Rabu, 6 Julai 2011
Tuntutan BERSIH 2.0
* Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
* Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
* SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
*Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
* Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
* Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
* Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
* Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
* RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
* Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
* Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
* Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi.
* Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
- Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
- Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
- Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
- Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
* Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
* Pembelian undi harus dihentikan!
* Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Arkib Blog
-
▼
2011
(173)
-
▼
Julai
(28)
- Selamat Menyambut Ramadhan 1432 H
- Cincaluk, Perahan Limau dan Ikan Bakar Pembuka Se...
- Belimbing Buluh Ramuan Masakan Ikan Sungai
- DARI LENSA CANON A3000
- Buah Randa
- Misi Tuas Yan 23 Julai 2011 Bahagian 3 - Memunggah...
- Misi Tuas Yan 23 Julai 2011 Bahagian 3 - Perjalana...
- Marhaban Ya Ramadhan - Selamat Datang Ramadhan.
- Misi Tuas Yan 23 Julai 2011 Bahagian 2 - Aksi Raka...
- Misi Tuas Yan 23 Julai 2011 Bahagian 1
- Misi Tuas Yan 23 Julai 2011 Semakin Hampir
- Doa Solat Dhuha Elok Diamalkan Ketika Mahu Menjoran
- Menimba, Masih Relevankah Pada Zaman ini?
- PERJALANAN TERAKHIR SEORANG SRIKANDI -YB DR. LO’ L...
- Selamat Datang Ahli Baru
- YB Hjh Dr Lo'lo' Datuk Hj Mohd Ghazali Ahli Parlim...
- ADENGAN YANG SERONOK DILIHAT
- Baju Kuning Juara Lagi - Paparan Tertunda
- Rumah Pekerja Sekolah Nyaris Dirempuh Lori
- Himpunan di Tuas Yan 23 Julai 2011
- Warna Warni Sekitar Himpunan BERSIH 2.0 pada 9.7...
- Layan Jenahak Kolam
- Himpunan BERSIH Tidak Mendapat Sambutan
- تفكرساعةٍ
- Selamat Menyambut Hari Peneroka 2011
- Tuntutan BERSIH 2.0
- Tempang, Peralatan Menangkap Ikan Yang Semakin Dil...
- Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia Cipta Rekod
-
▼
Julai
(28)
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
aku setuju dan suka dengan tuntutan ini, cuma aku tidak suka demontrasi jalanan. susah nak shopping .............
BalasPadamAku juga teramat setuju... Panglima Muda: ala shopping hari lain jer laa... bleh save duit hr sabtu ni...sehari jer...tak miskin nyer shoping komplek & peniaga2 lain,kita bleh tanggung kenaikan harga brg berhari2/berbln2/bthn2...takkan perhimpunan sehari ni kita tak bleh sabar...lg pun utk kita semua jg bro...persoalannya mahu ker kerajaan BN nk ikut 8 perkara ni...
BalasPadamaku setuju semua tuntutan kecuali Hentikan politik kotor tu...sbb politik tu kotor bro...matlamat menghalalkan cara..btulkn...
BalasPadamDefinisi Barat...Definisi Islam x begitu...
BalasPadam