Semuanya Gara-gara
Coming soon Nikon D7000 Sdr........?
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
waah bila la cheq dpt beli kamera DSLR tu wuwu nak juga
BalasPadamDah beli DSLR ke?
BalasPadamPayah pula nak pancing,sebelah tangan camera sebelah lagi pancing.
Ni kire kena racun le ni yer...hehe
BalasPadamselamat berjinak² dgn dunia fotografi nih yer..sambil² mancing leh la amik gambo ikan² yg berjaya dinaikkan...beli jangan tak beli camera tu hihihi (bukan nak racun just nak bagi support)
BalasPadamGitulah adanya...sekali air bah...hati juga berubah2...jom kita pakat berjinak2 dengan dunia fotografi. Sementara menanti joran diragut, boleh juga meneroka keindahan alam....
BalasPadambiar saya teka..d7000 milik saudara br kot..heeee
BalasPadamSegalanya mungkin....harap2 gitulah...
BalasPadamwahhh dslr. ble la boleh nohfee miliki dslr ni. semmaaarrtt! =)
BalasPadampelan2 sdikit2 lama2 dpt juga...
BalasPadammemang nak kene ade camera macam nie.. ade rezeki nanti nak angkat satu :)
BalasPadamnikon d7k? sapa punya? kah3x..
BalasPadamBro BR punya tuuuu....kami tunggu
BalasPadamBila mo update ini en3.
BalasPadam1000D dah tak guna lagi dah
BalasPadam