Selasa, 20 September 2011
Mereka Yang Tewas - Bot Rosak
6.00 pagi berlepas dari Pengkalan Nelayan Kuala Dulang dengan bot yang dipandu oleh Cik Aq.Gambar-gambar dirakamkan setelah mentari mula memancarkan sinar lebih kurang 45 minit perjalanan.
7.00 pagi,mentari mula mamancarkan sinar.
Salah sebuah bot yang dikemudi oleh Pak Halim yang bergerak seiringan dengan bot kami.
Masalah mula dikesan seawal pukul 9.00 pagi.
10.00 pagi hujan yang turun berpanjangan hampir 1 jam mula teduh.Cik Aq mendapatkan bantuan Pak Halim.
Wajah-wajah sugul rakan joran yang sudah berputus harap.
Bot kami sudah mula ditunda untuk ke tuas berhampiran.Persis PATI yang ditangkap pihak berkuasa.
Terputus tali pula.
Sayup-sayup kelihatan bot pukat tunda sedang beroperasi, memunggah hasil laut Yan.
Bertungkus lumus agar bot dapat dibaiki.
Awan yang berarak menandakan hujan akan kembali turun.
Ustaz Dusuki terus juga menghulurkan joran memohon simpati ikan agar meragut umpan.
Penjoran, anak buah Pak Halim terus memberikan bantuan.
Pak Halim menggunakan "jumper" untuk menghidupkan enjin bot kami.
Wajah lesu Juragan Nizam Balun yang hanya berjaya mendaratkan seekor tenggiri pada awal pagi tadi.
12.45 Bot mula berlepas pulang.
Selamat tinggal Tuas untuk seketika, nanti kami akan datang lagi.
Kecewa....
Layan sahajalah.Hanya seekor tenggiri dan seekor belitung.
Layan buah orenpun sedap juga.
Sampai di rumah (Markisa Homestay) lebih kurang pukul 2.00 petang. Anak-anak Ustaz Azizan suka, bergambar dengan ikan yang berjaya kami dijinakkan.
Arkib Layan Tenggiri Yan - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Layaran Tuas Yan - Cikgu Lah Puakajoran
Arkib - Layan Rohu Sungkai
Arkib Layan Kelabau 4 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau - Tokanpuakajoran
Arkib Layan Kelabau 2 - Juragan Nizam
Arkib Layan Kelabau 1 - Juragan Nizam
Arkib Layan Toman Bukit Merah - Juragan Nizam
SEKADAR RENUNGAN
Arkib Blog
-
▼
2011
(173)
-
▼
September
(15)
- Imbas Kembali
- Makan Besar di Guar Chempedak
- Banjir Kilat di Trolak Pekan
- Terima Kasih ADUN Gunung Semanggol dan ADUN Selinsing
- Team Sekutu Puakajoran Beraksi Cemerlang
- Mereka Yang Tewas - Bot Rosak
- Kumpulan Puakajoran Tewas Di Tuas - Bot Rosak
- Misi Tenggiri Tuas Yan Kohort ke 7 / 2011 Hampir ...
- Keladi Bunting - Mengimbau Kenangan Silam
- Sisipan Joran 20 Ogos 2011
- Tiga Tahun Sudah Pemergianmu - Abah Dalam Kenangan.
- Jelawat Sungai Cenderiang Kembali
- Antara Trip Tenggiri Tuas Yan dan Jelawat Sungai C...
- Pokok Mempelas Cara Terdesak Dapatkan Bekalan Air ...
- Sebahagian Catatan Aidil Fitri 1432/2011
-
▼
September
(15)
Peringatan Kepada Yang Lupa
Rakan-rakan joran sekalian, di manapun kita menjoran dan dalam situasi bagaimana sekalipun, amalan solat jangan diabaikan. Usahakan seboleh-bolehnya untuk menunaikannya. walau dalam keadaan dan keupayaan yang terbatas. Solat itu fardhu. Justeru itu menjadi kewajipan bagi setiap penjoran bersedia dengan bekalan untuk Solat sebagaimana usaha kita menyediakan bekalan makan dan minum ketika melakukan aktiviti ini. Ingat kaedah usul fikh “ tidak sempurna wajib melainkan dengannya wajib”.
Sebagai contoh wajib bagi kita menyediakan baldi jika dengan baldi itu dapat mengangkat air untuk berwuduk. Tidak perlu beria-ia dengan kain pelikat atau songkok yang pelbagai, memadailah dengan pakaian yang menutup aurat dan pakaian yang kita yakini bersih. Islam menggalakkan umatnya sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Alas untuk solat tidak semestinya dari sejadah baldu tetapi memadailah lapikan daun pisang, kertas surat khabar atau pelepah sawit dan daun pakis. Jika kesukaran mendapatkan air kerana tebing yang tinggi atau dibimbangi menjadi mangsa buaya, gunakan kemahiran untuk mendapatkan air dengan menggunakan tali pancing dan bekas plastik.
Jika pakaian terkena najis wajib dibasuh sekiranya jelas terlihat najis atau kesannya pada pakaian kita. Jika tidak, pakaian kita tetap bersih sebagaimana kita mula memakainya dan bolehlah menunaikan solat dengan pakaian itu. Tidak menjadi kesalahan memakai pakaian basah sewaktu bersolat jesteru jika terdesak turun sahaja ke dalam sungai dan dan segeralah naik untuk menunaikan solat. Ingat! Air yang keruh dan lumpur (selut) juga boleh dibuat bersuci dan berwuduk.
Carilah tempat tinggi dan pastikan bebas dari najis untuk menunaikan solat. Jangan solat di tempat berlurah kerana dibimbangi najis tertakung di situ. Gunakan kepakaran untuk mencari arah matahari terbenam bagi menunjukkan arah kiblat. Boleh juga menggunakan kaedah melihat bintang untuk mencari arah kiblat jika menjoran pada waktu malam. Arus air sungai juga boleh dijadikan pedoman, kebiasaannya arus sungai semulajadi mengalir ke arah matahari terbenam. Gunakanlah kaedah apapun asalkan kita yakin.
Jika berada di atas sampan,usahakan untuk naik ke tebing. Jika menghadapi kesukaran seperti banjir atau bahaya binatang buas, boleh bersolat di atas sampan dengan cara berdiri atau duduk sekiranya sampan tidak dapat diimbang dengan baik. Gunakan objek seperti beg atau pendayung untuk alas sujud. Ingatlah Islam tidak terletak pada nama, tetapi dapat dilihat pada amalannya.Selamat menjoran dan teruskan menjoran tanpa meninggalkan solat-Tokanpuakajoran.
Tergambar kecewa di wajah masing masing... hehe... belum ada rezeki... banyakkan bersabar...
BalasPadamInsyaAllah.. next2 ada le tu..
BalasPadamrespek!! siap pakai baju BERSIh di tengah lautan!! tak takut polis ke? heee
Salam buat Juragan Nizam..
kabo ke dia..
cucu hashim kompang kirim salamm!!
Tokan2 si manis...tq 4 moral support...insyaAllah...akan kembali beraksi pabila tiba saat yang sesuai...
BalasPadamtokan 2 aku budak balun....teringin nak ajak tuan n sekutu (blogger) sealiran menjoran bersama2 kat tuas...tq tuan...InsyaAllah salam tuan disampaikan...Tuan juga pastinya kenal dengan Pak Majid Musa Kampung Kurnia...
BalasPadam