Terima kasih diucapkan kepada YB Tuan Haji Hussin b. Hj.Din, ADUN N12, Selinsing dan YB Tuan Haji Ramli bin Hj.Tusin,ADUN N11 Gunung Semanggol yang sudi menyumbangkan beberapa hamper kepada peserta Trip Menjoran Tuas Yan Kohort ke 7 yang berlangsung pada 18.09.2011 yang lalu.Dalam amanat ringkas, kedua-dua ADUN mengingatkan para penjoran agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah melalui setiap amalan samada yang fardhu atau yang sunnah,disamping sentiasa berbuat baik sesama manusia. Kedua-dua YB juga memetik sepotong ayat dari surah al-hujerat yang menegaskan, bahawa salah satu tujuan manusia dijadikan adalah untuk saling kenal-mengenal antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan keturunan.
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku-suku dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.(akan keadaan dan amalan kamu).”
Selain itu, kedua-dua ADUN juga berharap agar kegiatan sihat ini dapat diteruskan dan boleh menarik minat semua golongan terutama golongan belia bagi mengisi masa senggang mereka dengan aktiviti mencabar dan berfaedah.Juga sebagai medan berfikir serta mensyukuri nikmat Ilahi
.
Kudin puakajoran selaku wakil kedua-dua ADUN menyampaikan sumbangan kepada wakil Puakajoran di Markisa Homestay.
Kumpulan Bersih 2.0 yang turut hadir bersama-sama Kudin puakajoran sedang beramah mesra dengan kumpulan Puakajoran dan Kumpulan Sekutu Puakajoran di Markisa Homestay pada malam sebelum berlepas ke Tuas
Sambil berbual-bual,turut berguru dengan Cikgu Mie.
Di hadapan Markisa Homestay setelah pulang dari Tuas.
Cikgu Mie,Pemenang kumpulan Sekutu Puakajoran sedang menerima hamper dari Kudinpuakajoran.
Juragan Nizam Balun, johan kumpulan Puakajoran.
Kudinpuakajoran, johan kumpulan Bersih 2.0 menerima hamper daripada Juragan Nizam.
Antara tangkapan yang berjaya didaratkan.
Memotong hasil, sedikit sama merasa.
"Dan jagalah diri kamu daripada berlakunya dosa yang membawa bala bencana yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus, tetapi akan menimpa kamu secara umum; Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaan-Nya".
surah Al-Anfal ayat 25
Aiseyh, besaqnya ikan.. Kagum tengok.. ;)
BalasPadamMySuaraBlog: Cinta Jarak Dekat ke Cinta Jarak Jauh?