LAYARAN TUAS YAN BIJAK MELOLOSKAN DIRI
Team Sekutu Puakajoran yang dibarisi oleh Cikgu Mie,Haji Mazlan,Pak Dolah Sireh,Cikgu Osman Jaafar, Cikgu Ahmad Zahranai@Mat Bunga dan Pak Anjang beraksi cemerlang, waalaupun sambaran tenggiri bermula agak lewat namun mereka boleh tersenyum puas kerana dapat menewaskan 3 ekor tenggiri,seekor alu-alu,beberapa ekor merah,kerapu dan hampir 10 kg ikan lain.Aksi pertama dilakukan oleh Cikgu Mie berentap dengan seekor layaran Tuas Yan yang jarang-jarang hadir ke tuas.Walau bagaimanapun pendaratan sempurna gagal dilakukan oleh Cikgu Mie. Setelah bertarung hampir 15 minit, Sang Layaran dapat meloloskan diri.Pertarungan tersebut tidak sempat dirakamkan.Aksi seterusnya dilakukan oleh cikgu Mie dengan seekor tenggiri bersaiz mega, hampir 7 kg.Diikuti seekor lagi bersaiz 4 kg. oleh tekong bot.Mat Bunga yang kali pertama berkunjung ke tuas, juga beraksi cemerlang kerana dapat menjinakkan seekor tenggiri bersaiz hampir 3.5 kg.Walupun berbekalkan kekili Daiwa BG 15 made in Thailand, terbukti bukan jenama yang menentukan tuah sebaliknya pengalaman,restu isteri dan sedikit tuah berjaya membuahkan hasil.Agak malang, tenggiri yang hampir tiba di permukaan air dipintas oleh alu-alu yang kemudiannya berjaya dipintas pula oleh "gancu tekong".Dua dalam 1.Haji Mazlan juga tidak kurang hebatnya, dapat menumpaskan seekor merah yang beratnya hampir 2 kg.Sepanjang pengetahuan saya Sang Merah jarang-jarang berkunjung ke sini, Sang Merah biasanya bermain di laut dalam.Keseluruhannya team ini berjaya menerima lebih 12 kali sentapan Sang Tenggiri namun hanya 3 ekor dapat ditumpaskan.
Team Sekutu Puakajoran dan Team Bersih 2.0 sejurus tiba di pengkalan.
Juragan Nizam dan Pak Su @ Cepoi menyambut kedua-dua team pulang di pengkalan sambil mengucapkan tahniah.
Team Bersih 2.0 yang dibarisi oleh Kudin puakajoran,Saudara Ahmad Tan,Saudara Salleh,Saudara Kadri dan Saudara Harun Anas sedang berlepas. Percubaan pertama meneroka Tuas Yan.Ini kali kedua Kudin Puakajoran mencuba nasib di Tuas ini. Mereka juga gagal dalam missi percubaan ini namun tetap berpuas hati kerana dapat menimba pengalaman baru.Walaupun amatur,mereka berjaya juga menjinakkan cencaru,pelata dan ikan-ikan kecil lain menggunakan teknik bottom dan apollo sambil diberi tunjuk ajar oleh tekong bot.Team ini juga menerima beberapa kali sentapan tenggiri namun gagal menjinakkannya.
Beraksi sejurus tiba di Pengkalan Nelayan Kuala Dulang.
Pengalaman menarik dan berharga untuk dikenang.Pastinya terasa seakan Tuas Yan sedang menggamit kami kembali beraksi.
Besar nya ikan tenggiri! Saya suka sangat ikan tu...kalau la dapat fresh, best sungguh!
BalasPadamsorang dua ekoq!!!!!
BalasPadam