan air di petak sawah ketika tanaman padi hampir bunting. Lebih klasik lagi apabila alatan yang digunakan untuk menimba ini diperbuat daripada tin minyak tanah yang diikat menggunakan tali bemban dan dihubungkan dengan empat utas tali lain yang agak kukuh sebagai pemegang, bertujuan menceduk air dari telaga atau parit-parit yang diempang (tabat - istilah Banjar) untuk dikeringkan. Alatan ini dinamakan "timba ayun".Penggunaan alatan ini biasanya dilakukan oleh dua orang yang berada berhadapan dan mengayunkan tin minyak tanah itu melalui cara mencedok dan menuang air berterusan sehinggalah telaga atau parit yang ditimba kering. Kegiatan ini mungkin sukar untuk ditemui kini, apatah lagi dengan kemunculan mesin penyedut air yang lebih praktikal dan tidak memenatkan.
Proses pengeringan air kini lebih mudah dengan penggunaan mesin penyedut air.
Bukan sahaja telaga, malah tali air atau parit yang luas dan panjang juga dapat dikeringkan dalam masa yang singkat.
Kudin Puakajoran dan Saudara Kadri sedang melakukan proses mengeringkan air tali air bagi mengimbau kenangan silam.
Banyak juga hasilnya, namun tidaklah sebanyak hasil yang diperolehi ketika zaman kanak-kanak dan remaja kami dahulu.Ikan semakin pupus lantaran habitatnya telah diolah atau kesan penggunaan bahan kimia dan racun perosak yang mengancam populasi ikan.
Haruan yang berjaya dipungut.
Ikan keli.
Sepat,lampam dan terbul.
Terima kasih kerana meluangkan masa menostalgiakan semula kenangan silam.
Apapun, saya kira aktiviti ini mungkin akan terus terpinggir lantaran jumlah ikan yang mendiami tali air dan sawah semakin berkurangan. Telaga yang digali oleh pemilik sawahpun sudah tiada lagi. Parit dan tali air sudah dibersihkan.Tiada lagi habitat asal ikan. Adakah kegiatan menimba ini akan terus relevan buat masa ini? Dan yang pasti...generasi hari ini sudah jauh meninggalkan kehidupan "mewah" zaman silam lantaran arus permodenan.
Gambar-gambar disumbangkan oleh:Kudin puakajoran dengan tajuk "Seronoknya Kehidupan di kampung".
DIDESA KASIHKU TERTUMPAH (DJ DAVE)
Saujana mata memandang kehijauan sawahku terbentang
Tenangnya sungai mengalir, perahu nelayan ke hilir
Pepohon melambai-lambai beburung terbang berkicau riang
di sini kasih tertumpah indahnya bumi bertuah
Malangnya di sana sini hanya ayah tua yang bekerja
Ibunda di rumah menanti anak muda ke kota
Hibanya rasa di hati teman dan rakanku menghilang diri
Kekasihku turut tergoda tinggalkanku di desa
Walaupun hidup begini kesepian tak kuhiraukan
Sungguhpun kotamu indah di desa kasihku tertumpah
Pulanglah bila bercuti ketenangan desaku menanti
saksikanlah sumur ladangku yang setia menungguku
(Hayati lagu ini di sudut kanan sebelah atas blog)
PERUBAHAN WAJAH DESAKU (DJ DAVE)
BEGITU LAMA KUTINGGALKAN KAMPUNG LAMAN AYAH BONDA
TIBA MASANYA KUKEMBALI BERTEMU MEREKA
INGINKU MENGHILANGKAN KERUNSINGAN
HASRAT HATI MENCARI KEDAMAIAN
MENYAKSI KEINDAHAN ALAM
NAN TERBENTANG CIPTAAN TUHAN
HIDUP DI DESA KISAHNYA TAK SEPERTI DI KOTA
JIKA DI SANA KUIKUTI PEPATAH RANG TUA
MENYUSUP PADI MENGIKUT IRAMA
SESUAIKAN DIRI DI MANA BERADA
PASTIKAN BERBAGGA IBUKU
AKU TETAP SEPERTI DULU
ALANGKAH BAHAGIA DI HATI BERUBAH WAJAH DESAKU KINI
TALI AIR MERENTANG SAWAH
KUNING PADI MENYILAU MATA
JENTERA DI BENDANG PETANI BERDENDANG
DI JIWA KERIANGAN
JALAN TAK BERDEBU MENYAMBUT PULANGKU
HATIKUPUN TERHARU
TIADA LAGI ANAK-ANAK BERMAIN AIR DI SUNGAI
TAK KUDENGARI KEMERDUAN TIUPAN SERUNAI
KENANGAN LALU MASIH KUHARGAI
WALAU KINI TAK MUNGKIN DITEMUI LAGI
PERUBAHAN WAJAH DESAKU
MEMBERI KEHIDUPAN BARU...
mEMANG BEST, TAPI WALAUPUN SAYA IDUP KAT kAMPUNG DAN BESAR KAT SANA TAK ADE EXPERIENCE CAM GINI..ANAK POMPUAN... LAGIPUN SAYA TAKUT LINTAHHHH TEGAR...BEST KAN IKAN TU// BUAT PEKASAM KE? POS LA KAT QASEEH SKET
BalasPadamteringat masa kecik2 bro
BalasPadamterima kasih :)
perghhh lama tak menimba dah ni..
BalasPadammemang meriah kalau menimba dulu2 ..
lubuk , parit , sungai ..
ada rezki pakat buat kenduri sama2..
teringat kecik2 dulu
BalasPadamsalam..
BalasPadamteman teringat masa Sungai Balun nak dikorek dan diubah alirannya.. (buat sungai baru)..
sambil kapal korek tu korek sungai, teman dan kawan2 dok sibuk tangkap ikan!!
Haruan,bujuk jangan cerita laaa!
Ya Allah! Subhanallah! Allahuakbar!
Cer tanya Juragan Nizam?
kot2 dia ada masa tu..
lupa lak teman...
-budakbalun-
wahhh!!..beshnyeee..saya pun suka balik kg saya..banyaknya ikan...saya tak makan ikan darat..tapi tgk mcm sedap je bila org makan..hehe
BalasPadamaduh! banyaknya ikan.
BalasPadammengingatkan zaman kanak2 dulu...parit di tambak,kanan kiri..air di timba..masih terbayang..sekaramg dah tak ada lagi..
BalasPadam